Thursday, November 29, 2007

Cerita tentang erti sahabat...

Apakah itu persahabatan? [Dipetik dari wikipedia]

Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
  • kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
  • simpati dan empati.
  • kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
  • saling pengertian.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kenapa abah timbulkan isu persahabatan dalam blog hari ni? Sebab hari ni, ada perkara buat abah terfikir "Betulkah abah benar-benar faham apa itu persahabatan?" Banyak benda datang dalam fikiran hari ini - semuanya berkisar tentang makna persahabatan.

Selama ini, abah selalu kata pada sahabat2, "Engkaulah sahabat aku." Dan tika itu abah rasa abah faham apa maknanya. Tapi selepas terjadinya beberapa insiden, abah perlu kaji semula apa maksudnya persahabatan tu pada abah. Sebab abah kalau boleh tidak mahu sekadar memasang ikrar dalam persahabatan, tapi pengisiannya - kosong.

Itu sajalah dulu untuk hari ni. Nanti bila abah dah rasa abah faham apa sebenarnya bersahabat itu, abah akan mengepek semula tentang ini, insyaAllah.

Tuesday, November 27, 2007

Cerita tentang utara...

Hari Jumaat - Ahad yang lepas, abah sekeluarga ke Jitra. Menjadi sebahagian dari rombongan pengantin lelaki, yang merupakan adik pada kawan baik abah. Bukan kawan baik saja, malahan mak dia dah anggap kami sekeluarga macam anak2 dan cucunya sendiri. Kebetulan pula minggu ini, hujung minggu abah agak lapang.

Dah lama tak ke Jitra. Walaupun dah lama pasang niat nak melawat UUM, hanya kali ini baru tertunai. Abah tiba pada petang Jumaat, dalam pukul 3. Lepak sekejap di rumah sewaan pengantin, kemudian sebaik Asar kami ke masjid untuk acara akad nikah. Alhamdulillah, semuanya lancar seperti dirancang. Dah lama tak tgk orang nikah, seronok pulak bila tengok, teringat waktu abah nikah dulu. :-)

Lepas jamuan dirumah pengantin perempuan di Taman Suria, abah dan ummi ke Bandar Jitra mencari tempat penginapan. Alhamdulillah, terjumpa satu hotel yang agak murah (RM49.90 satu malam). Betul2 berhampiran pasar (orang kedah kata market) Jitra. Nama hotel tu PJ2. Kalau anda ke Jitra, abah sarankan tinggal disini, andai budget tidak besar. Siap ada kolam renang. Itu yang Muizz seronok sangat.

Sabtu, kami berarak ke dewan tempat jamuan disediakan. Cantik dewannya, cuma tandas kurang terjaga sedikit (biasalah kan, Malaysia). Sampai2 saja didewan, kedengaran alunan Aladom (ya UncleJ, Aladom) dimainkan. Cuma waktu kami masuk dewan saja, aladom digantikan dgn bunyi paluan kompang. Dan sewaktu makan, disebalik lagu2 kahwin, terselit juga aladom 2,3 kali. Menariknya kenduri ini, tetamu dihidangkan dengan bubur kacang dan teh/kopi tarik. Lama jugak la kami didewan tu, gara2 menikmati bubur dan teh tarik.

Selepas kenduri, kami ke UUM. 10 tahun abah tinggalkan, dan UUM, masih abah kenali walaupun agak banyak juga perubahan berlaku. Masuk saja pagar UUM, macam2 perkara datang balik ke fikiran abah. Dan dikala itu lah, abah dan ummi sibuk menceritakan kisah masing2 pada Muizz. Kalau abah jadi Muizz, mesti bosan habis dengar cerita lama ummi dan abah.

Tempat pertama dituju, Masjid Sultan Badlishah. Masih seperti dulu, seperti kali pertama abah jejakkan kaki kesitu pada 1991. Disitulah banyak kenangan abah. Dimasjid itulah abah keracunan makanan, disitu juga tempat tarawih setiap ramadhan, disitu juga tempat abah kenal apa itu qiamullail, dan disitu juga tempat menyembahyangi jenazah rakan2 yang pergi menghadap Allah sebelum sempat kami sama2 konvo.

Tempat2 lain macam biasa, masih lagi istimewa. Tempat2 abah biasa lepak pun abah singgah tengok. Ekekke, memang mengimbau nostalgia la kiranya. Cuma sayang, waktu disana, abah tidak kenal Ummi. Kalau tidak, mesti kami dah singgah tempat ber'dating'. Ekekekeke.

Kami tinggalkan UUM dengan satu kepuasan. Hilang sudah rasa rindu padanya. Seterusnya, abah memandu ke Kuala Perlis, apa lagi kalau bukan untuk makan ikan bakar dan laksa perlis. Dan alhamdulillah, tercapai juga hajat kami makan kedua2 perkara itu, sambil2 melihat matahari mengundurkan diri dikaki langit Kuala Perlis.

Dan Ahad, kami bertolak semula ke KL. Alhamdulillah, destinasi kali ini agak memuaskan. Jitra, Changlun, Sintok - yang sudah banyak alami perubahan, masih tetap simpan nostalgia lama kami, yang payah untuk diulang semula.

Thursday, November 22, 2007

Cerita tentang 'transparent'...

Beberapa ketika lepas, abah dan seorang rakan blog, pernah berbicara tentang "berapa peratus blog menggambarkan diri empunyanya". Dan waktu makan tengahari semalam, abah bercakap perkara yang sama dengan seorang lagi rakan blog. Walaupun isunya tidaklah spesifik kepada berapa peratus blog menunjukkan keperibadian tuannya, tapi ia berlegar2 sekitar sejauhmana blog menggambarkan si pemilik. Nak kata secara peratus sukar sikit la, walaupun ada kawan pernah kata, blog cuma mewakili 40% dari dirinya yang sebenar. Pada abah persoalan tentang blog dan keperibadian penulisnya bukan persoalan pokok dalam menulis, tapi sebelum menulis kita perlu juga menentukan tahap mana blog kita itu menggambarkan peribadi kita yang sebenarnya.

Memang tidak ada akta bertulis tentang setakat mana benarnya penulisan dalam blog tentang tuannya, tetapi secara dasarnya, abah fikir, kita semua pasti letakkan juga apa sempadannya bila kita menulis, atau meletakkan sesuatu diblog. Lain orang, lain sempadannya. Tak kisahlah itu, cuma selagi ada sempadan, abah rasa adalah lebih baik.

Sepertimana borakan[ada ke imbuhan kata 'an' untuk borak?] semalam, kami secara dasarnya bersetuju, yang blog tidak perlu menggambarkan 100% tuannya. Dan dalam menulis diblogpun, tidak perlu 100% tulus dan benar. Bukan maksud abah kena menipu waktu menulis, tidak. Tapi kadangkala (malahan banyak kala) nya, kita perlu menyembunyikan kebenaran dari diketahui umum. Tidak salah, malah perlu untuk kita 'reserved' sedikit kebenaran yang ada tentang hidup kita dari dipaparkan didalam blog. Kebenaran yang mana?? Terpulang pada diri masing2.

Blog adalah perkara peribadi tuannya, samada kita sedar atau tidak hakikat itu. Dan yang membacanya, bukan sekadar kawan2 yg kenal siapa kita, tetapi juga orang2 yang kita tidak pernah terlintas yang mereka akan membaca blog kita, dan seterusnya menilai si empunya blog itu bagaimana orangnya. Abah faham yg tujuan mengadakan blog adalah pelbagai. Ada yang ingin berkongsi kisah hidup - suka dan duka, ada juga yang ingin berkongsi hobi, tak kurang yang ingin berkongsi maklumat dan ilmu, begitu juga yang sekadar untuk mencari ruang yang boleh diluahkan rasa hati.

Sebagai pembaca blog juga, rasanya kita tidak lepas dari menilai - siapakah dan apakah 'rupa'nya manusia disebalik blog itu. Menarikkah tuannya, jujurkah dia, kelakarkah dia, dan sebagainya. Bukan salah menilai, sebab itu naluri biasa manusia, yang ingin tahu lebih lanjut tentang sesuatu benda. Kebanyakan blog, kita boleh menilai 'bagaimana'kah si penulisnya, walaupun mungkin apa yang kita nilai itu tidak tepat. Kalau sekadar perkara kecil, tidak banyak hal yg akan timbul, tapi bayangkan bila melibatkan perkara2 besar, contohnya - "Dia ni mesti anti-kerajaan" atau "dia ni mesti 'pelik'", atau macam-macam tanggapan lagi - yang tidak tepat. Sekiranya kita ini jenis yang ikhlas dalam menilai, dan penilaian itu setakat habis dalam minda kita sahaja, alhamdulillah. Tapi kalau kita ini jenis yang suka juga ber'bincang' tentang penilaian silap kita dgn manusia lain, lain pulak nanti ceritanya.

