Sejak akhir-akhir ni, abah selalu sampai lewat dipejabat. Abah keluar rumah macam biasa, tapi sebab jalanraya sesak, lambatlah sampai. Dulu masa cuti sekolah tak rasa sangat, tapi sekarang ni terasa juga. Kawasan perumahan tempat abah tinggal pun sesak jalannya.
Dan bercerita tentang sesak dijalanraya ni, abah nak sentuh sikit tentang cerita orang kita, orang Islam melayu. Abah tak tahu orang bangsa dan agama lain, tapi abah kenal sikit-sikit orang yang agama dan bangsanya sama dengan abah.
Mula-mula cerita bab jalanraya. Anda pun dah lali agaknya dengar cerita potong-Q. Hari2 terjadi, kadang depan mata kita, dan kadang kita sendiri yang buat. Hehe. Abah tak faham dengan pemandu yg suka potong Q. Nak kata dia nak cepat kepejabat, orang lain pun nak cepat juga. Nak kata dia sorang je bayar cukai jalan, orang lain bayar juga. Nak kata dia seorang je terer bawak kereta, orang lain pun terer juga. Tapi masih nak potong-Q.
Yang suka buang sampah dari kereta pun sama. Kadang terkejut juga kita dibelakang bila tiba2 nampak puntung rokok yang keluarkan bunga2 api bila dibuang atas jalan oleh driver kereta depan kita. Buang tisu tu dah jadi kebiasaan abah tengok. Kulit buah rambutan pun ada. Cuma kulit buah durian je abah tak tengok lagi terbang keluar dari kereta.
Yang bawak slow dilorong laju pun sama juga. Jalan 110km/j pun bawak 50 dilorong laju. Mungkin dia nak pergi berkelah, tapi tak fikir ke orang dibelakangnya nak pergi kerja atau hantar anak ke sekolah.
Kenapa jadi kes2 macam itu? Tak sekolahkah orang kita ni? Sekolah, sampai ke universiti lagi. Mana abah tahu? Sebab kat belakang keretanya bertampal macam jenis sticker universiti. UM lah, UKM lah, U luar negara lah. Tapi driver yang lulusan U itu juga yang potong Q, yang buang sampah, walaupun bukan semua.
Tak tahu hukum agama ke? Tahu. Sebab ada sticker Maahad itu Maahad ini, sticker PAS la, sticker Membangun bersama Islam la, sticker Islam is the way of life la, Little Khalifah on board la. Abah fikir itu semua orang2 yang tahu hukum2 asas Islam, paling tidaknya. Tapi driver-driver itu juga yang potong-Q, yang buang sampah.
Kenapa abah kaitkan kelulusan pendidikan dan pengetahuan agama? Sebab abah fikir, orang lulusan universiti patutnya tahu etika, patutnya tahu fikir apa baik apa buruk. Abah tahu mereka tahu potong-Q itu tidak patut dibuat. Abah juga tahu yg mereka tahu buang sampah merata itu tidak beretika.
Dan orang Islam yang tahu hukum asas pun patut tahu Islam itu sangat pentingkan kebersihan dan timbangrasa. Memang la keretanya bersih, dirinya bersih, sebab semua sampah dalam kereta dibuang ke luar sambil memandu. Bila orang2 ini memotong-Q, abah fikir mereka ini tidak amalkan konsep timbangrasa pada orang lain. Orang lain beratur sekian lama atas jalan sebab jem, kita tiba-tiba meluru dari belakang, terus nak masuk depan orang2 yang dah lama beratur tu. Kalau kes urgent abah faham, tapi ramai yang potong-Q sebab nak diri sendiri sampai cepat ke ofis. Orang yang dipotong Q nya itu, tak dipedulikan pun kalau mereka lambat.
Dan dengan berbuat benda2 yang tidak patut itu juga pada abah, mungkin berdosa. Hehe, ada ke hukum Islam atas kes2 potong Q dan buang sampah dari kereta ni? Abah tak tahu.
