Monday, January 23, 2006

Cerita tentang hubungan...

Abah ada juga masuk beberapa grup Yahoogroups, salah satunya Relexjap. Dan semalam abah terima satu emel dari grup tersebut. Emel tu menarik perhatian abah, kerana apa yang ditulis ada juga tempiasnya kena pada abah. Abah letak sikit excerpt emel tu untuk anda baca.

Assalamualaikum wrt

Saya tanya dalam kelas - dalam kereta jika kita lihat driver pandang ke kanan dan seorang wanita di sebelahnya memandang ke kiri ...mereka dah kahwin ke belum... mereka menjawab sudahhhhhh.

Jika anda lihat driver dan wanita sebelahnya itu sembang sakan .. mereka dah kahwin ke belum ..... mereka menjawab belummmmmmm

"Pandaiiii. Tapi saya terkecuali tau... sebab saya sembang sakan dengan isteri ketika memandu ...."

Saya pun hairan juga bila mendengar ada isteri yang tak bersembang langsung dengan suami ketika memandu. Agaknya dah tak ada perkara yang menarik perhatian mereka bersama. Suami nak bincang mengenai tempat kerja - si isteri tak tahu. Si isteri nak cerita mengenai masalah kerenah dalam rumah - si suami tak berapa nak ambil tahu. Ye tak ye... diam ajelah.

Ada suami bila balik kerja anak menikus naik atas - takut dengan bapa ... bapa rupanya bukan jenis sembang sembang dengan anak.

Yang menghairankannya si suami yang keras dengan isteri, garang dengan anak - di pejabat lain pula dengan setiausaha dan rakan sekerja ... beliau rupanya seorang peramah - rajin bersembang dan seumpamanya - walaupun di sana ada yang "consisten" - memang jenis garang dan non-approachable di pejabat mahupun di rumah.

Agaknya apa yang dikatakan "kebahgiaan" itu tidak dapat dikecapi semasa berada di rumah. Rumah bukan lagi bayangan seperti mana yang mula-mula diimpikan sebelum berumah tangga. Si suami jangan salahkan isteri atau sebaliknya. Setiap pihak kena mulakan langkah.

Bagi para suami - seharusnya meneliti amalan yang dibawa oleh Rasulullah bukan amalan yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka:

"Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

"Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

"Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Wassalam
Dr Hishamuddin Alham

Abah tak nak komen banyak apa yang Dr Hishamuddin kata, tapi betul la apa dia kata. Abah pun selalu macam itu. Dengan kawan2 dan orang luar, boleh cakap baik2 dan elok2, tapi kadang dengan Ummi dan Muizz, macam petir suara. Ummi selalu juga beri komen yang macam ini kat abah. Entahlah, abah pun tak faham sebenarnya diri abah. Tapi yang abah tahu, benda itu kena diubah. Walaupun susah, akan abah cuba juga untuk ubah, sebab Ummi dan Muizz itu sajalah buah hati dan pengarang jantung abah yang perlu abah layani, jaga dan hormati sebaiknya.

InsyaAllah Ummi, abah akan berubah juga satu hari nanti, moga Ummi dan Muizz sabar menunggu, insyaAllah...

3 comments:

irman_rahs said...

rasanya bukan yg dah kawin jer mcm tu, aku sbg anak ni pun terasa mcm tu. mak dan bapa aku selalu juga tegur aku, knpa dgn adik2 aku tak ble nak cakap lembut2. semuanya klu bole nak tercabut anak tekak! adakah kita ni golongan yg hipokrit! atau mcm mana?

Anonymous said...

teringat kata seorg kawan masa kat sekolah berasarama dulu - "perasan tak, kita kalau layan budak junior kat sini memang tak sama langsung dgn cara kita layan adik sendiri, padahal dorg tu yang lebih2 lagi dekatnya dgn kita. adakah disebabkan dorg tu adik sedarah sedaging kita jadi kita boleh treat dorg ikut suka kita, dan budak2 junior tu anak org lain so kena jaga elok2?"

Abah Mui'zz said...

Abah fikir both of you are correct. Mungkin sebab kita rasa kita ada lebih kuasa keatas mereka, then kita secara tak sedar treat mereka macam itu. Dengan orang luar, kita lebih pada nak jaga hati mereka, sebab kita tak mahu org fikir buruk tentang kita, dan kita tak akan kisah sangat, kalau adik2 atau ahli keluarga terdekat fikir yang buruk tentang kita, sebab 'we are part of them'. Abah mencari2 juga formula untuk betulkan sikap yang tak bagus ni, harap2 akan jumpalah nanti, insyaAllah.