Tidak semua pembaca blog di dunia siber ini jujur orangnya (tapi abah yakin anda semua yang baca blog abah ni adalah manusia yang jujur dan luhur akhlaknya). Bukan sedikit cerita yang kita dengar tentang teknologi di Internet yang bawa kepada pelbagai kisah - suka dan duka. Dan tak mustahil juga sekiranya satu ketika nanti, blog juga akan menghasilkan cerita yang sama. Ditipu kerana blog, menipu kerana blog atau yang seangkatan dengan "tipah tertipu".

Apapun, diharapkan rakan2 blogger abah adalah sangat iklas dan jujur dalam menulis, dan abah faham kalau mereka memilih untuk tidak 'transparent' sepenuhnya di blog. Asal saja jangan menipu, sudahlah. Nanti lari pulak niat asal kita berblog.

Jumpa lagi nanti insyaAllah. Selamat berhujung minggu untuk anda. Esok kami sekeluarga akan ke Jitra untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada sahabat akrab abah. Sambil2 itu boleh la bercuti2 sekejap di Kedah.

Saturday, November 17, 2007

Cerita tentang bersih dan penyapu

Semalam, abah berkesempatan baca The Sun sewaktu dalam KL Ekspress menuju ke KLIA. Dan dalam perut kapalterbang, abah sempat juga baca NST. Dan dalam kedua2 akhbar itu, ada dua artikel yang abah rasa tertarik nak berkongsi dengan anda. The Sun berkisar pada upacara memberi penyapu oleh Khir Toyo, dan NST fokus kepada perhimpunan BERSIH sabtu lalu.

Abah tidak mahu mengulas panjang tentang kedua2 peristiwa tersebut, walaupun rasa macam nak juga komen. Kenapa tak nak ulas? Sebab kedua2 artikel ini telah mengulas apa yg ada dalam benak abah juga.

Anda bacalah dua artikel ini.

1. REHMAN RASHID: The great wet T-shirt contest.

2. Terence Fernandez - And the broomie goes to.....

Selamat berhujung minggu.

Thursday, November 15, 2007

Cerita tentang haji...

Dalam kesibukan (betul ke sibuk?) kerja hari ni, abah nak juga ambil masa mengepek kat blog ni. Aduhhh, susah betul kalau dah ketagih blog ni. Kan Muzem?

Semalam, abah balik Terengganu. Sebab - nak hantar ayah abah ke airport. Ayah akhirnya diberi peluang (setakat hari ini) untuk menunaikan rukun Islam ke5. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Setelah sekian lama abah menunggu ayah dapat kesana, tahun ini, murah pulak rezeki ayah. Ayah ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri Terengganu untuk menunaikan ibadah haji ini.

Tidak banyak cerita, sekadar nak berkongsi pengalaman abah semalam di lapangan terbang negeri terengganu yang agak klasik itu. Mahunya tak klasik, airport lain dah guna 'electronic display', tapi di airport KT, masih lagi guna papan. Sekali fikir, sedih juga tgk. Tapi bila dua kali fikir, ok apa sesekali dapat jumpa papan pengumuman di airport. InsyaAllah, dah siap airport baru tu, cantiklah agaknya airport di negeri tumpah darah abah itu.

Dan diairport itu jugalah, abah dapat mendengar pengumuman diberikan dalam Bahasa melayu versi orang Ganu. "Tuang Puang para pengiring jemooh haji, diminta untuk tidak berkumpul ditempat orang check-ing". Kurang lebih gitulah bunyinya. Tersenyum jugalah abah. Bukan tersenyum sebab rasa pelik. Tapi tersenyum sebab sudah lama tidak mendengar pengumuman dipembesar suara dalam loghat Ganu. Kali terakhir dengar waktu abah sekolah dulu saja.

Keadaan agak sesak juga. Al-maklum sajalah, seorang jemaah haji yang nak naik kapalterbang, hampir 10-15 kereta sanak saudara datang mengiringi. Sekali pandang, macam "Buat apalah datang ramai2, buat sesak aje." Tapi bila fikir kedalam sikit, "Alhamdulillah, sesungguhnya talian persaudaraan dgn anak beranak atau jiran tetangga masih kekal utuh." Masih ramai saudara mara dan sahabat handai yang meraikan pemergian para jemaah. Sambil2 mendoakan agar selamat mengerjakan haji mabrur, dan selamat pulang kepangkuan keluarga semula.

Ayah juga tidak terkecuali. Dan abah sendiri tidak sangka, sebegitu ramai saudara mara dan kawan2 ayah yang sanggup memandu selama hampir 2 jam untuk ke lapangan terbang, bagi meng'hantar' ayah. Ramai sepupu2 abah yang sudah lama tidak abah ketemu, akhirnya abah jumpa di lapangan terbang itu. Ramai juga pakcik2 dan makcik2 yg abah jumpa. Pendek kata, lebih meriah hari semalam, berbanding hari raya yang kami sambut kebelakangan ini.

Sebagai anak, abah boleh rasakan yang ayah cukup gembira semalam. Gembira kerana pemergian ayah ke Mekah ini mampu kumpulkan ramai saudara mara sahabat handai. Dalam pada itu, abah juga tahu ayah pasti sedih. Sedih kerana akan meninggalkan kami semua untuk paling tidak 45 hari. Tapi tidak mengapalah, kami semua mendoakan supaya ibadah ayah di Mekah kali ini berjalan dgn baik, semoga kesihatan ayah akan baik, dan semoga dipermudahkan segala perkara, insyaAllah. Dan semoga haji yang diperolehi adalah haji yang sesungguhnya ada nilainya disisi Allah SWT.

Oklah dulu takat ni. Ada beberapa insiden menarik lain yg berlaku semalam, tapi tak apalah. Abah simpan dalam memori sajalah yang itu.

Esok abah akan ke Kuala Terengganu lagi sekali. Ada kerja sikit pada hari sabtu dan ahad.

Selamat berhujung minggu pada rakan2 blog. Pada yang ada anak atau adik yg cemerlang UPSR, tahniah dari abah. Kalau tak cemerlang, insyaAllah peluang lain ada lagi - asal saja tidak cepat berputus harap.

Monday, November 12, 2007

Cerita tentang 6...

Ahad, 11 November 2007, ada orang tertunggu2 abah balik dari kerja. Kebetulan pagi semalam abah bekerja pada sebelah pagi. Sampai saja dirumah, "Abah, mana kek birthday Ahmad?". Abah kata, "La, lupa la nak beli." Ingatkan muka dia berubah, tapi nampak sama je dgn muka sebelum ni. OKlah tu. Abah pun keluar ambik kek dikereta, dan bila masuk rumah, nampak je kotak kek, terus senyum lebar dia. Ohhh, rupa2nya mengharap juga abah beli kek untuk harijadi dia.

Dan agenda seterusnya seperti biasalah, tiup lilin, potong dan makan kek - antara kami bertiga. Paling mengejutkan, dia tak bertanya pun apa hadiah untuk dia. Ummi saja yg tiba2 tanya, "Mana hadiah abang?". Bukan tak nak bagi awal2, tapi bimbang dia tak layan pun kek yg abah beli sebab dapat hadiah. Tapi sebab Ummi dah tanya, maka abah pun keluarkanlah hadiah harijadi yang sekian lama dia dah mintak (sejak 2,3 bulan sebelum ini). Dan tekaan abah betul, dia langsung dah tak hiraukan kek yang sedang dinikmatinya. Abang..abang.


Alhamdulillah, semalam, genaplah 6 tahun masihi Muizz hidup dibumi Allah. Dan genaplah 6 tahun juga hati ummi dan abah dipenuhi kasih sayang, kerinduan, kegembiraan, kesedihan, kerisauan, dan pelbagai ke lagi, hanya sebab seorang manusia kecik bernama Ahmad Mu'izz Hakim ini. Syukur pada Allah, untuk tahun ke6nya, Muizz masih lagi diberikan nikmat kesihatan, untuk dia bergerak cergas seperti anak2 lain. Dan alhamdulillah juga, dia diberi sifat ingin tahu banyak perkara, yang kadangkala sesak nafas juga abah nak menjawabnya. Mahu tak sesak, malam sebelumnya, abah tengok satu VCD yg Ummi beli. Cerita tentang "siapa manusia?". Dalam VCD itu ditunjukkan bagaimana manusia terbentuk. Dan bila cerita tentang itu, sudah tentu percantuman sperma dan telur tidak dapat dipisahkan. Maka bertanyalah si kecik abah itu, "Abah, itu apa tu[merujuk pada sperma]?". Dan abah, terpaksalah berfikir2 jawapan yang sesuai untuk persoalan itu dan persoalan2 yang seterusnya, spt. "Benda[sperma] tu dalam badan kita ke?", "Dia duduk kat mana dalam badan kita?", "Camna dia boleh jumpa dgn telur tu?".

