Monday, August 08, 2005

Cerita tentang mak ayah...

Dua hari bercuti, Sabtu dan Ahad, abah terpaksa mengikuti Bengkel Kaunselor yang dianjurkan oleh pihak majikan abah. Tertanya juga, boleh ke abah jadi kaunselor. Tapi tak apa, kalau betul, seronok juga. Kesian Ummi ngan Muizz, dua hari cuti terpaksa duduk rumah, sebab abah kena kursus. Semalam abah sampai rumah pukul 11 malam, sebab program habis dalam pukul 10.30pm. Penat jugalah, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam bengkel. Abah ada cerita juga ttg bengkel, tapi abah tak nak cerita hari ni. Abah nak cerita benda lain.

Balik rumah, abah tgk ummi dan muizz dah tidur. So, abah pun buat apa yang patut, then bersiap nak tidur. Dalam abah dok berangan sebelum tidur tu, tiba2 ada sms masuk. Abah baca. Sahabat abah hantar sms kata “he need someone to talk to”. Abah penat sebenarnya, tapi bunyi sms tu macam sedih je, kesian pulak abah rasa. So, abah call la dia. As expected, ada la cerita ttg. masalah dan dugaan hidup dia. Panjang la juga ceritanya, lebih kurang masalahnya macam ini: Ibunya ditimpa malang, dan dia berasakan bahawa apa yang menimpa ibunya adalah kerana balasan Allah pada dosa yang dia buat. Abah cuma dengar aje, tapi bila dia mula keluarkan statement, seperti “Aku rasa helpless, rasa macam ibadat yang aku buat takde makna. Sembahyang pun rasa macam tak guna”, abah rasa abah kena kata sesuatu. Abah tak marah, sebab abah tahu orang tengah depressed akan merapu2 sampai tahap itu. Cuma abah rasa merapu2 macam itu nak kena dibetulkan.

Bukan abah berkhutbah, cuma cakap sikit la kat dia. Abah kata jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah. We are nothing untuk bersangka buruk dengan Allah. Segala benda yang menimpa adalah semata2 ujian Allah pada kita, nak ditengoknya reaksi kita. Adakah kita makin menghampiriNya ataupun kita menjauhiNya. Kita manusia ni sebenarnya tidak berkuasa apapun, segalanya ditentukan Allah. Bila dah rasa helpless, rasa kosong, rasa buntu, Allah sajalah tempat kita bergantung, tempat kita memohon. Dan abah mintak dia buat apa yg patut.

Bersedih atas apa yg menimpa ibu, dan setakat duduk memikirkan kenapa ibu yg diuji, tak memberi apa2 makna. It won’t change anything. Kalau ibu sakit, usaha ubati ibu. Kalau dia ditimpa malang lain, usaha untuk mengatasinya, bukan dengan bersedih. Paling tidak mampu kita buat sebagai anak pun, kita berdoa pada Allah, moga disembuhkan sakit ibu, moga diringankan bebannya, moga diampunkan dosanya. Kita tak tahu samada itu balasan Allah pada kita, atau memang ujian Allah pada ibu, sebab kita tidak tahu akan dosa2 ibu dengan Allah.

Abah pun tak bercerita panjang sebab abah pun mengantuk. Cuma pesan abah pada dia, balik rumah, solat, berdoa, mohon sungguh-sungguh dengan Allah, taubat kalau ada dosa kita yg belum kita taubat, dsbnya. Hadirkan hati dalam menghadap Allah. Kita kerdil, Allah saja yang Maha Berkuasa. Mohon pada Allah ampunkan dosa2 ibu. In fact abah rasa itu yang ibu-ibu dan ayah kita nak pun. Mak ayah tak nak sangat duit ratus2 yang kita kirim tiap bulan tu. Mak ayah cuma nak kasih sayang kita sebagai anak, dan doa kita pada Allah untuk diri mereka. Itu saja. Dan bila bercakap macam itu, abah sebenarnya menyedarkan diri abah juga. Abah mungkin sibuk dgn kerja, hingga lupa nak telefon mak, dah la lama dah abah tak balik jenguk mak. Dengan ayah, abah dah jumpa masa ayah datang ke Perhimpunan UMNO baru-baru ni. Abah harap mak kat kampung sihat walafiat.

Abah rasa lega sebab tak lama lepas abah bercakap dgn dia, dia hantar SMS pada abah lagi, ucap terima kasih kerana abah boleh buka minda dia, supaya sentiasa look on things positively. Alhamdulillah….itu yang abah nak pun. Moga sahabat2 dan kawan2 abah akan sentiasa dilandasan Islam. Sentiasa yakin dgn Allah. Sentiasa melihat segala apa yang berlaku dalam hidup dari sudut yang positif. We are the master of our ownself, we control our thoughts, tapi kena berlandaskan Islam.

Nanti kita sambung lagi…abah nak kena siapkan kerja. :-)

2 comments:

~comei~ said...

wahh.. mesti teror kaunseling org ni.. nnt bleh kaunseling anim lak. hehe.

Abah Mui'zz said...

Anim, kena tunggu abah tamatkan semua kursus dulu, baru abah boleh kaunseling anim. Semalam tu baru Tahap I.