Thursday, December 29, 2005

Cerita tentang perangai...

Hari ni tak tahu abah nak cerita apa. Lately rasa macam putus idea pulak nak mengepek. Hari ni dan esok abah bercuti. Tapi dalam cuti-cuti pun, ada benda nak kena siapkan dan hantar ke ofis. Malam esok, lepas abah jumpa kawan baik abah yang akan ke Mekah, abah akan drive balik ke Trg. Semalam kawan abah tu call lagi sekali tanyakan abah, jadi ke pergi jenguk dia di Kelana Jaya. Abah macam biasa la kan, suka nak provoke perasaan orang. Abah kata "Tengoklah dulu, kalau ada, ada la tu, kalau tak, takde la". Hehe, bukan apa, saja je. Dan sebab dia dah faham perangai abah kot, dia kata, tak apa, dia tunggu. Memang abah dah niatkan nak pergi pun ke Kelana Jaya tu melawat dia, sebelum dia bertolak ke Mekah.

Malam semalam Ummi masak Mee Bandung Muor, best! Thanks Ummi. Dan sambil2 masak tu, Ummi dok bercerita la ttg orang2 besar dipejabat2 tu. Cerita tak best la sikit, sebab Ummi kata, ramai orang2 pangkat tinggi ni, tak bagus sikit perangainya. Kalau staff bawah tengok, memang staff akan respect la, sebab boss nampak alim sangat, dan boss memang baik. Staff tak solat, akan ditegurnya, staff tak puasa pun akan kena tegur. Tapi jangan tak percaya, kalau dibelakang staff, boss yg nampak alim tu la yang jejak kaki ke kelab malam dan menogok air haram. Ummi kata, muka memang decent habis, tapi perangai, Allah sajalah yang tahu.

Dengar Ummi cakap macam itu, buat abah terfikir sekejap. Rupanya disekeliling kita ni, ramai sungguh manusia yang pandai berlakon. Depan anak isteri, depan kawan2, dialah manusia paling baik, paling tinggi pekertinya, paling warak. Tapi dibelakang, nauzubillah. Tangan yang dok pegang tasbih tiap2 hari itulah yg digunakan untuk menepuk punggung GRO. Handphone yang digunakan untuk call anak isteri itulah yg digunakan untuk merakam aksi lucah kawan2 dgn perempuan2 tak elok. Hingga pada tahap ibu sakit tenat dihospitalpun tidak diendahkan, hanya kerana ingin mabuk2.

Moga2 Allah lindungi kita semua dari berubah menjadi manusia2 seperti itu. Dan abah nak ingatkan anda, dan abah juga. Berhati2lah dalam menilai manusia. Skrg bukan zaman mudah menilai isi hati dan sikap manusia yg ada didepan kita. Apa yg kita tengok dan rasa, belum tentu itu yg tersirat.

Ini ada satu gambar yang abah rakam masa ke Underwater World Langkawi hari tu.


Dan ini, ada satu kata-kata yg abah dapat dari seorang adik, menarik bunyinya:

Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time.

7 comments:

zamdee said...

hehehe, ramai jer org mcm tuh bro, per nak heran.. jgn kita jd gitu udah ler..

Abah Mui'zz said...

Sebab ramai tu la yg jadi takut. Sesuatu yg bukan norm dalam masyarakat, tapi bila dan jadi satu yg norm, akan jadi ikutan. Dalam kita duduk cerita ttg remaja yg hanyut, kita lupa nak cerita juga ibubapa yang hanyut. Hanya sebab mereka hanyut dibelakang kita, dan budak2 itu hanyut didepan mata.

Anonymous said...

sokong pendapat abah. sebab ramai sangat yang buat begitu, kita pun kadang2 boleh terfikir itu macam dah perkara biasa dah, tak ada apa yg perlu dihairankan. zaman skrg ni, iman je yg boleh jadi penyelamat.

~comei~ said...

mcm mana ummi tau perangai org2 tu mcm tu? ummi nmpk or dgr ckp org? org org tu citer sendiri kat ummi? hmm... jika betul.. semoga org2 tu insaf dan kembali kpd jln yg di redhai-Nya.. aminn.. hmm.. semoga kita2 juga yg memandang dan mendengar di pertingkatkan keimanan kita terhadap-Nya.. aminn..

dunia akhir zaman ni mcm2 jadi.. wallahu'alam..

Abah Mui'zz said...

Hehe Anim, kalau Anim kenal orang2 marketing di TM tu, tanya la depa. Abah confirm depa tahu camna cara nak dapatkan projek, especially projek dengan gomen. Tanya depa, apa 'kehendak' orang2 besar gomen ni utk company swasta yang cuba nak dapatkan tender projek. Dan Anim jangan terkejut dgn apa yg Anim akan dengar.

Abah pun macam Anim, doakan depa ni semua dan diri kita juga, moga taubat banyak2. Benda macam ini akan effect ramai orang, bukan diri depa saja.

~comei~ said...

:)tq 4 da answer

abah.. nak minta maaf kalo komen di atas tu bunyik cam lain je. anim baca pun terasa mcm awat lain mcm je soalan. hehe.

Abah Mui'zz said...

Hehe, tak ada apa yg perlu minta maaf pun Anim. Abah tak pulak rasa pelik dengan soalan Anim tu, cuma sikit was2 je. :-)