Seperti tahun2 sebelum ini juga, impian dan harapan abah tetap sama untuk anak kesayangan abah seorang ini. Semoga Allah beri kami kekuatan, kesabaran, kasih sayang untuk membentuk anak ini menjadi anak yang kami idam2kan, walaupun abah dan ummi tahu, tidak sesenang itu akan tercapai impian itu. Apapun, andai abang dipanjangkan umur, dan blog abah ini juga panjang 'umur'nya, moga2 abang dapat membaca semula segala apa yang abah repekkan disini, terutamanya yang berkaitan abang. Semoga abang akan dapat sesuatu dari sini.

OKlah, abah nak cerita tu saja untuk hari ni. Ingat nak mengepek tentang tindakan polis menutup jalan2 masuk ke KL pada hari sabtu tu, tapi malas la pulak. Lain kali la, kalau diizinkan, insyaAllah.

p/s: Terima kasih untuk Muzem, San, Na & family - atas ucapan harijadi serta hadiah untuk Muizz. Abah yakin dia sangat menghargainya, cuma dia tak tahu bagaimana nak tunjukkan saja.

Tuesday, November 06, 2007

Cerita tentang perlakuan pelik...

Hari ni nak mengepek sikit tentang 2 perbuatan pelik yang berlaku beberapa hari lepas.

Perbuatan pelik 1
Hari Sabtu, abah ke Parkson 1 Utama. Abah pergi sorang saja, sebab kesian nak bawak Muizz dan Ummi pagi2 ke situ. Abah sampai 5 minit sebelum Parkson buka. Haha, tak pernah2 dibuat, tiba2 abah buat. Menunggu depan kedai hingga dia buka. Tapi bukan abah sorang saja yg menunggu, ramai lagi yang menunggu. Tunggu apa? Tunggu nak beli barang sebab hari tu adalah hari jualan murah
sempena ulangtahun ke-20 parkson. Abah tak nak beli apa pun, cuma target beg saja. Dan abah ingat sekejap je proses membeli tersebut. Tapi abah silap. Abah terpaksa berebut dengan sekian ramai bangsa cina[hingga ada yg bergaduh2 cakap] yang ada disitu untuk abah dapatkan beg yang abah nak tu. Bilangannya cuma dalam 50 biji abah rasa, tapi yang nak beli, mak aih, berbaris panjang. Alhamdulillah, rezeki abah. Dapat juga beli beg berharga RM50 tersebut. Tapi bila abah ingat balik, kelakar juga, sebab perbuatan abah tu agak pelik untuk abah. Tapi memang abah nak pun beg tu. Pertamanya sebab murah, keduanya sebab kebetulan beg yang abah selalu guna bila abah outstation dah rosak zipnya.

Perbuatan pelik 2
Hari Sabtu dan Ahad baru2 ini juga, abah bertandang kerumah kawan2 dan saudara, serta jiran sebagai menyambut pelawaan mereka untuk berhari raya. Pendek kata, memang kenyang la perut selama 2 hari tu. Selain kenyang, dapat juga berjumpa rakan2 lama yang memang sudah sangat lama abah tak jumpa. Nak dipendekkan cerita, ada dua kejadian yang berlaku sewaktu abah berada dirumah2 terbuka ni.

Yang pertama, sewaktu dirumah rakan baik abah di Taman Greenwood. Waktu kami sedang menikmati hidangan dan bersembang2, tiba2 Muizz keluar dari dalam rumah dengan muka masam, dan diwaktu yang sama, anak kawan abah menangis. Aduihh mak. Abah ingatkan apa, rupanya mereka bergaduh, dan Muizz dah tumbuk anak kawan abah tersebut. Pelik bin ajaib abah dengan ummi, sebab selama ni, Muizz yang kami tahu, tidak pernah tumbuk budak lain. Nasib baik la kawan abah tu jenis memahami.

Malamnya pula, sewaktu bertandang kerumah jiran abah, kes yang
sama berlaku. Ada seorang budak cakar tangan Muizz, dan sebagai tindakan spontan, dia menumbuk budak itu hingga menangis. Dan setahu abah, tumbukan Muizz boleh tahan kuat juga, sebab bila kami main tumbuk2, sakit juga badan abah bila kena tumbukan Muizz. Abah tak tahu la apa kata mak ayah budak tu, sebab waktu tu, abah dah balik kerumah kerana ada sahabat datang beraya kat rumah abah. Camana abah tahu dia tumbuk budak lain? Sebab dia tiba2 balik rumah dgn muka masam, dan bagitahu abah ada budak belasah(perkataan yang abah tak pernah dengar dari mulut Muizz) dia. Dan sebagai balasan, dia hadiakan penumbuk pada budak itu.

Dari satu sudut, abah gembira juga Muizz jadi macam itu, sebab selama ini, Muizz jenis mengalah bila berkawan. Dia selalu jadi mangsa kawan2 yang agak nakal. Bila dia dah mula boleh pertahankan diri macam itu, abah rasa seronok juga. Sekurang-kurangnya abah tak risau bila dia masuk sekolah nanti. Sebab skrg ni abah perhatikan, ramai juga budak2 yang nakal dan kaki pembuli.

Disudut yang lain, abah risau juga, takut2 Muizz tak boleh kawal rasa marah dia dan tindakan dia menumbuk budak2 lain itu. Abah tak tahu mana dia belajar, tapi dari gerak geri dia, abah rasa dia belajar dari filem Transformers. Abah dulu waktu kecik pun rasa2nya tak pernah tumbuk orang. Cuma sekali sahaja abah kejar seorang budak nakal yang pukul adik abah, hingga kedalam rumah dia. Nasib baik dia berlindung disebalik mak dia, kalau tidak, hehehehe, abah tak tahu la apa yg akan jadi.

Apapun, moga2 Muizz tidak akan jadi manusia panas baran. Semoga dia akan jadi kawan yang baik pada sesiapapun, dan dalam masa yg sama, tahu melindungi diri dia sekiranya terancam. Nanti kalau ada rezeki, abah ingat nak hantar Muizz ke kelas tae-kwan-do. Sekurang2nya dia tahu ilmu mem"belasah" orang yang betul. Ekekekkee, abah..abah...

Friday, November 02, 2007

Cerita tentang [tak tahu nak bagi tajuk apa]...

Dah beberapa hari juga blog abah ni sunyi dari ngepekan dan arutan (ada ke perkataan ni?) abah. Bukan tak sempat nak jenguk, sempat. Cuma nak mengepek tu je yg tak sempat. Dua hari abah di Putrajaya menghadiri persidangan, dan semalam, abah bercuti sebab ada hal sikit.

Hari ni, masuk ofis semula, nak sentuh sikit tentang persidangan yang abah hadiri itu. Persidangan antarabangsa, dan ramai peserta dari banyak negara yang datang. Tapi secara keseluruhannya, abah rasa biasa saja pengisiannya. Tidak banyak ilmu yang abah dapat. Walaupun yang bentangkan kertas kerja adalah Profesor2 dan Dr2, namun kebanyakan mereka abah fikir, bentang kertas kerja sekadar melepaskan batuk ditangga a.k.a datang utk bercuti diPutrajaya sahaja. Tidak ada apa sangatpun kertas kerja mereka. Ditambah pula dengan kebolehan ramai warga asing berbahasa inggeris. Ada yang bukak slide dalam tulisan cina, belum campur lagi dengan yang bahasa inggerisnya susah betul nak faham. Nasib baik la ada slide, kalau tidak, abah tidak tahu bahawa "fur feather" itu merujuk kepada "four features", dan "brobang" itu sebenarnya "broadband".

Yang keluar dari tema persidangan pun ada. Hehe, kelakar juga sebenarnya. Dan seperti biasa, persidangan diMalaysia hanya meriah pada sesi pembukaan saja. Sesi2 seterusnya, cuma menyaksikan pembentang kertas kerja dan beberapa orang yang "terpaksa" hadiri sesi itu sahaja yang muncul. Yang lain, entah kemana menghilang.

