Monday, August 22, 2005

Cerita tentang balik kampung...

Alhamdulillah, abah selamat balik ke KL. Abah sampai KL waktu maghrib. Singgah rumah kawan kejap, hantarkan keropok lekor yang dia kirim. Penat juga drive sorang2 ni. Next time tak nak la abah drive sorang2 balik kampung, boring. Nak ada ummi juga kat sebelah, jadi teman abah borak2.

Alhamdulillah kenduri kahwin 2 pupu abah tu berjalan lancar, walaupun ada sikit kesulitan. Biasa la, kita rancang, Allah yg tentukan semua. Terlanjur pegi ke Besut (2pupu abah kahwin dgn orang Besut), abah singgah la rumah Tok Su (paksu pada mak abah). Kesian dia, dah 2,3 bulan sakit. Tapi alhamdulillah, dia masih boleh bergerak, cuma tak boleh berjalan je. Tok Su pun tak kenal abah, sebab dah berapa tahun abah tak jenguk dia kat kampung. Dalam sakit2, sempat juga dia melawak. Kata TokSu, abah sebiji-biji macam pak sedara abah (adik mak). Saling tak tumpah. Hehe, abah rasa bukan kot, sebab pak sedara abah tu hensem. TokSu kata pak sedara abah tu baru je kawin untuk kali ke3nya, dan toksu pun kata, abah mesti kawin 3 juga.

Tergelak besar abah. Mak pun senyum aje. Abah tak nak komen apa2, just gelak je. InsyaAllah, lepas ni abah akan selalu balik ke kampung mak di Besut, utk melawat sedara mara belah mak, sebab abah tak kenal ramai sedara mara kat situ. Abah cuma banyak kenal sedara mara belah ayah abah saja.

Semalam masa nak bertolak balik ke KL, abah singgah rumah mak sepupu abah, just nak bagitahu dia yg abah dah nak balik KL. Dia jemput la abah ke kenduri anaknya 2 minggu lagi. Abah kata InsyaAllah, takleh nak janji lagi, sebab takut abah ada kerja time tu. Dengar je abah cakap macam itu, terus dipeluknya abah sambil menangis. Abah pun tergamam la kejap, sebab mak sepupu abah tu jenis happy go lucky, rasa pelik bila dia menangis. Dia berharap sangat abah dan ummi dapat dtg kenduri tu nanti, sebab dia kata dah tak tahu nak berharap pada siapa. Abah nak juga tanya kot2 mak sepupu abah tu ada masalah, tapi abah batalkan je niat tu, mungkin lain kali abah akan tanya. Bila abah kata, abah akan cuba balik, baru dia senyum. Hmmm...susah juga duduk jauh2 ni.

Mak abah masakkan wajik dan pulut kuning untuk Muizz. Abah dah cakap, jangan masak banyak-banyak, banyak juga yg dimasak. Mak...mak. Memang macam itu agaknya org tua. Abah singgah Kertih belikan Ummi pulut panggang dan 'sata', favourite Ummi. Sampai kat Chendor, abah singgah beli keropok lekor. Yang ni ummi dah pesan awal2. In fact, tiap kali balik Trg, mesti kena singgah beli keropok lekor.

Kalau nak makan keropok lekor, jom la ke rumah abah. Banyak juga abah beli.

Esok kita sambung cerita-cerita...

6 comments:

Am said...

keropok lekor, terliur juga dengar, Am ni memang peminat tapi kat kl ni jarang dapat yang best.

Apa2pun selamat kembali ker kl dan alhamdulillah semuanya selamat

Abah Mui'zz said...

Am, nak makan keropok, jom la bertandang rumah abah. :-)

Am ngan Ummi memang gemar keropok, tu yg sekali balik ke Trg, beli keropok banyak-banyak. Sebab kat KL ni, mcm yg Am kata, susah nak jumpa yg sedap.

~comei~ said...

anim suka kopok sagu (kot nama dia). tiap kali pasar mlm mesti beli. tapi kena mkn time panas (suam2 kuku). kalau dah sejuk tak sedap sbb jadik keras.

Abah Mui'zz said...

Kala sejuk keras, itu keropok kanji tu Anim. Keropok sagu takkan keras walaupun sejuk. Nanti la, satu hari nanti bila abah dah kenal anim, abah belikan anim keropok. InsyaAllah.

~comei~ said...

oo ada kopok kanji gak ye? haha. tak tau la. first time mkn kopok sagu masa g kuantan 3 tahun lepas.

mlm tadi ada pasar mlm.. belilaa rm3 keropok sagu. makan ngan mak ayah, kakak & adik2 kat umah. hehe

Am said...

macam jenis keropok ada rupanya, Am pula yang tahu keropok lekor dan keropok biasa.

InsyaAllah, satu hari kita akan berjumpa dan bolehlah Am merasa keropok lekor Abah_Muizz jika berkesempatan