Thursday, November 22, 2007

Cerita tentang 'transparent'...

Beberapa ketika lepas, abah dan seorang rakan blog, pernah berbicara tentang "berapa peratus blog menggambarkan diri empunyanya". Dan waktu makan tengahari semalam, abah bercakap perkara yang sama dengan seorang lagi rakan blog. Walaupun isunya tidaklah spesifik kepada berapa peratus blog menunjukkan keperibadian tuannya, tapi ia berlegar2 sekitar sejauhmana blog menggambarkan si pemilik. Nak kata secara peratus sukar sikit la, walaupun ada kawan pernah kata, blog cuma mewakili 40% dari dirinya yang sebenar. Pada abah persoalan tentang blog dan keperibadian penulisnya bukan persoalan pokok dalam menulis, tapi sebelum menulis kita perlu juga menentukan tahap mana blog kita itu menggambarkan peribadi kita yang sebenarnya.

Memang tidak ada akta bertulis tentang setakat mana benarnya penulisan dalam blog tentang tuannya, tetapi secara dasarnya, abah fikir, kita semua pasti letakkan juga apa sempadannya bila kita menulis, atau meletakkan sesuatu diblog. Lain orang, lain sempadannya. Tak kisahlah itu, cuma selagi ada sempadan, abah rasa adalah lebih baik.

Sepertimana borakan[ada ke imbuhan kata 'an' untuk borak?] semalam, kami secara dasarnya bersetuju, yang blog tidak perlu menggambarkan 100% tuannya. Dan dalam menulis diblogpun, tidak perlu 100% tulus dan benar. Bukan maksud abah kena menipu waktu menulis, tidak. Tapi kadangkala (malahan banyak kala) nya, kita perlu menyembunyikan kebenaran dari diketahui umum. Tidak salah, malah perlu untuk kita 'reserved' sedikit kebenaran yang ada tentang hidup kita dari dipaparkan didalam blog. Kebenaran yang mana?? Terpulang pada diri masing2.

Blog adalah perkara peribadi tuannya, samada kita sedar atau tidak hakikat itu. Dan yang membacanya, bukan sekadar kawan2 yg kenal siapa kita, tetapi juga orang2 yang kita tidak pernah terlintas yang mereka akan membaca blog kita, dan seterusnya menilai si empunya blog itu bagaimana orangnya. Abah faham yg tujuan mengadakan blog adalah pelbagai. Ada yang ingin berkongsi kisah hidup - suka dan duka, ada juga yang ingin berkongsi hobi, tak kurang yang ingin berkongsi maklumat dan ilmu, begitu juga yang sekadar untuk mencari ruang yang boleh diluahkan rasa hati.

Sebagai pembaca blog juga, rasanya kita tidak lepas dari menilai - siapakah dan apakah 'rupa'nya manusia disebalik blog itu. Menarikkah tuannya, jujurkah dia, kelakarkah dia, dan sebagainya. Bukan salah menilai, sebab itu naluri biasa manusia, yang ingin tahu lebih lanjut tentang sesuatu benda. Kebanyakan blog, kita boleh menilai 'bagaimana'kah si penulisnya, walaupun mungkin apa yang kita nilai itu tidak tepat. Kalau sekadar perkara kecil, tidak banyak hal yg akan timbul, tapi bayangkan bila melibatkan perkara2 besar, contohnya - "Dia ni mesti anti-kerajaan" atau "dia ni mesti 'pelik'", atau macam-macam tanggapan lagi - yang tidak tepat. Sekiranya kita ini jenis yang ikhlas dalam menilai, dan penilaian itu setakat habis dalam minda kita sahaja, alhamdulillah. Tapi kalau kita ini jenis yang suka juga ber'bincang' tentang penilaian silap kita dgn manusia lain, lain pulak nanti ceritanya.

Tidak semua pembaca blog di dunia siber ini jujur orangnya (tapi abah yakin anda semua yang baca blog abah ni adalah manusia yang jujur dan luhur akhlaknya). Bukan sedikit cerita yang kita dengar tentang teknologi di Internet yang bawa kepada pelbagai kisah - suka dan duka. Dan tak mustahil juga sekiranya satu ketika nanti, blog juga akan menghasilkan cerita yang sama. Ditipu kerana blog, menipu kerana blog atau yang seangkatan dengan "tipah tertipu".

Apapun, diharapkan rakan2 blogger abah adalah sangat iklas dan jujur dalam menulis, dan abah faham kalau mereka memilih untuk tidak 'transparent' sepenuhnya di blog. Asal saja jangan menipu, sudahlah. Nanti lari pulak niat asal kita berblog.

Jumpa lagi nanti insyaAllah. Selamat berhujung minggu untuk anda. Esok kami sekeluarga akan ke Jitra untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada sahabat akrab abah. Sambil2 itu boleh la bercuti2 sekejap di Kedah.

4 comments:

Anonymous said...

Salam abah,

kalo 100% revealed, parah gak kan.. bg sy, ade certain-certain things yg nak-tak-nak, kite trpakse kept it a silent dari blog. bukan niat utk berlaku "topeng" atau seumpama dgnnye, cume lebih selesa dgn fasa sebegini.

ermm, yg 60% tu, "biarlah rahsia"..kalo nak tau yg balance 60% tu, kene ar in-person, tak gitu?. ekeke.. tp, utk nilai persahabatan yg terjalin ni, tidak syak lagi: dicurahkan 100%.:-)

wslm.

arsaili said...

salam abah, bersetuju ngan pendapat abah, bagi saya panduan menulis blog mengikut cita rasa saya..dan saya tahu apa yg saya perlu tulis dan apa yg perlu saya simpan. Kalau bole biar ia lahir dr hati ke hujung jari dan ke papan keyboard.

Jamal Abd Rahman said...

good piece abah, i got ur points there...setuju sgt dgn your views on what should or should not be in blogs..

ye betul, bukan nak menipu or tulis benda yg tak betul tp a few things ada yg tak perlu kita share or reveal to all...perlu ada sedikit resevation on a few subjects, esp personal matters..do we have to tell the world everything??

bg sy tak perlu lah semua org tau ttg siapa diri kita ni..cukup sekadar diluaran saja jika didlm blog. But it will be different if we meet in reality....kita dah tau or kenal sapa org yg kita jumpa tu..tp dlm blog kita tak tau sapa or dr mana yg dtg ke blog kita tu..

eh dah panjang pulak komen ni..dah mcm entry sendiri pulak...ekekek

take care my bro!

Anonymous said...

betul, mesti begitulah kan abah ?

kita menulis ni bukan ikut rasa tapi ikut pertimbangan. tak timbul soal menyamar atau tak jujur bagi saya, sekalipun hanya menulis 10% tentang diri kita :)