Apapun, teringat pada perbualan abah dengan seorang profesor. Kata beliau, "Kita sebenarnya boleh cipta bermacam bentuk sistem, teknologi dan peralatan untuk membantu manusia belajar, tapi bila tiba bab sikap manusia, kita tidak boleh buat apa." Dan kenyataan ini merujuk pada sikap pelajar kita hari ini, samada diperingkat rendah, mahupun tinggi. Abah tak nafikan kenyataan itu. Setakat yg abah tengok, orang Melayu khususnya, belajar bukan kerana dahagakan ilmu, bukan kerana ingin menambahkan pengetahuan, atau bukan untuk mendapat kemahiran baru, tapi mereka belajar kerana terpaksa. Kerana ingin naik gaji, naik pangkat, kerana nak bercuti dari bekerja, etc. etc. Dan sebab itulah, disebalik pengenalan sekian banyak teknologi pengajaran, dan dari sekian banyak teori pendidikan, ramai dari pelajar kita cuma dapat apa yang mereka nak - sehelai kertas kelulusan. Ilmu, kemahiran, pengetahuan?? - wallahua'lam.

Setakat ini dulu untuk pagi ni, insyaAllah ada masa, abah mengepek lagi.

Friday, October 26, 2007

Cerita tentang ketulusan cinta...

Dah lama abah tak buat posting yg spesifik pada lagu. Hari ni nak berkongsi satu lagu dengan anda. Sedap melodinya, apatah lagi liriknya. Ececece, romantik la pulak. Dan seperti biasa, lagu-lagu sebegini adalah lagu abah untuk Ummi kesayangan abah. Dengan ucapan - "Lirik lagu ini sama dgn apa yg ada dalam hati abah, cuma seringkali tak terluahkan. Semoga Ummi bisa memahaminya, dan semoga 'hati kecil' didalam rahim ummi ketika ini juga akan turut sama mengerti betapa kasihnya abah pada kalian."

Eh, sejak bila lak pandai guna blog ni untuk tuju lagu nih? Abah..abah..


Ketulusan Hati


Cintaku tak berdusta

Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu...

Thursday, October 25, 2007

Cerita tentang bersidang...

Abah dikala ini sedang berada di Pulau Pinang kerana menghadiri persidangan MSC Cybercity @ Penang. Abah tak la berminat sangat pada persidangan umum sebegini tapi sebab boss dah suruh datang, maka abah datang jugalah. Sambil2 hadiri persidangan, boleh juga jalan2 kat Penang. Tapi sayang, tak berjalan mana pun, sebab Penang, hampir setiap hari hujan.

Nak bercerita sikit tentang persidangan tersebut. Walaupun kandungan persidangan tidak banyak berkait dengan bidang kerjaya abah, namun banyak benda yang abah perolehi darinya. Banyak info, dan tips yang abah dapat, yang boleh dikongsi dengan anda semua. Walaupun kebanyakan tips dan info tersebut adalah khusus buat mereka yang berminat untuk menjadi 'techopreneur', namun ada banyak benda juga yang perlu diketahui oleh orang2 lain juga.

1. Abah puashati dengan kebanyakan 'speakers'. Mereka adalah usahawan yg telah berjaya, dan mereka bercakap dari sudut orang berusaha. Begitu juga dengan wakil2 jabatan kerajaan, mereka bercakap dari sudut peranan kerajaan dalam membantu usahawan muda. Tidak banyak unsur akademik didalam persidangan ini, tapi cukup banyak ilmu "dunia sebenar" yang dikongsi. Walaupun kebanyakan 'speaker' adalah bangsa bukan melayu, namun abah tabik pada mereka. Pada abah, dalam soal berusaha, dan berjaya, banyak benda kita boleh pelajari dari kaum bukan melayu ini. Yang Melayu pun bagus juga, cuma tidak ramai.

2. Banyak isu dan persoalan dikemukakan, tidak kurang juga saranan. Ada 'speaker' yang tidak segan2 memberi komen negatif tapi membina pada kerajaan. Tidak kurang juga yang memuji usaha pihak kerajaan. Dan abah setuju dengan pendapat umumnya, kerajaan Malaysia adalah antara yang terbaik dari segi penyediaan ruang, peluang dan bantuan untuk mereka yang berminat untuk menjadi usahawan - terutamanya usahawan tekno. Tapi masih banyak ruang yang boleh dicantikkan lagi, bagi memastikan usaha untuk menghasilkan usahawan Malaysia yang berjaya diperingkat global akan tercapai. Bukan takat seorang, tapi ramai orang. Kita mahu ramai Syed Mokhtar, Robert Kuok, Ananda Krishnan dll. Yang paling penting, kita perlukan paling tidak seorang Bill Gates Malaysia. Orang Malaysia bukan tidak berupaya, kita boleh. Cuma perlu dibuat sesuatu supaya kita boleh capai impian itu.

3. Abah paling tertarik dengan isu tenagakerja. Beberapa 'speaker' yang juga CEO/Presiden syarikat mereka, melahirkan rasa bimbang dengan golongan pelapis a.k.a orang muda, yang akan menyambung usaha mereka. Ada isu ketidakcekapan timbul. Ada komen yang perlu diambil berat. Mereka bimbang kerana anak2 muda @ graduan muda kita tidak begitu serius untuk meneruskan legasi perniagaan mereka. Ada yang persoalkan tentang kecekapan graduan kita. Walaupun ramai yang bagus dan berkualiti, namun ramai juga lagi yang perlu disedarkan.

Kata CEO2 ini, untuk menjadi orang yang berjaya samada dalam bidang keusahawanan atau karier, sikap dan kemahiran adalah SANGAT penting. Rata-rata berkata, dalam soal kerja, tidak timbul isu pencapaian akademik yang terlalu tinggi. 17A, CGPA 4.0 bukan penentu seseorang itu akan jadi manusia cemerlang dalam hidupnya. Walaupun penting untuk pelajar kita capai kejayaan akademik yg cemerlang, namun ia perlu disertai dengan minda, sikap dan kemahiran yang juga cemerlang.

Abah sangat setuju dengan pandangan mereka. Graduan kita terutamanya dalam bidang IT, tidak ramai yang mempunyai sikap dan kemahiran yang betul. Mereka cuma bersandarkan pada ilmu dan kemahiran yang diajar diuniversiti. Tidak ada usaha untuk mempelajari atau memahirkan diri dgn teknologi terbaru. Sikap juga rata2nya tidak meyakinkan. Masing2 cuba mencari kerja yang mahal bayarannya, tapi mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka boleh sumbangkan kepada syarikat.

Jika tidak dapat kerja kerana kemahiran tidak cukup, mereka salahkan universiti kerana tidak ajar mereka secukupnya. Ya, betul, kesalahan itu perlu dikongsi oleh universiti, tapi pada abah, kita boleh berbuat sesuatu tentang itu. Kalau nak tunggu IPT ubah silibus, kita tak pasti itu akan berlaku dalam masa terdekat. Banyak benda graduan kita ini boleh buat untuk tambah kemahiran diri, terutamanya dengan teknologi2 baru dunia IT. Cari kursus2 profesional IT yang diminati. Kena berkorban duit sikit la. Tapi MDeC dah perkenalkan banyak skim utk tampung kos mengambil kursus2 itu.

Sikap juga kena 'tune' betul2. Jangan ada sikap yang tidak elok pada diri kita. Berapa banyak komen yg abah dengar dari majikan, yang kata, graduan kita tak ada sikap yang betul. Mintak kerja sebab fikirkan gaji semata2. Dan bila kerja tak mahu kerja banyak. Untuk yang melompat2 kerja, bila ditanya kenapa, masing2 beri alasan - peluang baru dan cabaran baru. Tapi bila disuruh terangkan maksudnya, semua terkial2. Baru 'interview' dah tanya banyak benda tentang elaun, insentif, 'reward', dan sebagainya. Sedangkan majikan mencari mereka yang serius untuk membantu syarikat menjadi lebih maju.

Harap2 adik2 abah yang masih belajar, dan baru tamat belajar itu, supaya sama2 dapat lengkapkan diri dengan kemahiran yang perlu, dan pastikan sikap yang betul ada dalam diri. Majikan tidak pandang sangat pada CGPA. Yang penting - apa kemahiran yang ada, dan bagaimana sikap kita terhadap kerja.