Tapi abah fikir, paling tidak pun, dengan kita potong Q, kita buang puntung rokok keluar dari kereta, kita secara tidak langsung akan membuka satu ruang untuk orang lain berbuat dosa, dan mungkin kita turut sama berdosa, sebab kita membuka ruang itu. Faham maksud abah? Maksudnya macam ini, kalau anda potong Q, anda fikir orang yg dok Q tu akan terima macam itu saja ke? Mungkin ada yang terima, tapi kebanyakan yg Q itu dah tentu menyumpah seranah dalam hati, atau terus keluar dimulut. Sumpah siapa, seranah siapa? Kita la, org yg potong Q. Sumpah seranah orang itu berdosa. Memang. Tapi siapa yg buka ruang utk org lain buat dosa, kita! Kita buka ruang untuk orang mencela, menyumpah, menyeranah kita sebab kita potong Q, kita buang sampah atas jalan.
Abah tak nak cakap orang la, abah sendiri pun selalu akan terlintas dalam hati "Bangang punya driver, suka hati mak bapak dia je potong Q", ataupun "Cilakak punya driver, selamba je buang puntung rokok atas jalan, terkejut aku!". Abah tahu abah berdosa bila cakap macam itu, tapi kalau depa tak buat macam itu, abah tak rasa abah akan menyumpah sampai macam itu.
Dan bercakap tentang ini, abah rasa kita manusia ni secara sedar banyak kali membuka ruang untuk manusia lain buat dosa. Dosa menyumpah seranah, dosa mengumpat, dosa memfitnah dsbnya. Kita berkepit dgn bukan muhrim kehulu kehilir, mengundang kpd jiran2 mengumpat dan mengata, which is berdosa la kan. Kita bercakap kuat2 dalam komuter atau bas, mengundang pada penumpang lain akan berfikiran negatif pada kita, which is also berdosa. Kita parking kereta sesuka hati, sehingga menyusahkan pemandu lain, dan mengundang kepada makian orang pada kita. Banyak lagilah contoh-contohnya. Memang org yg merokok kata, "Alah, aku nak hisap rokok aku punya suka, bukan pakai duit korang nak beli rokok". memang betul, tapi imagine kalau perokok tu buang puntung rokok yg masih menyala atas jalan, dan kat belakang nya jenis driver yg cepat terkejut, tak ke haru bila dia tetiba nampak percikan bara api atas jalan? Ini belum cerita driver yang meludah sesuka hati masa tgh memandu. hehehe.
Oklah tu, cukuplah abah merapu hari ni.
Nanti abah sambung lagi.

6 comments:
"ada ke hukum Islam atas kes2 potong Q dan buang sampah dari kereta ni?"
emm.. hukum Islam tentang mengambil hak org lain ada kan? ;)
tah laa... mcm cakap abah, benda2 macam ni dah selalu sgt berlaku, sampai rasa dah lali dah. tapi semuanya bergantung atas rasa tanggungjawab dan conscience masing2. agaknya nak kena clorox masing2 baru nak berubah kot...
erm best la cite ni abah..saya pun tiap2 hari..pegi balik keja rasanya lebih dr 3 kali sehari sumpah orang ni..sakit hati bila kita tengah beratur dengan sabar ada lak manusia2 yang nak potong Q..lagi2 yg tak kasi signal..mulut ni cepat jek kalau nak keluarkan kata2 yg tak elok..kadang2 salah satu punca jam adalah sebab orang2 yang potong Q ni la..sama2 lah kita berdoa moga2 rakyat negara kita sedar & jadi manusia yg prihatin pada manusia lain..
marah nmpk. sabar.. sabar..
Ohh, nak pekena abah ya? Abah tak marah la Anim. Tapi bila atas jalan tu, marah gak la.
ex student, kita sama2 lah doakan moga keadaan akan berubah skit. At least kita akan jadi lebih bertamadun. Sapa ya ex-student ni? Abah ramai sgt ex-student.
crimsonskye, kalau nak klorox, kena cari klorox yang kaw-kaw sikit, baru boleh cuci. Hehe.
P/S: Abah selalu juga ke blog crimsonskye, cuma tak reti nak komen apa, sebab tak reti nak tulis ayat2 omputeh sehebat kawan2 blog crimsonskye.
abah: saya tulis blog dalam bahasa inggeris cuma sbb nak mahirkan diri dalam penggunaan bahasa tu. awal2 tu pulak sbb nak mengisi masa lapang tunggu result spm :) abah komen jelah dlm apa2 bahasa yg rasa boleh sampaikan maksud abah, teringin nak dgr pandangan2 abah.
Yang bestnya abah org-org sebegini org lain buat dia marah tapi bila dia buat, buat selamba sahaja hehehe, malas nak komen lebih2 pasal terasa diri sendiri pun terbuat juga
Post a Comment