Tuesday, January 03, 2006

Cerita tentang 3hb Satu Dua Ribu Enam

Hari ni kalut sikit. Dengan Muizz demam, hari pertama sekolah(yg ada kaitan dgn trafic jem), abah terkalut sikit. Semalam pukul 5 ptg abah sampai KL dari kampung. 2,3 hari di Trg, tak kemana pun abah, sebab hujan hampir sepanjang hari. Cuma berkesempatan test drive Honda City kakak abah, hehe, dengan alasan nak tengok best ke tidak. Abah kata best, Ummi kata tak.

Muizz pulak seronok sangat jumpa sepupu2 dan main hujan, terus demam. Hari ni sepatutnya first day Muizz di tadika, tapi dah demam, nampak gayanya kena tunggu dia OK dulu la. Abah risau juga ni sebab suhu badan Muizz agak tinggi juga. Dah bawa ke klinik, tapi nampaknya ubat klinik lain tak berapa sesuai dgn dia. Kalau dia demam juga lagi, petang karang kena bawa ke klinik Dr. Cheng la agaknya. Itu doktor kesayangan Muizz.

Hari ni juga ada meeting sat lagi. Dengan kerja yang banyak nak kena siapkan, abah mengepek setakat ini sajalah pagi ni, karang kalau abah free, abah sambung lagi.

3 comments:

zamdee said...

alamak, kesian dia, mesti dia ngah semangat air oren nak jumpa kengkawan baru..

lupa plak, Selamat Tahun Baru..

Anonymous said...

kesian muizz tu ya abah, anak Am nasib baik tak deman walaupun ada selsema sedikit

Selamat tahun baru 2006 ya abah

Abah Mui'zz said...

Selamat tahun baru juga kat Zamdee dan Am.

Tahun dah jadi baru, kita juga yang jadi makin lama. hehe, tapi tak apa, lama2 berisi.