Mendiang Lim Goh Tong bukan graduan, tapi lihat pada budaya kerjanya yang positif itu. Syed Mokhtar pun hanya bermula dengan beras. Sementara anda semua masih diuniversiti, rebut sebaiknya peluang yang ada untuk memperkasakan diri. Bergaullah dengan mereka yang lebih dewasa dan berkerjaya (pensyarah dan pegawai2 universiti). InsyaAllah pergaulan dengan mereka yang betul, akan banyak membantu membentuk pemikiran dan sikap yang betul. Bak kata Pua Khein-Seng, pemilik Phison yang masih muda - dulu saya cuma terfikir untuk tamat belajar, dapat kerja dgn gaji RM3k, tapi bila bergaul dengan ramai orang, saya menjadi saya seperti hari ini.

Oklah, tutup bab tu. Kang bosan pulak baca.

p/s: Terima kasih banyak-banyak pada Muzem, kerana sudi jadikan abah tetamu di Penang ini. Moga Allah beri kita peluang berjumpa lagi.

Thursday, October 11, 2007

Cerita tentang Saerah...

Sekejap tadi, abah tonton satu cerita yang sangat jarang abah berpeluang tonton, walaupun abah tahu akan kewujudannya. Kebetulan pulak tadi adalah epidsod terakhir "Kerana Cintaku Saerah". Pada abah, ceritanya biasa saja. Sebuah cerita melayu tentang anak yang berbuat silap pada maknya, seorang suami yang juga buat kesilapan pada keluarga, seorang lelaki lain yang tidak sesempurna kita - yang faham makna tanggungjawab, dan paling terkesan dihati abah, seorang gadis 'istimewa', yang sesunguhnya memahami apa itu makna cinta dan kasih sayang.

Bukan jalan cerita yang buat abah tertarik dengan karya arahan Shahrul Ezad itu, tapi watak2 yang ada didalamnya. Dan tadi, sewaktu tonton episod akhir itu, abah jadi kasihan pada watak Saerah, yang menjadi mangsa kepada perlakuan diri sendiri, dan juga abah kasihan pada Hawa, seorang ibu yang terpaksa menanti anaknya selama 12 tahun, hanya kerana anak itu sibuk dengan mengejar cita2. Saerah bernasib baik kerana sempat bertemu ibu dihujung nafas sang ibu, dan Hawa juga abah pasti, terubat kerinduannya seketika sebelum nyawa diambil. Sekurang2nya dia puas, anak yg 12 tahun dirindui akhirnya datang disaat2 dia sangat kepingin panggilan mak itu disebut anak kandung sendiri.

Dan melihat watak Nomi lakonan Norkhiriah, abah tabik dengan dia dalam melakonkan watak itu. Itulah watak yang paling mengesankan dihati abah. Nomi, yang punya cinta tulus pada seorang lelaki bernama Jibek. Cinta yang kalau abah tafsirkan, bukan bersandarkan apa-apa. Cuma satu cinta tulus yang lahir dari hati seorang perempuan pada seorang lelaki. Cinta luhur yang sangat sukar untuk ditemui sekarang ini. Airmata Nomi juga mengundang simpati abah pada dia. Dalam ketidaksempurnaan, Nomi masih punya rasa, punya hati - antara kurniaan Allah yang terbesar untuk manusia. Gadis yang sedar keadaan diri itu, demi kasih dalam hatinya, dia tunggu. Tunggu sekiranya janji yang diberi pada dia akan dipenuhi Jibek. Dan alhamdulillah, saat yang ditunggu itu, akhirnya hadir juga untuk dia.

Penghujung cerita agak memuaskan. Dan andai mereka yang menonton dapat mempelajari sesuatu yang baik dari situ, abah rasa Shahrul mesti sudah cukup berpuas hati. Kisah2 di TV, pada abah, bukan sekadar untuk menghiburkan, tapi untuk mengajar sesuatu pada orang yang melihatnya. Dan alhamdulillah, disebalik banyak cerita melayu yang "kosong patinya", abah masih berpeluang menonton cerita2 seperti KCS ini, yang mampu menghantar mesej pada penonton.

Dan satu perkara lagi yang buat KCS ini menarik hati abah, adalah kerana Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain. Dengan lagu tema cerita itu, abah berhenti disini seketika, sebelum epekan akan datang diteruskan. Dengan harapan yang masih tetap sama dihati abah - semoga ada epekan abah yang boleh dijadikan panduan dan kesedaran, insyaAllah.


Muatturun dan lirik disini.

Tuesday, October 09, 2007

Cerita 5-dalam-1...

5 dalam 1? Hehe, ini bukan pasal mana2 minuman segera yang campuran serba-serbi dalam satu itu, tapi ini pasal 5 cerita yang abah nak kongsi dengan anda, sebelum kita semua bercuti raya untuk syawal tahun ini.

Cerita 1
Hari Khamis dan Jumaat lepas, abah berkesempatan balik ke Paka, untuk
sama2 berpuasa dan berbuka dengan mak ayah, dan ahli keluarga abah. Alhamdulillah, kedua mak dan ayah abah sihat2 saja ramadhan ini. Dan syukur juga, sebab Allah tunaikan hajat abah kali ini, untuk berbuka puasa beramai2 dengan keluarga. Mahu abah tak seronok, dapat berbuka selama 2 hari dengan mak ayah, dan 4 adik beradik abah yang lain, bersama2 dengan hampir 15 orang anak buah yang sedang membesar. Boleh bayangkan bagaimana gamatnya waktu berbuka tu. Cuma sayang, Ummi dan Muizz tak dapat turut serta.


Cerita 2
Hari Sabtu malam, Ummi minta abah singgah di Secret Recipe
di Sungai Buloh ni. Takdir Allah, bila Ummi ke kedai itu, terjumpa rakan sama belajar kami. Dan kebetulan pula, kedai itu dia yang uruskan. Alhamdulillah, bangga abah tengok kawan2 makin berjaya dalam hidup. Lama tak dengar berita masing2, tup tup dah bukak bisnes. Bila berborak2, timbul la cerita kawan yg lain juga (bukan mengumpat ya!), antaranya tentang seorang kawan yg telahpun bergelar Prof Madya di UUM, dan telahpun berjaya memiliki 2 buah hotel. Sekali fikir, rasa macam 'best'nya mereka, umur sebaya abah, tapi dah mampu miliki perniagaan sendiri. Tapi bila difikirkan dua kali, berbaloi pun apa yang mereka ada sekarang, dengan usaha dan jerit perih mereka selama ini. Abah yakin, tidak semudah itu mereka dapat apa yg mereka ada sekarang. Banyak dugaan yang ditempuh, dan bukan sedikit kerja keras yang mereka lakukan. Apapun, abah berbangga dengan mereka. Semoga akan terus maju perniagaan masing2, insyaAllah.

Cerita 3
Kami ke Secret Recipe tu sebenarnya adalah untuk menyambut ulangtahun kelahiran abah pada 7 Oktober. Memang dah itu jadi tradisi kami. Mana2 ulangtahun pun mesti akan ada kek. Cuma dalam kes abah, abah beruntung, sebab Ummi tahu apa kek kegemaran abah. Ekekeke. Bila sampai dirumah, ingatkan nak potong kek dan makan, tapi belum sempat abah duduk pun, telefon berdering. Dan berita yang diterima buat kami tak sempat nak bukak kotak kek tersebut - pak long Ummi meninggal dunia. Agak mengejutkan sebenarnya berita tu, walaupun kami sedia maklum yang pak long kurang sihat. Abah dan ummi sebenarnya memang merancang nak pergi melawat pak long hari ahad, sebelum kami pulang beraya dikampung. Tapi takdir Allah tak siapa boleh agak, pak long kembali ke rahmat Allah sebelum sem
pat kami berjumpa. Malam itu abah kerumah arwah, dan balik telah agak lewat malam. Namun sempat juga menjamah kek yang Ummi beli. Terima kasih pada sahabat2 yang tak pernah lupa untuk mengucapkan selamat pada abah. Pada sahabat2 yang sanggup tunggu detik 12 malam, untuk hantar sms pada abah, usaha kalian buat abah rasa sangat terharu. Abah sangat-sangat menghargai doa dan ingatan kalian untuk hari ulangtahun abah kali ini.

Cerita 4
Isnin abah bercuti, sebab nak servis kereta. Abah ke Eneos 1 Utama untuk servis kereta. Sementara tunggu kereta siap, abah ajak anak saudara abah tengok The Seekers. Abah memang senantiasa teruja dengan cerita-cerita macam ini. Tapi untuk The Seekers ni, lepas habis tonton, abah tak rasa puas sangat, macam abah tonton LOTR. Untuk kanak2, cerita ni menghiburkan la kot. Tapi untuk orang tua macam abah, ceritanya biasa2 saja.

