Tuesday, January 24, 2006

Cerita tentang berita...

Hari ni tak ada cerita baru yang abah nak cerita, cuma nak lahirkan rasa syukur abah. Syukur kerana semalam masa temankan ummi jumpa dentist, abah tengok Buletin Utama kat klinik tu. Berita yang buat abah gembira: Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjatuhkan hukum HARAM pada Black Metal. Alhamdulillah. Itu satu langkah permulaan yang sangat baik. Dan langkah seterusnya; banteras gejala itu kerana ia masih berleluasa. Selamatkanlah anak2 melayu Islam kita dari terus hanyut. Banteras bukan untuk menjatuhkan, tapi banteras untuk menyelamatkan. Mungkin mereka lalai, mungkin mereka alpa dengan dunia, dan mungkin salah kita juga tidak mendidik mereka sebaiknya, sehingga mereka terjerumus dengan gejala Black Metal ini, atau mungkin sebab kita sendiri menggalakkannya.

Dan semalam juga ada cerita tentang kes Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza. SA dilepas tapi tidak dibebas. Apa tu? Macam orang kena gantung tak bertali je bunyinya. Apapun, abah fikir, kes ini adalah satu daripada kes yang membazir. Bazirkan masa mahkamah mengendalikannya, sedangkan banyak kes2 lain lagi yang boleh diadili. Dua-dua orang kaya dan ternama, setakat kena fitnah dah bawak pergi mahkamah, apa hal. Bukannnya isu fitnah ni benda luarbiasa, makcik2 kat kampung pun selalu kena fitnah dengan jiran2 dan saudara mara. Orang diofis pun selalu difitnah rakan sekerja, apa lagi musuh sekerja. Abah tak rasa populariti Siti merosot sebab fitnah ini. Tapi itulah kata Ummi, "Inilah penangan orang ternama". Alangkah baik kalau duit yang depa guna untuk bayar lawyer tu, depa pi sedekahkan kat orang2 susah di Baling sana nun, atau mana-mana tempat ke.

Semalam abah kena hadiri satu meeting, dan hasilnya, abah dilantik menjadi AJK untuk satu program yang akan diadakan bulan Ogos nanti. Walaupun ia bermakna kerja abah akan makin bertambah, tapi abah syukur. Sebagai orang baru, diberi tugas sebegitu adalah satu penghormatan bagi abah, dan satu cara untuk abah menggunakan apa yang ada untuk buat yang terbaik, InsyaAllah.

7 comments:

YuN said...

black metal - baca tak komplen pemuzik2 kat malaysia ni yang mempersoalkan fatwa yang telah digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Tak hormat langsung ulama.

Depa ni tak baca Mastika ke? Sibuk pulak mintak bukti muzik Metal menyebabkan akidah terpesong.

Siti-Kak Pah tu...pun cerita yang menyemakkan minda la. Betul kata abah tu...duit depa tu derma kat orang fakir miskin lagi bagus la.

Abah Mui'zz said...

YuN, aku tak rasa budak2 black metal ni tahu pun ada badan yg wujud kat Malaysia ni namanya "Majlis Fatwa Kebangsaan". Tapi start semalam, derang dah tahu la wujudnya badan tu.

Yang MFK kata Black Metal yang haram, bukan Metal. Kan ke depa sendiri kata Metal tu banyak jenis, ada white metal, black metal, blue metal, turquoise metal etc. :-)

YuN said...

Tu la pasal...org sibuk black metal ...geng pemuzik ni lak cerita pasal muzik metal...mental illness la depa ni

Anonymous said...

Am harap selepas mengharamkannya kenalah ada susulannya pulak.

Jgn setakat haram tapi tiada tindakan membenteras dijalankan dengan tegas.

Abah Mui'zz said...

Entahlah PB, depa dok asyik kata kita tak faham metal. Abah takde la rasa teringin nak fahamkan pun. Hehe.

Abah balik Kelantan nanti PB, tapi tatau berapa hari. Rasanya sampai 4hb kot, insyaAllah.

PB balik tak?

irman_rahs said...

smlm bila tgk berita pasal SA vs SN, aku pun terpikir juga apa benda dilepas tapi tidak dibebas...mcm2 la artis ni...

Anonymous said...

Lepas ni fatwa pasal Botox pulak.

hmm penting sgt agaknya kes SA ngan siti tu... masa mula2 start isu tu utusan mesti kasi muka depan.