Monday, August 15, 2005

Cerita tentang cermin...

Hujung minggu baru ni abah tak kerja, so, duduk rumah je la, selain dari pergi bank untuk 'menderma' apa yang patut. Petang Sabtu abah bawak Muizz pergi beli ikan kat kedai ikan. Teruja betul dia dengan ikan yang cantik-cantik kat kedai tu. Abah beli la 5 ekor. Tapi sedih sebab dua ekor mati. Abah lupa nak tutup kolam malam sabtu tu, dua ekor melompat keluar. :-(

Hari Ahad tak pergi mana-mana, cuma pergi basuh kereta dan gunting rambut, itupun sebab ummi dah potong rambut Muizz, so abah pun kena gi potong rambut jugalah. Bila dah balik, Muizz kata "abah dah botak macam Ahmad". :-)

Oklah, cukup cerita tentang abah. Kita cerita tentang cermin. Cermin apa? Cermin hidup. Anda semua pun tahu tentang cermin, dan apa fungsinya. Kalau tak, takkan tiap2 pagi dok depan cermin, menilik apa2 yang tak kena. Tapi cermin yg kita tilik tu cermin mati, cermin yg boleh tunjukkan siapa diri kita secara luarnya. Samada kita dah cukup segak atau tidak, rambut dah sikat ke belum, muka nampak segar ke tidak, semua tu boleh kita tengok dalam cermin mati.

Tapi kalau nak tahu tentang sikap kita, nak tengok cermin mana? Cermin hidup la. Cermin hidup ni sebenarnya sahabat2 dalam hidup kita. Sahabat yg boleh beritahu kita siapa diri kita tanpa rasa was-was dan rasa takut. Anda ada ke cermin hidup ni? Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak, carilah satu. :-)... abah ni cakap cam senang je nak cari sahabat.

Abah rasa memang perlu pun kita miliki cermin hidup ni. Bukan apa, kita kadang sendiri pun tak berapa sedar diri kita ni bagaimana. Kadang kita terlajak kata, tersilap bicara dgn orang lain pun kita tidak sedar. Kalau ada cermin hidup ni, mungkin dia boleh reflekkan pada kita bagaimana 'rupa' kita sebenarnya.

Tapi dgn syarat la, kalau dah direflekkan yg tak sedap didengar, jangan pulak anda marah. Sebab kalau marah, cermin hidup itu mungkin akan jadi cermin mati. Macam cerita Snow White tu la, bila cermin tu kata Snow White yg paling cantik, marah pulak mak tirinya pada cermin tu.

Dua tiga hari lepas juga abah terima sms dari seorang sahabat abah. Katanya abah dah 3 hari tak contact dia, dan dia rasa uncomfortable dibuat macam itu. :-). Abah bukan tak nak contact pun, tapi sebab banyak kerja. Yg bestnya, dia siap cakap nak back-off a.k.a nak putus kawan. Abah terdiam kejap baca sms dia tu. Dalam hati abah, "takkan sampai tahap ni kot!'.

Abah pun cam biasa la, balas sms orang. Abah kata, "people walk into our life, and one day, they will walk away". Abah terima kalau dia dah nak walk away. Cuma pada abah, once they walk in into my life, and they walk away in a proper way, they will always be someone special to me. Takde istilah putus kawan atau backoff. Abah suruh dia fikir elok2.

Dan seperti yg abah duga, abah terima sms-sms dari dia the next day. Alhamdulillah, abah tak kehilangan sahabat...

9 comments:

Anonymous said...

Trackside in cyberspace with 'Crash'
Close your eyes because the image is frightening. I'm feeling naked. Any FBI profiler would have a field day figuring out who I am and where my biases land on the political pendulum.
I thought this site was about pope john paul ii coin ... guess not. I was going to mention that you can find out about pope john paul ii coin .

Anonymous said...

Your blog looks like it could have some great potential.
Another site to consider in the foreign gold coins area is foreign gold coins.
Come and take a look if you have some time.

~comei~ said...

abah call or sms kawan abah tu hari2 ke? hati2.. terutama kalau perempuan... bkn apa.. soal hati kan ;) wallahu'alam...

Abah Mui'zz said...

Anim, jangan risau. Kawan2 abah yg abah ceritakan dalam blog abah, semuanya lelaki. InsyaAllah, semuanya OK. Bukan abah tak ada kawan perempuan, tapi abah hadkan tahap bersahabat tu, hehe..hati ummi kena jaga. Itulah permaisuri hati abah, dulu, kini, dan selamanya, InsyaAllah.

~comei~ said...

oo. semua lelaki.. haha.. oklah tu. tapi mcm rapat sungguh ye. beruntung ummi dpt abh. hmm.. (",)

Am said...

Biasalah tu abah, kadang2 memang susah untuk kita puaskan hati semua orang, macam Am juga kadang2 untuk mendapatkan sahabat/kawan memang mudah tapi untuk mempertahankan persabahatan tu yang susah

Am said...

Tambah sikit, tak kisah kawan kita perempuan atau lelaki, yang penting kita tahu batasan kita.

Am sendiri pun dah kahwin tapi masih ada 2-3 kawan perempuan yg rapat dan isteri pun tahu

~comei~ said...

betul kata am.. yang penting tahu batasan. bkn am shj (cth) kwn rapat perempuan tu pun kena tau juga batasannya. sekadar pendapat..

Faizah said...

bukan botak cam muizz, gondol cam mawii ..:D