Cerita 5
Ini tak ada cerita apa-apa, sekadar nak mengucapkan Selamat Idulfitri pada semua rakan2 abah yang senantiasa sudi membaca epekan abah diblog ini. Walaupun kebanyakannya dah abah layangkan kad raya, tapi untuk mereka yang tak sempat abah layangkan, inilah kese
mpatan yg ada untuk abah ucapkan selamat. Pada yang balik kampung, hati2 dijalanraya. Makan kuih raya tu, ingat2lah kat abah. Hehe. Pandai je abah ni pesan kat orang, abah pun time makan kuih raya belum tentu ingat kat kawan2. Buat sahabat2 yang sudi melayangkan kad raya utk abah, terima kasih juga buat anda. Tidak ada apa yang menceriakan hidup abah, selain ingatan dan doa, serta harapan sababat2 semua. Allah saja yang mampu membalas segala budi dan jasa. Dan semoga persahabatan dan perkenalan kita ini akan senantiasa segar.

Rekabentuk oleh: http://www.katzidesign.com/

Mohon ampun banyak-banyak, dari abah, ummi dan Muizz. Abah tahu dalam kita kenal, dalam abah mengepek diblog, dalam kita ber'chatting', akan ada yang terluka jiwa, terguris hati, tercalar rasa. Maafkan abah. Dan andai ada (rasanya tidak ada) kesilapan anda semua pada abah, abah maafkan setulus hati abah, ikhlas kerana Allah.

Abah akan balik kampung insyaAllah petang esok. Mohon doa kawan2 semoga perjalanan kami pergi dan balik, selamat dan dilindungi Allah.

Dan sempena idulfitri tahun ini, izinkan abah berkongsi satu iklan raya yang buat abah terkedu bila menontonnya. Bila dilihat dua individu dalam iklan itu, abah rasa abah masih lagi memegang watak anak lelaki kepada ayah tersebut, walaupun idealnya, abah patut pegang watak ayahnya. Tapi abah berdoa pada Allah, moga anak2 lelaki abah akan tidak memegang watak yang sama satu ketika nanti, jika umur panjang, insyaAllah.





Wednesday, October 03, 2007

Cerita tentang nafas terakhir...

Sebetulnya tak nak mengepek hari ni, tapi sebab dah terlanjur masuk blog abah ni pagi ini, maka abah nak berkongsi satu lagi nasyid dari Ahmed Bukhatir, yang abah rasa patut didengar dan dihayati liriknya.



From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !

Oh God! Oh God! I cannot see !
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!

And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....

Maut, bila-bila masa saja bisa datang menjemput. Samada kita telah bersedia atau tidak. Mudah-mudahan kita semua bersedia, insyaAllah.

Abah pun kebelakangan ni, selalu sangat terbayang mati. Dan bila terbayang, rasa sangat takut. Takut sebab abah rasa banyak lagi dosa-dosa abah yang tak tertebus. Moga2 Allah beri kekuatan pada abah, bukan setakat kekuatan tubuh badan, tapi yang penting kekuatan jiwa, untuk menyediakan diri sebelum abah dijemput ke alam sana. Abah bimbang pada kesedaran yang setakat kesedaran, tanpa ada sebarang tindakan susulan.

Anda doakan abah ya!

Dan sikit input dari tazkirah malam tadi: -

Untuk memastikan hati dan jiwa kita senantiasa dekat dengan Maha Pencipta, seboleh-bolehnya sentiasa lakukan perkara-perkara berikut:

1. Bangun diwaktu malam untuk sujud menyembah Allah
2. Pelajari dan baca Al-Quran serta fahaminya
3. Zikrullah
4. Hadiri majlis ilmu
5. Tinggalkan apa2 yang haram

Tuesday, October 02, 2007

Cerita tentang puasa dan raya...

Abah ambil sikit masa petang ini untuk menjawab tag yang UncleJ dah kenakan pada abah hari tu. Hehe, malas sebenarnya nak jawab tag ni, tapi sebab soalannya menarik, maka abah jawab jugalah. UncleJ, ini jawapan abah yang abah rasa UncleJ nak tahu (kan?).

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?

Ikhlas cakap, abah tak berapa ingat bila abah mula berpuasa penuh sebulan ramadhan. Rasa-rasa abah, dalam umur belas-belas juga.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?
Nak kata ponteng tu, abah tak pasti. Tapi kalau tak puasa tu, memang pernah. Alasan?? Sebab masa tu agaknya kesedaran abah tentang fadhilat dan keperluan orang Islam berpuasa tidak begitu kuat dalam jiwa.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?
Sejak abah kenal apa itu mercun, rasanya setiap tahun abah main mercun. Bukan setakat mercun, abah dan kawan2 siap buat unggun api lagi tiap2 malam sebelum menjelang 1 Syawal. Orang sibuk bertarawih, kami sibuk bermain bunga api dan mercun. Sekarang ni pun ada juga main skit2, tapi tak lebih dari melayan anak dan anak2 buah bermain bunga api.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Abah takde satu juadah wajib tiap kali berbuka. Apa yang Ummi masak, atau apa yang terhidang, itulah yang abah makan. Tapi tahun ni tiba2 abah tersuka la pulak dengan karipap sardin sorang pakcik yang meniaga di PR Paya Jaras. Hehe, petang ni nak gi beli lagik.

Lagu raya manakah yang anda suka?
Mana2 lagu raya pun abah suka. Terutamanya yang Datuk Siti nyanyi. Ekekekke. Tapi dalam banyak2 yg ada, lagu Balik Kampung tetap menjadi pujaan hati abah, terutamanya waktu mula drive balik kampung.

Tahun ini anda beraya di mana?
Tahun ni sama seperti tahun2 sebelum ini, abah akan beraya dikedua2 buah rumah. Rumah mertua di Kelantan dan rumah ibubapa abah di Terengganu.

Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Alhamdulillah, setakat ni 1 Syawal abah tak pernah diganggu oleh tugas.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Tanya siapa-siapapun, kenangan raya paling manis, adalah semasa beraya sebagai seorang kanak-kanak. Memang sangat manis. Duit raya, mercun, pakai baju baru, berjalan rumah orang makan-makan dan sebagainya. Semuanya indah waktu itu.

Dan satu lagi kenangan manis beraya, ialah sewaktu abah beraya sebagai seorang ketua keluarga. Yang itu tak boleh lupa. Untuk pertama kalinya waktu itu, abah rasa yang abah sudah dewasa.

Epekan tambahan

Tapi untuk Syawal kali ini, abah benar2 berharap agar Syawal dapat beri abah rasa makna sebenar "kembali kepada fitrah" itu. Sebelum ini, rasanya abah gagal mengecapi apa maknanya. Mungkin sebab abah tak berapa faham, atau mungkin sebab abah tak berusaha untuk memahami. Abah nak sangat menyambut Syawal dalam kegembiraan, bukan sekadar kegembiraan berjumpa saudara mara, tapi kegembiraan diberi peluang merasai manisnya diri ini dapat kembali kepada fitrah.

Dan rasanya, untuk kembali kepada fitrah pada 1 Syawal nanti insyaAllah, Allah berikan abah peluang sekali lagi tahun ini, untuk berusaha mencari Lailatul Qadar, malam yang dinanti2 oleh mereka yang tahu apa maknanya lailatul qadar itu.

Semoga abah, dan anda semua, dapat diberi kesihatan tubuh badan, dan kelapangan masa, untuk sama2 mengimarahkan sepuluh malam terakhir ramadhan tahun ini. Moga2 kita akan diketemukan dgn LQ, insyaAllah.

Dan sedikit input dari tazkirah malam tadi - kita dalam beribadat dan berbuat kebaikan, perlu ada 3 syarat utama yang perlu dipenuhi, supaya ibadat dan kebaikan kita itu diterima Allah dan diberi ganjaran sebaiknya.

Syarat 1 - kita mestilah beriman yang sebenar-benarnya beriman.
Syarat 2 - ibadah dan perbuatan baik itu, dilakukan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t.
Syarat 3 - perbuatan ibadah itu mestilah mengikut hukum dan tertib yang telah ditetapkan.

Setakat itu saja untuk hari ini, jumpa lagi insyaAllah dilain kali.

p/s: Untuk Muzem, terima kasih atas kad raya yang dikirim. Abah sangat menghargai doa dan ingatan Muzem pada abah sekeluarga.

