Thursday, October 11, 2007

Cerita tentang Saerah...

Sekejap tadi, abah tonton satu cerita yang sangat jarang abah berpeluang tonton, walaupun abah tahu akan kewujudannya. Kebetulan pulak tadi adalah epidsod terakhir "Kerana Cintaku Saerah". Pada abah, ceritanya biasa saja. Sebuah cerita melayu tentang anak yang berbuat silap pada maknya, seorang suami yang juga buat kesilapan pada keluarga, seorang lelaki lain yang tidak sesempurna kita - yang faham makna tanggungjawab, dan paling terkesan dihati abah, seorang gadis 'istimewa', yang sesunguhnya memahami apa itu makna cinta dan kasih sayang.

Bukan jalan cerita yang buat abah tertarik dengan karya arahan Shahrul Ezad itu, tapi watak2 yang ada didalamnya. Dan tadi, sewaktu tonton episod akhir itu, abah jadi kasihan pada watak Saerah, yang menjadi mangsa kepada perlakuan diri sendiri, dan juga abah kasihan pada Hawa, seorang ibu yang terpaksa menanti anaknya selama 12 tahun, hanya kerana anak itu sibuk dengan mengejar cita2. Saerah bernasib baik kerana sempat bertemu ibu dihujung nafas sang ibu, dan Hawa juga abah pasti, terubat kerinduannya seketika sebelum nyawa diambil. Sekurang2nya dia puas, anak yg 12 tahun dirindui akhirnya datang disaat2 dia sangat kepingin panggilan mak itu disebut anak kandung sendiri.

Dan melihat watak Nomi lakonan Norkhiriah, abah tabik dengan dia dalam melakonkan watak itu. Itulah watak yang paling mengesankan dihati abah. Nomi, yang punya cinta tulus pada seorang lelaki bernama Jibek. Cinta yang kalau abah tafsirkan, bukan bersandarkan apa-apa. Cuma satu cinta tulus yang lahir dari hati seorang perempuan pada seorang lelaki. Cinta luhur yang sangat sukar untuk ditemui sekarang ini. Airmata Nomi juga mengundang simpati abah pada dia. Dalam ketidaksempurnaan, Nomi masih punya rasa, punya hati - antara kurniaan Allah yang terbesar untuk manusia. Gadis yang sedar keadaan diri itu, demi kasih dalam hatinya, dia tunggu. Tunggu sekiranya janji yang diberi pada dia akan dipenuhi Jibek. Dan alhamdulillah, saat yang ditunggu itu, akhirnya hadir juga untuk dia.

Penghujung cerita agak memuaskan. Dan andai mereka yang menonton dapat mempelajari sesuatu yang baik dari situ, abah rasa Shahrul mesti sudah cukup berpuas hati. Kisah2 di TV, pada abah, bukan sekadar untuk menghiburkan, tapi untuk mengajar sesuatu pada orang yang melihatnya. Dan alhamdulillah, disebalik banyak cerita melayu yang "kosong patinya", abah masih berpeluang menonton cerita2 seperti KCS ini, yang mampu menghantar mesej pada penonton.

Dan satu perkara lagi yang buat KCS ini menarik hati abah, adalah kerana Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain. Dengan lagu tema cerita itu, abah berhenti disini seketika, sebelum epekan akan datang diteruskan. Dengan harapan yang masih tetap sama dihati abah - semoga ada epekan abah yang boleh dijadikan panduan dan kesedaran, insyaAllah.


Muatturun dan lirik disini.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

tu diaa..'otai' blog dh kembali!..hehe.

erm, cite ni mmg sy lyn tiap2 kali dia punye slot..watak nomi tu mmg feveret gak la..sure 'lenguh' + 'letih' otot2 muka norkhiriah memenuhi tuntutan watak dia tu.

ending yg tak dijangka. untuk pertama kalinya jibek ambil keputusan membelakangi umie aida.

arsaili said...

salam abah..terima kasih for kad raya...baru dpt semalam sebab baru balik oz semalam..harap seronok beraya..wah bess dah gi umah uncle j yer....

Anonymous said...

sewajarnya norkhiriah dan benji dihadiahkan award dalam mana2 penganugerahan akan datang

Abah Mui'zz said...

Zem, abah terasa tua la pulak bila Zem psebut otai. ekekeke. Itu la yg abah tabik dgn khiriah tu, berjaya betul bawa watak Nomi tu.

Arsaili, sama2, tapi segan la abah, sebab kad raya ar sampai lebih awal ketangan abah. Seronok juga la beraya dirumah UncleJ yang cantik itu.

Jeff, abah setuju dgn apa yg Jeff kata, walaupun abah rasa susah mereka nak dapat, sebab dua2nya tak popular.

Anonymous said...

yup..betul tu...watak dia org berdua mmg berkesan..sampaikan anak umur 3 thn pun tak tinggal & lupa nak menonton..
lg satu apa yg cuba ditonjolkan mmg penuh bermakna..cinta yg tulus & ikhlas tanpa mengira rupa & keadaan...