Ummi layan macam biasa la, tapi selepas beberapa ketika, perbualan bertukar pada isu jualan langsung. Zhulian kalau tak silap. Kesian Ummi, dah la tak minta benda-benda macam ini, terpaksa lak layan.
Abah nak komen sikit la tentang benda macam ini, yang pada abah menjadi satu sebab kawan jauhkan diri dari kawan. Abah pun pernah kena macam itu, dan abah rasa anda pun munkin pernah alami benda yang sama. Yang kita ni rasa seronok bila kawan lama contact kita semula, ajak keluar minum etc, dan tak sampai 10 minit berborak, tadaaaaa... agenda sebenar keluar. Nak promote MLM atau insuran, atau apa saja benda yang depa join.
Abah faham la depa buat tu sebab itu cara depa cari makan, tapi jangan la sampai kawan2 naik takut nak angkat call atau nak jumpa depa. Kalau kawan dah bagi hint tak berapa selesa tu, faham2 sajalah yang orang tu tak minat. Tak payah la dok bercerita lagi ttg MLM depa. Tak salah nak promote, cuma jangan lebih-lebih la.
Tak semua orang minat nak jadi kaya cara MLM, insuran dan sebagainya. Sebab kalau semua berminat, semua orang jadi ejen MLM dan insuran, takde orang nak jadi client lagi dah la.
Hehe, tutup cerita MLM.
Petang semalam abah ajak Muizz pergi joging kat tasik belakang rumah. Abah ingat budak kecik ni sure tak larat, tapi sangkaan abah meleset. Kudrat sikecik abah ni hampir sama dengan abah. Abah habis 2 round, dia pun habis 2 round. Siap lari laju2 lagi dan mintak abah kejar dia. Hahaha, kuat juga anak abah ni ya!
Next week nak ajak Muizz ke tasik lagi la, teman abah joging, walaupun masa on the way balik semalam Muizz cakap "Nanti abang tak nak ikut abah joging lagi tau! Penat la, habis peluh badan ahmad". :-)
4 comments:
benda ini pernah terjadi pada Am juga abah, jawapan selalu Am beri ialah tak berminat atau tak ada duit hehehe
nampaknya abah kena selalu jogging ni, nanti kalah dgn muizz hehehe, kalau Am jgn ceritalah, dah lama kalah dan tinggal jauh dibelakang
zhulian? hr tu hampir beli gak la produk tu. pas tu mak marah. mak kata, kalau nak beli, beli emas betul. hehe.. selamat la duit. nasib baik ckp kat mak :)
hmm.. abah kena ckp kat muiz, kuar peluh la elok. br badan sihat :D hehe..
Abah skrg ni kalau kawan2 yg dah lama tak jumpa ajak keluar, abah inform siap2 "No MLM, no insurance, or else No teh tarik", itupun kalau abah terasa nak cakap.
Muizz cakap je Nim, nanti kalau abah nak pergi lagi, sure dia nak ikut juga.
Am, kena exercise la skrg, takut baca artikel2 tentang penyakit2 yg orang-orang muda hidapi. Tapi Am takpe, tengah fit lagi tu. Kan?
embun pun ada pengalaman ttg jualan langsung nie. embun hormati seorg kawan yg embun panggil kak Sham. dia nie join macam2 jualan langsung, tempatan dan luar negara. dia tak pernah putus asa perkenalkan produk baru kpd embun tp bila embun cakap tak minat atau tak ada duit, dia akan stop dan tak cerita lg ttg produk tu. sbb tu embun smpi skrg pun embun mesra ngan dia dan kadang2 tolong promote barang dia (w/pun tak dpt komisen.. hehehe).
dan embun pun ingat sorg kawan yg pernah satu bhg. dengan embun. bila dia pindah bhg. tak pernah pun nak contact embun coz kitaorg tak rapat pun. alih2, bila embun mengandung, dia call citer ttg produk penjagaan lps bersalin. dua kali dia call pujuk embun beli. pastu embun ckp ngan member rapat dia, embun tak suka dia buat macam tu. sampai hari ini dia tak call embun lagi.
Post a Comment