Wednesday, January 04, 2006

Cerita tentang tahun baru...

Hari ni abah bercuti. Tapi dalam cuti pun padat juga aktivitinya. Pagi tadi hajatnya nak gi hantar Ummi ketempat kerja, tapi baru sekerat jalan, bila abah cuba call klinik, dan klinik bagitahu suruh bawak mak mertua abah untuk treatment ozon pukul 9, abah pun terpaksa la bagi ummi drive sendiri ke tempat kerja. Teruk pulak jem kat KL pagi ni. Abah sampai klinik pun dah pukul 9.40. Mak punya treatment habis dalam pukul 11.30. Abah berkejar pulak balik rumah, sebab pukul 12 kena hantar Muizz ke tadikanya.

Abah dah agak benda ini akan terjadi, dan memang terjadi pun: Muizz menangis tak henti2 bila abah tinggalkan dia kat tadika. Meraung2 dia panggil abah. Abah terpaksa buat donno saja sebab abah tahu, ini untuk kebaikan Muizz. Lepas abah tinggal tadi, tak tahulah apa jadi. Harap2 Muizz dah reda.

Nanti pukul 3 abah nak pergi ambil Muizz lagi, then berkejar ke KLIA pulak untuk hantar mak mertua abah balik ke Kelantan. Hajat hati nak siapkan sikit kerja ofis yg dah tergendala, tapi bila bukak laptop ni, menulis blog pulak jadinya. :-)

Tadi masa pergi klinik, abah parking dekat dalam kawasan bangunan Pekeliling tu sebab mak dah tak larat nak berjalan jauh. Bila abah nak keluar dari parking, atendan tu kata, "RM9". Abah terdiam sekejap, then abah cakap , "Dua jam je kan saya parking". Si akak tu terus kira masa, dan katanya abah terlebih seminit, so, yang seminit tu dia caj kadar sejam juga. Abah hulur ajelah duit, sebab malas nak cakap apa. Dan minta maaf la pada kakak parking tu, abah tak ucap pun Terima Kasih, sptmana abah selalu ucap pada orang(walaupun abah tahu abah yang bagi duit kat depa). Abah pun tak tahu kenapa abah macam itu hari ni, abah cuma buat muka tak puashati, ambik baki duit, then terus jalan. Lain kali abah tak parking dah la kat situ.

Dan ingat bab parking ni, abah teringat pulak kat budak lelaki yg jaga parking di Sogo. Pernah abah keluar lewat 5 minit, dia tak caj pun extra 5 minit tuh. :-)

Ops, sebelum abah terlupa: Selamat tahun baru 2006 untuk rakan2 semua. Sekejap je masa berjalan, dan abah, umur dah bertambah jadi 33. Dalam diri rasa muda lagi, rupanya umur dah menginjak kedepan. Abah harap dan doakan, moga 2006 akan memberikan kita kesempatan untuk mencapai apa saja yang impian yg kita nak capai dalam tahun ini, tak kisah la impian apa, asalkan yang baik2. Nak tukar kerja ke, nak tukar kereta ke, nak sambung belajar ke, nak tambah ahli keluarga ke, apa saja lah. Selagi nama kita manusia, impian tu tetap akan ada.

Apa azam abah? Haha, abah tak ada azam tahun baru. Dan abah dah bertahun2 tak pasang azam pun. Abah cuma pasang impian dan angan2 dan kehendak: Nak baby girl, nak sambung study, nak setelkan hutang piutang yang ada, nak kerapkan diri ke rumah Allah, nak mula jaga kesihatan, nak pergi gym, nak belajar berenang, nak belajar English, nak buang sifat2 yang tak elok pada diri, nak bantu manusia2 lain, nak itu, nak ini, nak .............

Moga2 Allah permudahkan diri abah untuk mencapai segala impian abah, dan anda juga.

6 comments:

~comei~ said...

salam..

selamat tahun baru abah. semoga ada impian dan angan2 yg menjadi kenyataan :)

zamdee said...

amboi, dlm takde plan azam thn baru tp berderet plak nak tu nak ni, hehehe..

apa2 pung, semoga berjaya.. niat perlu ader, baru senang..

Abah Mui'zz said...

Hahaha, itulah manusia Zamdee. Impian dan kehendak tak pernah ada penghujung. Tapi ok la kan, kadang2 impian dan kehendak tu yang keep us going, and living. Walaupun ada yg tak tercapai, tapi bila kita tahu ada benda yg kita nak tu, kita akan cuba juga usahakan.

Abah tahu apa kehendak Zamdee tahun ni, dan abah juga doakan moga tercapai. Impian Anim pun. :-)

~comei~ said...

uit.. haha.. impian anim adalah.. ehem..ehem...

Am said...

Amin, semuga impian abah akan menjadi kenyataan

Memang mahal parking sekarang abah tambah pula kalau penjaga parking itu berkira sangat makin mahallah jadinya

Abah Mui'zz said...

Thanks Am. Abah pun doakan moga impian Am, dan kawan2 semua akan tercapai.