Semalam masa abah lawat blog Am, terbaca kisah tentang anak dan mak ayah. Kebetulan petang semalam juga abah terbaca satu emel tentang kisah pengorbanan ibu untk anak2. Dan abah rasa nak berkongsi artikel tersebut dengan anda. Artikel ini panjang sikit, kalau rajin, bacalah hingga kehujungnya.
Erti kasih dan pengorbanan seorang ibu
Tuesday, January 17 @ 11:45:40 MYT
Oleh SAIDATUL AMANI
SELURUH umat dunia baru sahaja menempuh tahun baru manakala umat Islam dunia dihidangkan pula dengan Hari Raya Aidiladha atau lebih popular dengan raya korban. Apabila disebut raya korban semua orang akan terkenang semula sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail.
Di corong-corong radio, tv, masjid, surau, para ustaz dan ustazah tak jemu mengimbas sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail. Ismail tidak membantah untuk dikorbankan. Sejarah manis itulah yang terus melekat di fikiran dan hati umat Islam dunia.
Penulis tidak berhajat untuk meneruskan kisah tentang sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail. Namun, penulis mahu menyampaikan luahan hati seorang ibu tunggal selama 29 tahun yang mempunyai 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Suami yang dikasihi telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1979. Seorang anak lelakinya terpaksa bekerja kontrak, seorang anak perempuan bekerja guru dan tujuh lagi masih bersekolah. Pencen yang diperolehi daripada arwah suaminya sebanyak RM500 memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
Bagi meneruskan hidupnya bersama 10 orang anak beliau terpaksa menoreh getah yang berada di sebelah rumah. Ini kerana tiga daripada tujuh orang anaknya yang bersekolah tinggal di asrama luar daripada daerah tempat tinggalnya. Sudah tentu perbelanjaan lebih daripada yang sepatutnya.
Kegigihan ibu itu bekerja tidak mengenal erti panas, penat, pening yang penting baginya; anak-anak tujuh orang itu perlu diberi pelajaran dan makan yang cukup. Setiap bulan beliau akan bercuti menoreh untuk mengambil wang pencen di pejabat pos (ketika itu).
Masa inilah ibu muda (ketika itu umur beliau 45 tahun) belanja besar beli ayam, daging untuk menjamu anak-anaknya. Segala kesusahan membesarkan anak-anak, ibu muda itu tanggung sendirian. Walaupun dua orang anaknya sudah bekerja tetapi gaji kontrak dan guru (ketika itu) berapa sangat. Lepas duit baju dan makan mereka bolehla.
Keperitan dan kesusahan ibu tunggal itu terbalas apabila sembilan orang anak-anaknya berjaya menamatkan persekolahan masing-masing. Walaupun ada sebahagiannya tidak dapat meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), namum mereka mendapat pekerjaan dengan jabatan kerajaan dan swasta. Inilah yang dapat membanggakan ibu tunggal tersebut.
Lebih menggembirakan apabila ibu tunggal itu dapat mengerjakan haji pada tahun 1985. Kegembiraan terserlah dan beliau bangga dengan kejayaan anak-anaknya. Namun, `langit tidak selalu cerah'. Kegembiraan dan kebahagiaan yang dikecapi bersama 10 orang anak-anak itu tidak bertahan.
Sepuluh orang anak-anaknya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak-anak. Ibu tunggal itu kini tinggal bersendirian di rumah usang peninggalan arwah suaminya ditemani anak sulung perempuan yang kurang pendengaran dan tidak berkahwin.
Apa yang menyedihkan empat orang anak lelakinya yang menjadi kebanggaan suatu ketika dahulu; telah lupa akan tanggungjawab untuk menjaga dan menghormati ibu tunggal itu. Empat orang anak-anak lelakinya lebih mengutamakan isteri dan mentua masing-masing.
Lebih memeranjatkan apabila anak sulung lelakinya seolah-olah menanti `saat terhentinya' nadi ibu tunggal mulia ini. Penulis terkejut apabila mendengar luahan anak sulungnya; `Bila mak aku mati aku yang akan mewarisi kebun ini'.