Monday, October 01, 2007

Cerita tentang Rasul Allah...

Hari ni tak ada mood (kemanakah perginya mood abah hari ni) nak mengepek, cuma nak berkongsi satu emel yang abah dapat. Dan abah tak nak ulas apa-apa. Sekadar untuk bacaan anda, dan juga sebagai peringatan untuk kita semua.

Air Mata Rasulullah s.a.w

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayah, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lus menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar
kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak mampu ditahan lagi. "Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan... berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintainya seperti Baginda mencintai kita? Allaahummasholli 'alaa Muhammad wabaarik wa sallim 'alaihi. ..

Thursday, September 27, 2007

Cerita tentang ujian...

Dua malam lepas, Allah berikan abah kesempatan untuk mengikuti satu tazkirah menarik disurau berhampiran rumah abah. Menarik kerana ustaz itu beri satu perpektif baru kepada makna hidup. Bukan tidak pernah terfikir, memang selalu terfikir, cuma tidak dalam perspektif itu, bagi kebanyakan orang, termasuk abah sendiri.

Kisahnya tentang hidup - untuk apa kita hidup, kenapa kita hidup? Kalau ditanya ramai dari kita, pasti jawapannya akan menjurus pada ayat 56 surah Adz-Dzaariyaat iaitu "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Dan tak kurang juga yang akan kata, kita hidup dimuka bumi ini untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Betulpun jawapan-jawapan tersebut. Cuma kalau boleh ditambah satu lagi alasan kenapa Allah menghidupkan kita dimuka bumi ini, adalah lebih menarik pandangan kita pada erti hidup kita ini.

Pernahkah kita memandang sebab kewujudan kita didunia ini adalah sebagai ujian pada diri kita dari Allah? Kata ustaz itu, Allah hidupkan kita kerana Allah ingin menguji kita, samada kita ini betul2 menyembah dan beribadat kepadaNya atau adakah kita menjalankan tugas kita sebagai khalifahNya. Dan Allah tidak uji individu tertentu, Allah uji kesemuanya. Setiap satu dari kita ini sebenarnya sedang diuji Allah.

Kita diuji dengan apa yang Allah beri pada kita. Allah beri kita akal, beri kita iman, beri kita harta, beri kita kudrat, beri kita kelapangan, beri kita nyawa, dan pelbagai perkara lagi - sebagai ujian pada kita, kalau kita sedar itu. Dan ini tidak bermakna, mereka yang tidak dikurniakan Allah dengan perkara2 yang abah sebutkan tadi, tidak diuji Allah. Untuk sesetengah manusia, Allah uji mereka dengan kemiskinan, dengan kekurangan ilmu, dengan kekurangan upaya, dengan kesibukan waktu, dan sebagainya. Semua orang, tidak terlepas dari ujian Allah.

Dan sepertimana ujian2 lain didunia inipun, jika ditanya, "Nak lulus ke tidak?", pasti sangat jawapannya nak lulus. Cuma dalam kes UPSR, PMR atau SPM, mungkin ada yang menjawab, "Lulus cukup makan pun cukuplah." Tapi dalam kes ujian Allah ini, abah tak tahulah kot2 ada juga yang akan jawab benda yang sama. Dan abah yakin, jawapan kita tidak akan sama. Kerana apa? Kerana kita tahu apa yang menuggu kita sekiranya kita lulus, dan sekiranya kita gagal. Kita beriman dengan hari akhirat, dan kita sudah diberitahu akan bentuk hari akhirat dan pengadilannya nanti.

Bagaimana nak lulus? Takde tips ke? Hehehe, part ini abah tinggalkan pada anda. Kerana abah yakin, pada yang berilmu, anda tahu bagaimana. Cuma yang penting, kena sentiasa ingat, yang kita diuji Allah, dan setiap masa kita diperhatikanNya. Bayangkan kalau kita kehidupan kita selama 24 jam sehari itu, diawasi oleh CCTV. Apa agaknya perlakuan kita? Mesti kita akan berlaku baik. Sebab sedar yang diri kita diawasi. Apatah lagi sekiranya Allah yang mengawasi kita itu.

Kalau anda nak tanya jawapan abah - rasanya inilah yang abah boleh kata. Dalam hidup, redha akan segala kurniaan Allah pada kita - samada kurniaan itu rahmat atau bala. Dan dalam pada itu, hiduplah sebaiknya menjadi hamba Allah dengan beribadat dan menyembah Allah senantiasa. Dan satu lagi yang penting, jangan ada sikitpun dalam hati sifat kesombongan. Bukan sombong apa pun, tapi sombong yang buatkan kita lupa, segalanya adalah dari Allah.

Abah ambil sikit contoh - kita berjaya dapat sesuatu, bukannya hanya kerana usaha kita sendiri, tapi banyaknya adalah dengan ihsan Allah. Abah menulis ini pun bukan semata2 usaha abah, tapi kerana ihsan Allah yang beri abah peluang kelapangan masa (walaupun dah makan sikit waktu bekerja), Allah beri abah peluang mempunyai laptop dan talian Internet. Allah juga beri abah ingatan untuk recall balik apa yang abah dengar 2 malam lepas, dan paling penting, Allah beri abah nyawa dan kesihatan tubuh badan, supaya abah boleh bernafas dan menulis. Bayangkan jika Allah tidak bagi semua itu, mustahil abah boleh buat penulisan blog pagi ini.

Itu sajalah dulu, sebab abah ada banyak perkara nak diselesaikan, hehehe, biasalah, bercuti 2-3 hari, banyak la benda yg kena buat.

Semoga jumpa lagi insyaAllah.

Friday, September 21, 2007

Cerita tentang peringatan, dan jiwa...

Petang semalam, seluruh rakyat bersedih, atas berita pengesahan bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai di PJ baru-baru ini adalah Nurin Jazlin, yang telah hilang dari rumahnya hampir sebulan lepas. Izinkan abah mengepek sedikit berkenaan apa yang berlaku ini.

Ibubapa Nurin sehingga berita pagi tadi, masih yakin bahawa mayat itu bukan anak mereka. Dan abah tidak mahu komen itu. Abah faham, sebagai ibubapa, sukar menerima kenyataan bahawa anak kesayangan meninggal dalam keadaan itu. Cuma dari satu segi, jika benarlah itu Nurin, mereka kena redha akan pemergiannya, walau sesulit mana pun rasa hati. Itu janji Allah, setiap yang hidup pasti akan mati. Dalam bulan ramadhan ini pun sebenarnya, kita sangat-sangat digalakkan supaya bersabar. Dan satu contoh sabar ialah dengan menerima kenyataan dan redha jika kehilangan orang tersayang. Kena yakin dgn janji Allah, dan kena terima bahawa setiap yang didatangkan pada kita, adalah milik Allah. Secara dasarnya, anak atau siapa saja itu, adalah milik kita, tapi hakikinya, dia milik Allah.

Sama seperti kejadian gempa diBengkulu baru-baru ini. Ia menuntut banyak kesabaran pada mereka yang mengalaminya. Redha dengan ujian Allah pada mereka. Dan dalam masa yang sama, mengkaji semula kenapa mereka diuji sebegitu. Kita yang diMalaysia ini pun. Kena turut sama-sama berfikir. Kenapa Allah gegarkan Bengkulu? Abah yakin itu adalah tanda peringatan Allah pada manusia, kita semua. Dan Allah uji sekejap saja, hanya dalam beberapa minit. Bayangkan kalau Allah uji dengan gegaran sehingga 1 jam?

Walaupun kejadian diBengkulu, namun diMalaysia tercinta ini pun, ramai yang bertempiaran lari turun dari bangunan2. Lihat saja dalam akhbar, ibu2 turun sambil menggendong anak turun dari rumah bertingkat mereka, kerana merasa gegaran tersebut. Kenapa lari? Kerana takut dengan gegaran. Gegaran itu apa? Itu peringatan Allah, atau mungkin hukuman. Dan kenapa sekadar lari kerana takutkan peringatan Allah - sedangkan dalam masa yang sama, kita ingkar banyak perkara.

Kata Ustaz Halim Din waktu tazkirah malam tadi - gempa bumi, tsunami, banjir - itu semua peringatan Allah pada manusia. Dan bukan sekadar perlu diterima akan peringatan itu, tapi perlu digunakan untuk muhasabah diri, dan perbetulkan apa yang difikirkan tidak betul. Semoga kita semua, didalam bulan ramadhan ini, akan dapat muhasabah diri kita sendiri, dan perbetulkan apa yang perlu kita perbetulkan. Bulan ini bulan kerahmatan, bulan keampunan.

