Hari ni nak mengepek sikit tentang 2 perbuatan pelik yang berlaku beberapa hari lepas.
Perbuatan pelik 1
Hari Sabtu, abah ke Parkson 1 Utama. Abah pergi sorang saja, sebab kesian nak bawak Muizz dan Ummi pagi2 ke situ. Abah sampai 5 minit sebelum Parkson buka. Haha, tak pernah2 dibuat, tiba2 abah buat. Menunggu depan kedai hingga dia buka. Tapi bukan abah sorang saja yg menunggu, ramai lagi yang menunggu. Tunggu apa? Tunggu nak beli barang sebab hari tu adalah hari jualan murah sempena ulangtahun ke-20 parkson. Abah tak nak beli apa pun, cuma target beg saja. Dan abah ingat sekejap je proses membeli tersebut. Tapi abah silap. Abah terpaksa berebut dengan sekian ramai bangsa cina[hingga ada yg bergaduh2 cakap] yang ada disitu untuk abah dapatkan beg yang abah nak tu. Bilangannya cuma dalam 50 biji abah rasa, tapi yang nak beli, mak aih, berbaris panjang. Alhamdulillah, rezeki abah. Dapat juga beli beg berharga RM50 tersebut. Tapi bila abah ingat balik, kelakar juga, sebab perbuatan abah tu agak pelik untuk abah. Tapi memang abah nak pun beg tu. Pertamanya sebab murah, keduanya sebab kebetulan beg yang abah selalu guna bila abah outstation dah rosak zipnya.
Perbuatan pelik 2
Hari Sabtu dan Ahad baru2 ini juga, abah bertandang kerumah kawan2 dan saudara, serta jiran sebagai menyambut pelawaan mereka untuk berhari raya. Pendek kata, memang kenyang la perut selama 2 hari tu. Selain kenyang, dapat juga berjumpa rakan2 lama yang memang sudah sangat lama abah tak jumpa. Nak dipendekkan cerita, ada dua kejadian yang berlaku sewaktu abah berada dirumah2 terbuka ni.
Yang pertama, sewaktu dirumah rakan baik abah di Taman Greenwood. Waktu kami sedang menikmati hidangan dan bersembang2, tiba2 Muizz keluar dari dalam rumah dengan muka masam, dan diwaktu yang sama, anak kawan abah menangis. Aduihh mak. Abah ingatkan apa, rupanya mereka bergaduh, dan Muizz dah tumbuk anak kawan abah tersebut. Pelik bin ajaib abah dengan ummi, sebab selama ni, Muizz yang kami tahu, tidak pernah tumbuk budak lain. Nasib baik la kawan abah tu jenis memahami.
Malamnya pula, sewaktu bertandang kerumah jiran abah, kes yang sama berlaku. Ada seorang budak cakar tangan Muizz, dan sebagai tindakan spontan, dia menumbuk budak itu hingga menangis. Dan setahu abah, tumbukan Muizz boleh tahan kuat juga, sebab bila kami main tumbuk2, sakit juga badan abah bila kena tumbukan Muizz. Abah tak tahu la apa kata mak ayah budak tu, sebab waktu tu, abah dah balik kerumah kerana ada sahabat datang beraya kat rumah abah. Camana abah tahu dia tumbuk budak lain? Sebab dia tiba2 balik rumah dgn muka masam, dan bagitahu abah ada budak belasah(perkataan yang abah tak pernah dengar dari mulut Muizz) dia. Dan sebagai balasan, dia hadiakan penumbuk pada budak itu.
Dari satu sudut, abah gembira juga Muizz jadi macam itu, sebab selama ini, Muizz jenis mengalah bila berkawan. Dia selalu jadi mangsa kawan2 yang agak nakal. Bila dia dah mula boleh pertahankan diri macam itu, abah rasa seronok juga. Sekurang-kurangnya abah tak risau bila dia masuk sekolah nanti. Sebab skrg ni abah perhatikan, ramai juga budak2 yang nakal dan kaki pembuli.
Disudut yang lain, abah risau juga, takut2 Muizz tak boleh kawal rasa marah dia dan tindakan dia menumbuk budak2 lain itu. Abah tak tahu mana dia belajar, tapi dari gerak geri dia, abah rasa dia belajar dari filem Transformers. Abah dulu waktu kecik pun rasa2nya tak pernah tumbuk orang. Cuma sekali sahaja abah kejar seorang budak nakal yang pukul adik abah, hingga kedalam rumah dia. Nasib baik dia berlindung disebalik mak dia, kalau tidak, hehehehe, abah tak tahu la apa yg akan jadi.
Apapun, moga2 Muizz tidak akan jadi manusia panas baran. Semoga dia akan jadi kawan yang baik pada sesiapapun, dan dalam masa yg sama, tahu melindungi diri dia sekiranya terancam. Nanti kalau ada rezeki, abah ingat nak hantar Muizz ke kelas tae-kwan-do. Sekurang2nya dia tahu ilmu mem"belasah" orang yang betul. Ekekekkee, abah..abah...

5 comments:
Wah..belaja taekwando yer..uhuhu..
abah elok tanya apa yg terpendam di hati Muiz, mengapa dia buat begitu ...
just my thought anyway
wah garang jugak muizz tu abah...mungkin dia rasa tercabar dengan kelakuan budak tu kat dia..its a normal reaction ..mungkin dia dah paham dia kena react macam tu bila kena dgn org lain...
at least he knows how to react when he being bullied later...bagus jugak masuk kelas taekwan do..boleh buli org dgn cara betul kan? ekeke
Arsaili n UncleJ, kelas taekwando tu pun kalau ada duit. Ekeke, tapi rasanya budak2 skrg memang perlu la diajar benda2 tu. Takut tengok kejadian tragis yg kerap berlaku skrg ni.
Jeff, malam tadi, abah tanyakan Muizz ttg apa yang berlaku dirumah jiran abah. Dan dia sukarela bercerita dengan detail. Pendek cerita, budak lelaki yang dia tumbuk tu sepak dan cakar Muizz dulu. Itu yang dia balas dgn tumbukan.
Abah tak boleh nak komen banyak, sebab abah sendiri yang ajar dia, kalau ada orang pukul dia, abah suruh dia pukul balik orang tu. Sebab sebelum ni, dia cuma tahu balik dan mengadu kalau ada kawan tadika yg pukul dia, curi alatulis dia, conteng buku dia etc.
Apapun, masih banyak benda abah kena peka ttg anak abah yg sorang ni. Thanks for the tips.
ekeke..
mmg normal kalo Muizz bertindak mcm tu. sbb sy prnah bljr dlm subjek Psikologi Taknormal (Abnormal Psychology); budak-budak akan cuba memberi reaksi spontan yg extreme terhadap persekitaran mase umur 5-11 tahun. sbb fasa ni fasa utk "pengaplikasian". fasa "observation" berlaku kala umur 3-4 tahun.
teringat kala Muizz mencebik muka smbil pegang bantal mase nak hantar sy mlm rabu aritu:
"Org nak pergi hantar Uncle, diorang (kawan-kawan dier) pulak yg tolak".
Post a Comment