5 dalam 1? Hehe, ini bukan pasal mana2 minuman segera yang campuran serba-serbi dalam satu itu, tapi ini pasal 5 cerita yang abah nak kongsi dengan anda, sebelum kita semua bercuti raya untuk syawal tahun ini.
Cerita 1
Hari Khamis dan Jumaat lepas, abah berkesempatan balik ke Paka, untuk sama2 berpuasa dan berbuka dengan mak ayah, dan ahli keluarga abah. Alhamdulillah, kedua mak dan ayah abah sihat2 saja ramadhan ini. Dan syukur juga, sebab Allah tunaikan hajat abah kali ini, untuk berbuka puasa beramai2 dengan keluarga. Mahu abah tak seronok, dapat berbuka selama 2 hari dengan mak ayah, dan 4 adik beradik abah yang lain, bersama2 dengan hampir 15 orang anak buah yang sedang membesar. Boleh bayangkan bagaimana gamatnya waktu berbuka tu. Cuma sayang, Ummi dan Muizz tak dapat turut serta.
Cerita 2
Hari Sabtu malam, Ummi minta abah singgah di Secret Recipe di Sungai Buloh ni. Takdir Allah, bila Ummi ke kedai itu, terjumpa rakan sama belajar kami. Dan kebetulan pula, kedai itu dia yang uruskan. Alhamdulillah, bangga abah tengok kawan2 makin berjaya dalam hidup. Lama tak dengar berita masing2, tup tup dah bukak bisnes. Bila berborak2, timbul la cerita kawan yg lain juga (bukan mengumpat ya!), antaranya tentang seorang kawan yg telahpun bergelar Prof Madya di UUM, dan telahpun berjaya memiliki 2 buah hotel. Sekali fikir, rasa macam 'best'nya mereka, umur sebaya abah, tapi dah mampu miliki perniagaan sendiri. Tapi bila difikirkan dua kali, berbaloi pun apa yang mereka ada sekarang, dengan usaha dan jerit perih mereka selama ini. Abah yakin, tidak semudah itu mereka dapat apa yg mereka ada sekarang. Banyak dugaan yang ditempuh, dan bukan sedikit kerja keras yang mereka lakukan. Apapun, abah berbangga dengan mereka. Semoga akan terus maju perniagaan masing2, insyaAllah.
Cerita 3
Kami ke Secret Recipe tu sebenarnya adalah untuk menyambut ulangtahun kelahiran abah pada 7 Oktober. Memang dah itu jadi tradisi kami. Mana2 ulangtahun pun mesti akan ada kek. Cuma dalam kes abah, abah beruntung, sebab Ummi tahu apa kek kegemaran abah. Ekekeke. Bila sampai dirumah, ingatkan nak potong kek dan makan, tapi belum sempat abah duduk pun, telefon berdering. Dan berita yang diterima buat kami tak sempat nak bukak kotak kek tersebut - pak long Ummi meninggal dunia. Agak mengejutkan sebenarnya berita tu, walaupun kami sedia maklum yang pak long kurang sihat. Abah dan ummi sebenarnya memang merancang nak pergi melawat pak long hari ahad, sebelum kami pulang beraya dikampung. Tapi takdir Allah tak siapa boleh agak, pak long kembali ke rahmat Allah sebelum sempat kami berjumpa. Malam itu abah kerumah arwah, dan balik telah agak lewat malam. Namun sempat juga menjamah kek yang Ummi beli. Terima kasih pada sahabat2 yang tak pernah lupa untuk mengucapkan selamat pada abah. Pada sahabat2 yang sanggup tunggu detik 12 malam, untuk hantar sms pada abah, usaha kalian buat abah rasa sangat terharu. Abah sangat-sangat menghargai doa dan ingatan kalian untuk hari ulangtahun abah kali ini.
Cerita 4
Isnin abah bercuti, sebab nak servis kereta. Abah ke Eneos 1 Utama untuk servis kereta. Sementara tunggu kereta siap, abah ajak anak saudara abah tengok The Seekers. Abah memang senantiasa teruja dengan cerita-cerita macam ini. Tapi untuk The Seekers ni, lepas habis tonton, abah tak rasa puas sangat, macam abah tonton LOTR. Untuk kanak2, cerita ni menghiburkan la kot. Tapi untuk orang tua macam abah, ceritanya biasa2 saja.
Cerita 5
Ini tak ada cerita apa-apa, sekadar nak mengucapkan Selamat Idulfitri pada semua rakan2 abah yang senantiasa sudi membaca epekan abah diblog ini. Walaupun kebanyakannya dah abah layangkan kad raya, tapi untuk mereka yang tak sempat abah layangkan, inilah kesempatan yg ada untuk abah ucapkan selamat. Pada yang balik kampung, hati2 dijalanraya. Makan kuih raya tu, ingat2lah kat abah. Hehe. Pandai je abah ni pesan kat orang, abah pun time makan kuih raya belum tentu ingat kat kawan2. Buat sahabat2 yang sudi melayangkan kad raya utk abah, terima kasih juga buat anda. Tidak ada apa yang menceriakan hidup abah, selain ingatan dan doa, serta harapan sababat2 semua. Allah saja yang mampu membalas segala budi dan jasa. Dan semoga persahabatan dan perkenalan kita ini akan senantiasa segar.
Mohon ampun banyak-banyak, dari abah, ummi dan Muizz. Abah tahu dalam kita kenal, dalam abah mengepek diblog, dalam kita ber'chatting', akan ada yang terluka jiwa, terguris hati, tercalar rasa. Maafkan abah. Dan andai ada (rasanya tidak ada) kesilapan anda semua pada abah, abah maafkan setulus hati abah, ikhlas kerana Allah.
Abah akan balik kampung insyaAllah petang esok. Mohon doa kawan2 semoga perjalanan kami pergi dan balik, selamat dan dilindungi Allah.
Dan sempena idulfitri tahun ini, izinkan abah berkongsi satu iklan raya yang buat abah terkedu bila menontonnya. Bila dilihat dua individu dalam iklan itu, abah rasa abah masih lagi memegang watak anak lelaki kepada ayah tersebut, walaupun idealnya, abah patut pegang watak ayahnya. Tapi abah berdoa pada Allah, moga anak2 lelaki abah akan tidak memegang watak yang sama satu ketika nanti, jika umur panjang, insyaAllah.
3 comments:
selamat hari raya abah sekeluarga
maaf zahir batin
ya abah, saya menitis airmata menonton iklan 'burung murai'
selamat hari raya maaf zahir vbarin abah sepanjang perkenalan kita ini..moga abah ceria dilebaran ini..nanti dtg beraya ke rumah ye..
entry dgn video yg sama diblog saya juga...mmm..memng tersntuh hati melihat video tersebut..
Jeff, selamat berhari raya juga disepanjang syawal ini buat jeff dan keluarga. Seronok je baca cerita raya jeff. Walau diKL, tapi terasa ada kemeriahannya.
UncleJ, abah pun mohon maaf zahir batin kat Uncle. Abah lebih muda, lebih banyak kecenderungan buat silap pada Uncle. InsyaAllah, abah akan khaskan satu hari minggu untuk berkunjung kerumah Uncle nanti, insyaAllah.
Bercakap ttg iklan tu, Muizz pun dah jadikan iklan tu satu cara menguji kesabaran abah pada dia. Asyik dok tanya, "Abah, burung apa tu?", "Burung apa?", hehehe, aduhai anak.
Post a Comment