Berbalik pada kes Nurin tadi, semua orang marah kepada si penjenayah itu. Sanggup memperlakukan perbuatan sekejam itu pada anak yang baru nak mengenal hidup dan kehidupan. Tapi dalam marah itupun, kita wajib berjaga-jaga, kerana bukan seorang manusia spt itu dalam masyarakat kita skrg ini. Abah yakin ramai yang semacam itu. Kerana apa? Menurut Ustaz Wan Akashah dalam MHI pagi tadi, itu adalah kerana manusia sekarang ini ramai yang sakit jiwanya, dan rosak akhlaknya. Bukan sedikit kita ini yang sakit jiwanya. Dan bila jiwa dah terlalu kotor, terlalu sakit, akan terjadilah perbuatan kejam semacam itu, yang pada abah, binatang pun tidak akan berbuat semacam itu.

Dan kenapa jiwa kita kotor? Kerana kemungkaran dan maksiat yang kita perbuat. Samada sedar atau tidak. Jika mengikut logik akal, apa saja jenis kekotoran perlu dibersihkan. Sama macam baju dan kereta kotor, kita akan basuh, akan bersihkan. Kalau abah tanya anda semua la kan, berapa kerap kita basuh baju, basuh pinggan, dan basuh kereta? Abah yakin kerap juga. Tapi berapa kerap pula kita membasuh jiwa? Wallahua'lam. Kita dan Allah saja yang mengetahuinya.

Susah bila kita tidak nampak kekotoran jiwa, kerana ia tidak sepertimana kita nampak kereta kita kotor. Dan bimbang sekiranya kekotoran jiwa itu tidak dibersihkan, lama2 ia jadi makin kotor, hingga kita sudah tidak nampak lagi dimana kesucian jiwa itu.

Bagaimana nak membersihkan jiwa? Dengan beribadat kepada Allah, dengan memohon ampun pada Allah, dengan berzikir pada Allah, dengan membaca ayat-ayat Allah, dll.

Apa yang abah tulis hari ini sebenarnya adalah rangkuman dari apa yang abah dengar dari tazkirah2 malam tadi dan pagi ini, ditambah sesedap rasa oleh abah sendiri. Bukan sekadar peringatan untuk anda, tapi yang lebih penting, untuk abah sendiri.

Sama-samalah kita merebut keampunan Allah dibulan Ramadhan ini. Semoga Allah mengampunkan dosa kita, menyucikan jiwa kita. Menjadikan kita hamba yang baik. Dan untuk kanak-kanak malang itu, semoga rahmat dan kasih sayang Allah akan tetap bersamanya. Salam takziah dari abah buat ibubapa dan keluarga kanak2 yang jadi mangsa itu(samada Nurin atau orang lain).

P/S: Semalam baru abah tahu satu benda baru: Waktu yang paling baik untuk kita memohon pada Allah ialah waktu bersahur.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)**

**Terima kasih Arsaili.

Thursday, September 20, 2007

Cerita tentang dosa dan keampunan...

Hari ini tidak ada apa nak diepekkan. Cuma nak berkongsi satu lagu yang merdu alunannya, dan berkesan liriknya (itupun jika difahami dan dihayati). Harap lagu ini dapat memberikan kita sesuatu yang baik, insyaAllah.

Muat turun

Ku persembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
ku jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah
dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
dan jika Engkau membalas seksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke neraka

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan akanku jaga janji kasih yang telah tercalar
di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap, aku berharap
mengiringi langkahku dengan penuh semangat

Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia...

P/S: Lirik ini abah petik dari Lambaian Al-Azhar.

Tuesday, September 18, 2007

Cerita tentang Ummi...

Abah ke blog UncleJ, dan terlihat satu lagu arab nyanyian Amr Diab ada kat situ, tapi sayang bila klik, tak keluar bunyi apa2 (dah ok ke Uncle?). Sebabkan abah nak dengar lagu tu, abah ke YouTube. Tajuk lagu tu macam bagus - El Aleem Allah, tapi bila tengok video kat Youtube, aduhaiii. Dan bila ditilik2 liriknya, itu sememangnya lagu cinta.

Daripada komen yang diberi pada video Amr Diab itu, abah kemudian tahu akan kewujudan seorang penyanyi nasyid arab yang bernama Ahmed Bukhatir. Bila abah cuba lihat video lagu-lagu AB, Maha Suci Allah - sungguh indah dan merdu lagu-lagunya. Lirik-liriknya juga membawa pengertian yang baik, untuk mereka yang menghayati. Dan dari beberapa lagu yang sempat abah lihat (abah ni takde kerja ke ni dok tgk video jer? :-)), ada dua lagu yang abah suka. Satu lagu untuk 'buah hati pengarang jantung' abah (yang akan abah kongsi dengan anda kemudian), dan satu lagi adalah lagu untuk mereka yang bergelar ibu.



Ya Ummi--Ahmed Bukhatir

I will come back mother
Kissing your luscious head
Divulging my longing to you
And sipping your right hand's essence
Nuzzling my cheek in your feet's soil
Watering the ground with my joyful tears

How many nights you were sleepless
Working to get me sleeping like a kid
And how many times you were thirsty
But you worked to water me with all tenderness
And I will never forget your rainy eyes when I was sick
And your restless eye scared of any danger may happen to me

And what about our farewell in that dawn
What a hard dawn it was
No heart can ever describe the abandonment that you faced by me
Then you said something I couldn't forget up until now:
It's impossible that you will find warmer arms than mine

Oh my ( life's joy )
The Creator of the universe commanded me to be loyal to you
Your content is the secret of my good fortune
And your love is my faith's sparkle

Don't be sad mother
Here am I
I came to you with teary eyes
Don't be sad mother
There will be no separation from now on
Until the separation of death...

Versi BM [abah ubahsuai berdasarkan lirik yang disumbangkan oleh seseorang]:

Ku akan segera kembali wahai ibu kan ku kecup kening suci mu
Kan ku tumpahkan segala rinduku dan ku cium farfum mu
Bersimpuh di kedua kakimu dan menempelkan pipiku pada kaki mu
Kan ku basahi tanah dengan aimataku kerana bahagia berdekatan denganmu lagi

Berapa malam kau terjaga hanya agar aku tertidur puas
Dan berapa kali kau menahan dahaga hanya untuk menghilangkan hausku dengan kelembutanmu
Dan pada waktu sakitku takkan ku lupa air matamu yang jatuh seperti hujan
Dan mata itu yang tak pernah terpejam kerana risau akan diriku

Dan waktu perpisahan kita di subuh yang sangat berat dan menyiksakan
Kau berkata dengan sendu kerana sedih akan kepergianku
Dan kau melafazkan sebuah kalimah yang tak mungkin ku lupa
Tak akan pernah kau temukan hati yang menyayangimu melebihi hatiku

Dengan berbakti kepadamu wahai tumpuan hidupku
Tuhan semesta berpesan kepadaku
Keredhaanmu adalah rahsia kejayaanku dan mencintaimu adalah tanda kesempurnaan imanku
Dengan doa ikhlasmu hilanglah segala kesusahan dan kesedihan hatiku
Kasih sayangmu tak kan tertandingi oleh siapa pun di dunia ini

Engkau adalah detak jantungku
Engkau adalah cahaya mataku
Dengan memandang wajahmu hilanglah segala kesusahanku
Wahai ibu aku kan segera kembali esok, untuk beristirahat dari pengembaraanku

P/S: Memetik sedikit epekan abah dari posting Cerita tentang pengorbanan ibu... sebelum ini:

Sesungguhnya ibu sangat layak untuk dikasihi, disayangi, dijaga hingga keakhir hayatnya. Bukan sikit pergorbanan dan jasa ibu. Saat bersalin pun dah diuji Allah dengan seribu macam keperihan, membesarkan dan mendidik anak lagilah hebat. Untuk anak-anak yang rasa kasih sayang telah tidak ada, ataupun berkurang, terhadap ibu, fikir2lah semula. Renung2kanlah jasa dan pengorbanan ibu. Walaupun anda boleh kata, memang dah itu tanggungjawab ibu, tapi jangan nafikan kesusahan dan kerja keras mereka membesarkan anda. Setiap kali rasa kecil hati dengan ibu, lihatlah video ini, dan ingatlah, kecik hati anda itu tidak ada tandingannya dengan seksanya ibu melahirkan/membesarkan anda.