Friday, August 05, 2005

Cerita tentang Bapa segala pin

Semalam abah baca Majalah i, itupun setelah 2 minggu majalah tu abah terima. Tapi sebab tak sempat nak baca, semalam baru dapat baca. Isunya menarik juga, tentang Ayah Pin. Abah sebelum ni tak pernah lagi baca secara mendalam tentang Ayah Pin, cuma tahu sikit2 sajalah dari berita TV dan akhbar.

Tapi wawancara eksklusif yang dimuatkan dalam majalah tersebut antara wartawannya dengan Ayah Pin, buat abah beristighfar panjang (hehe, ada istighfar pendek ke?). Rasanya sesiapa yang berilmu agama, walaupun tidak dalam, akan buat kesimpulan yang sama: Ayah Pin memang telah sesat, dan menyesatkan.

Walaupun Sisters in Islam (yang tak habis2 mengeluarkan pendapat bodohnya( maaf kasar bahasa sikit!)) 'menyokong' Ayah Pin dengan fahaman sesatnya, abah fikir pihak berkuasa kena lakukan sesuatu. Kalau sampai tahap ISA, buatlah. Manusia seperti AP ini kalau dibiarkan bebas pasti akan menyesatkan lebih ramai orang.

Disini abah sertakan sedikit dari wawancara yang dibuat tersebut. Anda baca dan fikirkanlah.


Wawancara Eksklusif Bersama Ayah Pin
Ayah Pin Dakwa Penyelamat Dunia Akhirat

Kesempatan bertemu Ayah Pin selepas menemu bual Pakcik Nor dan Rosli memberi peluang kepada saya untuk mengetahui sendiri apa sebenarnya ajaran yang disampaikan oleh beliau. Kehadiran beliau pada tengah hari itu di sebuah kedai kopi turut disertai oleh beberapa orang pengikutnya. Berikut adalah wawancara yang saya rakamkan.

Bagaimana perasaan Ayah Pin apabila didakwa membawa ajaran sesat?
Saya kini dianggap oleh orang luar sebagai sesat sebab apa yang saya buat luar biasa pada orang lain. Apa yang saya buat ini di bawah hak asasi manusia. Serba agama dan serba bangsa itu tidak ada ataupun mengungkit perkara yang mereka percayai. Maka mengikut cara masing-masing dari segi Islam, Budda, Kristian tidak diubah. Saya menyatupadukan manusia sebagai orang tua untuk tiap-tiap agama Saya beri nasihat pada orang yang tak betul, untuk membaiki diri sendiri atau masalah jiwa seperti sakit jiwa, sakit otak dan runsing. Apabila mereka jumpa saya dalam masa dua atau lima minit akan selesai.

Saya cuma menolong sahaja. Saya bukan ambil upah cuma sebagai di bawah naungan kerajaan Tuhan, untuk menolong manusia yang minta pertolongan kepada saya. Saya bukannya bomoh yang ada jampi. Cuma apabila masalah jiwa diadukan kepada saya ataupun tidak diadukan kepada saya, saya akan beri laporan tentang apa yang dihadapi, saya akan jawab sebelum ditanya. Saya bijak melampaui batasan, tiada yang boleh mengatasi saya.

Bagaimana Ayah Pin merawat pesakit?
Saya tak guna ubat, tak ada jampi, tak ada air tawar. Cuma yang ada pada saya, apabila saya kata mesti jadi.

Daripada mana dapat anugerah menyelesaikan masalah orang?
Saya dari langit, kerajaan langitlah...

Bagaimana hal ini boleh berlaku?
Saya selalu berada bila-bila masa sahaja. Tuhan jadikan sendiri, bukan diberi anugerah. Saya penyelamat manusia. Walau apa pun terjadi saya akan jalankan benda ini walaupun saya kena ISA, dikurung dalam penjara, saya akan jalankan tugas ini kerana kewajipan diri saya. Saya tidak boleh ambil upah mana-mana pihak untuk mengubah saya kerana nak ajar saya. Saya berpandu kepada undang-undang kerajaan langit. Saya bukan boleh sekehendak hati saya. Saya berjalan dengan tugas.

Kalau nak baca lebih lanjut, dapatkan Majalah i - tak rugi beli, dgn syarat anda baca. :-)

3 comments:

~comei~ said...

soaljawab ni sama je dgn yg dlm email yg org dok foward2 tu kan?

Abah Mui'zz said...

Abah tak pastilah Nim sama ke tidak, sebab abah ni jarang sangat sempat baca emel-emel ni. Mungkin sama la kot.

Anonymous said...

Inilah jadinya bila org letakkan agama dengan akal fikiran sahaja

Yang peliknya macam mana org yg kuat ugama pun boleh terjebak juga

semuga kita dijauhkan dari perkara-perkara ini