Pagi tadi, abah sempat tonton sekejap rancangan Motivasi Pagi di TV3. Dulu rajin juga tengok, tapi sejak kerja kat KL ni, selalu tak berkesempatan nak tengok.
Abah tertarik dgn satu point Datuk Dr. Fadzilah Kamsah tentang jodoh. Katanya, kalau kita rajin dan baik, Allah sayang kita, dan insyaAllah kita akan bertemu jodoh yang rajin dan baik juga.
Abah rasa, anda semua pun mesti dah biasa dengar ungkapan macam itu. Abah pun teringin nak komen sikit tentang tu hari ni. Abah secara peribadinya sangat percaya bahawa jodoh orang yang baik adalah orang yang baik juga. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang sangkal, tapi setakat pengalaman dan pengamatan abah, kalau baik suami atau isteri itu, selalunya baiklah pasangannya.
Itu sebenarnya boleh jadi satu ungkapan motivasi untuk mereka yang bujang lagi supaya lebih berusaha untuk jadi manusia baik.
Yalah, sebab kalau ditanya sesiapapun yang bujang kat luar tu, nak pasangan hidup yang macamana, hampir pasti 100% akan kata nak yang baik. Tapi kalau ditengok yang berkata tu, belum tentu lagi baik. Ambil beberapa contoh, lelaki yang makwe keliling pinggang, bila ditanya nak kahwin perempuan yg macam mana, tentu akan dijawabnya "Saya nak perempuan yang baik untuk jadi isteri". Jadi ke lagu tu? Kita nak yang baik, tapi kita sendiri pun tak baik. Nak isteri/suami yang jaga agama, kita sendiri pun tak jaga agama. Nak isteri menutup aurat(bukan sekadar memakai tudung!), kita sendiri pun kadang2 bangga buka aurat. Nak isteri yang boleh urus rumah, kita sendiri belum tentu boleh uruskan 'tangga'nya. Nak isteri yang solehah, kita nak jadi imam solatnya pun belum tentu terbuat.
Memang orang kata, "bercita2lah pada yang terbaik", tapi dalam bercita2 tu, kita kenalah usaha kearah mencapai yg terbaik itu. Nak isteri yang solehah, kita sendiri kena solehkan diri, nak isteri yang tahu urus rumah, kita sendiri kena tahu uruskan 'tangga'nya, nak isteri menutup aurat, kita mesti menutupnya juga, nak isteri hormat orang tua kita, kita sendiri mesti hormat orang tua, nak isteri yg boleh lahirkan anak ramai, kita sendiri kena tahu menjaga dan didik anak2 itu.
Abah tak nafikan kalau ada yang kata, "Ada saya tengok pasangan yg isterinya baik, tapi suaminya macam hantu", dan sebaliknya. Memang wujud kes macam itu, tapi itu bukan bermakna apa yang Allah janjikan itu palsu. Sesetengah orang diberi jodoh yang berlawanan dengannya mungkin sebagai jalan atau penyebab utk pasangan yang satu lagi berubah kearah kebaikan. Ataupun mungkin sebab lain yang Allah saja yang Maha Mengetahui.
Apapun, pada yang belum bertemu jodoh, doalah supaya ditemukan jodoh yang terbaik buat anda, dan dalam masa sama, jadikan diri anda 'jodoh' yang terbaik buat dia.

3 comments:
Tengok gak, pagi tadi punya isu. Tapi yang paling best ialah tentang kalau nak elak kanser, kena makan pisang b4 breakfast everyday. Pisang apa nyer???
Apa-apa pisang la PB, janji pisang. Sebab pisang baik utk kita, terutamanya lelaki. Abah paling suka Pisang Mas, walaupun tak boleh gadai, tapi sodaaaap dimakan.
topic menarik.. tq..
Post a Comment