Penulis dapat menyelami kekecewaan hati ibu tua itu sekiranya ucapan kasar dan biadap anak sulung lelaki itu didengari ibu tersebut. Anak menantu perempuan yang lain pula sanggup menuduh, menghina ibu tua itu dan mahu pembahagian tanah diserahkan kepada suaminya (anak ibu tunggal ini).
Nasib ibu tunggal itu ibarat `Sudah jatuh ditimpa tangga'. Empat anak lelaki tidak kisah ibunya manakala isteri mereka pula menjadi `batu api' supaya seluruh ahli keluarga itu kucar kacir.
Hanya anak bongsu lelaki yang tinggal di sebelah rumah menjadi harapan ketika beliau mahu ke hospital, bank dan sebagainya.
Ibu tunggal itu telah dua kali menjalani pembedahan kanser tekak. Sekali kakinya terpaksa disimen kerana jatuh dan kini beliau terlalu lemah tidak boleh berjalan seperti biasa. Beliau memerlukan tongkat untuk berjalan. Nafsu makan terhenti. Hanya bubur, susu dan roti menjadi alas perut sementara nafas dikandung badan.
Empat orang anak lelaki beliau apabila mengetahui ibunya sakit hanya tahu mengarah adik bongsunya; `Hantar emak pergi hospital, mak makan ubat ini...mak tak boleh makan lebih protin, lebih karbohidrat dan sebagainya...hanya itulah yang mereka tahu'.
Mereka tidak pernah cuba menyelami hati ibu tua ini. Mereka jarang membelai ibu tua ini. Yang mereka belai hanya isteri-isteri mereka. Kejam!
Kini ibu tunggal yang dahulunya gagah dan tidak pernah kenal erti penat dan panas, hanya mampu tersenyum `tawar', apabila mendengar gelak ketawa cucu-cucu daripada (anak perempuannya) yang datang dua hari sekali. Manakala tiga orang cucu daripada anak lelaki bongsunya sentiasa berada di rumahnya setiap hari.
Inilah penawar yang boleh melupakan seketika kekecewaan, kesedihan, kesayuan, kehampaan serta penderitaan yang ditanggung oleh ibu tua ini.
Pengorbanan selama 75 tahun melahirkan, mendidik, membesarkan anak-anak tidak pernah diharapkan balasan. Namun, sebagai anak-anak tidak pernah terlintaskah di hati mereka bahawa `Ibu merupakan permata bagi setiap insan'.
Jika ibu tidak wujud di dunia ini apakah kita semua boleh berada di tempat masing-masing sekarang ini. Bagi penulis, tidak seorang ibu yang mahu dibalas dengan longgokan emas, berlian, intan, kebun, rumah besar dan duit yang menggunung.
Seorang ibu hanya mahu perhatian, kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Apa ertinya anak jika tidak pernah mengenang jasa? Apa ertinya kekayaan jika kekayaan itu tidak dapat memberikan sedikit kasih sayang kepada ibu tua yang tinggal sepi di pondok usang.
Kalian! Hidup kita ibarat roda. Adakala kita berada di atas dan tiba masanya kita berada di bawah. Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya.
Apakah erti pengorbanan seorang anak kepada keluarganya jika tidak mendapat reda daripada Allah SWT. Dan bukankah reda Allah itu datang daripada reda ayah dan ibu.
Fikirkanlah.
Dan kebetulan masa abah balik beraya haji di Paka hari tu, terjumpa dengan seorang pakcik. Kebetulan dia jiran abah masa abah kecik-kecik dulu. Abah tak la tanya dia, tapi abah tanya la mak abah tentang keluarga dia. Mak kata, orang tua itu rindukan anak-anak dia yang masing2 tidak hiraukan hal-ehwal ayahnya. Semenjak isterinya meninggal 30 tahun++ yang lalu, dia tidak berkahwin, dengan alasan, dia mampu besarkan anak-anak. Dan memang ya, dia mampu besarkan. Salah seorang anak lelakinya adalah antara jurutera yang terlibat dalam pembangunan Proton waktu Saga dulu. Tapi sayang, anak jurutera yang cerdik pandai itu, tidak pulang menjenguk ayah yg tua itu. Abah tak tahu apa kisahnya, cuma pada abah, andai ayah ada silapnya, jangan dihukum dia sebegitu. Dia ada hak untuk dikasihi, untuk dijaga oleh anak-anak, sebagaimana dia menunaikan hak anak2 untuk dikasihi dan dijaga masa mereka kecil dulu.
