Wednesday, January 11, 2006

Cerita tentang pemergian...

Baru sekejap tadi, abah terima emel dari seorang sahabat baik abah, memaklumkan akan pemergian ke rahmatullah, bekas supervisor projek sarjana kami, PM Dr. Nurhayati Abdul Mukti. Beliau adalah pensyarah di FTSM, UKM.

Sedih juga rasa hati abah. Walaupun dah hampir 5 tahun abah tak jumpa dengan arwah, tapi segala jasa baik arwah membantu abah dalam menyiapkan projek abah dulu, akan abah ingat hingga ke akhir hayat.

Itulah janji Allah pada kita semua, bila tiba masa, kembalilah kita menghadapNya.

Moga roh arwah akan senantiasa dicucuri rahmat Allah.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin.

2 comments:

~comei~ said...

al fatihah buat arwah..

YuN said...

Al-Fatihah buat Dr NAM

Betul abah...dr nam banyak membantu. Cthnya masa aku siapkan projek master. Kalau dia tak tolong cepat proses review ari tu, external examiner mesti lambat buat kerja. Banyak sangat dia membantu. Tak sempat nampaknya kita nak sambung phd bawah dr nam.