Dan ini kisah orang yg abang kenal juga. Sudah arwah pun. Arwah dua beradik membesarkan anak saudara, kerana mereka tak berkahwin. Anak saudara ini alhamdulillah, berjaya belajar hingga ke luar negeri, dan pulang menjadi Jurutera Petronas. Tapi sayang, jurutera yang seorang ini juga lupa untuk balik menjenguk dua ibu saudara malang ini yang sekian lama membesarkan dia. Bukan duit dan harta benda yang mereka mohon, cuma sedikit rasa kasih sayang seorang anak saudara yang selama ini dijaga sebaiknya. Dan dengar khabar, sampai kedua-dua makcik itu meninggal, keadaan masih macam itu. Sedih juga abah dengan arwah dua orang makcik itu. Susah sungguh hidup mereka. Abah tengok rumah depa pun jadi sayu.
Inilah hidup...moga-moga kita semua akan ditetapkan hati dan iman, supaya kita tidak akan lupa mak ayah walau macam mana keadaan sekalipun. Jangan kita lupa, kita ada anak. Dan teringat pesan seorang kawan pada abah, "Kalau ko nak anak ko jadi anak yang baik pada ko, ko sendiri mestilah jadi anak yang baik pada mak ayah ko". Lebih kurang macam itulah bunyinya.
Selamat bekerja untuk yg bekerja, jangan surf Internet lama sangat, sebab dalam The Sun hari ni, kerajaan Johor dah komplen, ramai staf mereka habiskan banyak masa bekerja dengan melayari Internet: donlod lagu(kata budak2 skrg), main game online, dan tengok gambar porno.

5 comments:
begitulah kehidupan kita ini abahm=, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu, Am selalu ingatkan diri Am agar tidakmtergolong dalam anak yg tidak boleh menjaga ibu mereka.
Sebenarnya peristiwa tidak pelik, byk yang dah terjadi
Dipejabat Am ini, Am yang jaga sistem internet, kadang2 tu senyum tengok report web2 yang perkerja lain masuk, macam2 ada, setakat ini belum ada komplin dari boss pasal pengunaan internet yang melampau
abah, ni bukan panjang sikit ni tapi dah boleh kategori sbg cerpen...sy tak baca lagi tapi...
ok dah abis bca pun, tapi nak respon sikit komen PB. rasanya smpi mati pun kita takkan dpt balas semua jasa ibubapa.hatta setitis air susu ibu pun kita tidak akan dapat membalas!
aku semakin takut pula,sbb spt komen aku dlm blog Am,takut lupa nak balas jasa ibubapa!teringat cerita Sekeras Kerikil!
Abah selalu ingatkan diri, dalam apa perkara pun, kita cuma mampu usaha yang terbaik. Sama dalam kes balas budi mak ayah, usaha yang terbaik. Nak kata balas semuanya, mustahil la, sebab budi ni sst yg susah nak diukur. Cuma harap2 mak ayah pergi menghadap Allah dengan hati yang sangat senang dengan anak2 mereka.
Teringat mimpi abah masa dulu2, mimpi mak abah meninggal. Sedar2 dah basah bantal, sebabnya...hehehe, bersungguh2 abah menangis dalam mimpi. Sebabnya: abah sayang sangat dengan mak.
teringat kat kata2 ustaz masa kat sekolah dulu, bila masing2 kena belajar macam mana nak jadi imam: "kalau memang dah tak tau nak doa apa, yang penting awak mesti ada doa untuk ayah ibu."
Post a Comment