Tuesday, October 02, 2007

Cerita tentang puasa dan raya...

Abah ambil sikit masa petang ini untuk menjawab tag yang UncleJ dah kenakan pada abah hari tu. Hehe, malas sebenarnya nak jawab tag ni, tapi sebab soalannya menarik, maka abah jawab jugalah. UncleJ, ini jawapan abah yang abah rasa UncleJ nak tahu (kan?).

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?

Ikhlas cakap, abah tak berapa ingat bila abah mula berpuasa penuh sebulan ramadhan. Rasa-rasa abah, dalam umur belas-belas juga.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?
Nak kata ponteng tu, abah tak pasti. Tapi kalau tak puasa tu, memang pernah. Alasan?? Sebab masa tu agaknya kesedaran abah tentang fadhilat dan keperluan orang Islam berpuasa tidak begitu kuat dalam jiwa.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?
Sejak abah kenal apa itu mercun, rasanya setiap tahun abah main mercun. Bukan setakat mercun, abah dan kawan2 siap buat unggun api lagi tiap2 malam sebelum menjelang 1 Syawal. Orang sibuk bertarawih, kami sibuk bermain bunga api dan mercun. Sekarang ni pun ada juga main skit2, tapi tak lebih dari melayan anak dan anak2 buah bermain bunga api.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Abah takde satu juadah wajib tiap kali berbuka. Apa yang Ummi masak, atau apa yang terhidang, itulah yang abah makan. Tapi tahun ni tiba2 abah tersuka la pulak dengan karipap sardin sorang pakcik yang meniaga di PR Paya Jaras. Hehe, petang ni nak gi beli lagik.

Lagu raya manakah yang anda suka?
Mana2 lagu raya pun abah suka. Terutamanya yang Datuk Siti nyanyi. Ekekekke. Tapi dalam banyak2 yg ada, lagu Balik Kampung tetap menjadi pujaan hati abah, terutamanya waktu mula drive balik kampung.

Tahun ini anda beraya di mana?
Tahun ni sama seperti tahun2 sebelum ini, abah akan beraya dikedua2 buah rumah. Rumah mertua di Kelantan dan rumah ibubapa abah di Terengganu.

Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Alhamdulillah, setakat ni 1 Syawal abah tak pernah diganggu oleh tugas.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Tanya siapa-siapapun, kenangan raya paling manis, adalah semasa beraya sebagai seorang kanak-kanak. Memang sangat manis. Duit raya, mercun, pakai baju baru, berjalan rumah orang makan-makan dan sebagainya. Semuanya indah waktu itu.

Dan satu lagi kenangan manis beraya, ialah sewaktu abah beraya sebagai seorang ketua keluarga. Yang itu tak boleh lupa. Untuk pertama kalinya waktu itu, abah rasa yang abah sudah dewasa.

Epekan tambahan

Tapi untuk Syawal kali ini, abah benar2 berharap agar Syawal dapat beri abah rasa makna sebenar "kembali kepada fitrah" itu. Sebelum ini, rasanya abah gagal mengecapi apa maknanya. Mungkin sebab abah tak berapa faham, atau mungkin sebab abah tak berusaha untuk memahami. Abah nak sangat menyambut Syawal dalam kegembiraan, bukan sekadar kegembiraan berjumpa saudara mara, tapi kegembiraan diberi peluang merasai manisnya diri ini dapat kembali kepada fitrah.

Dan rasanya, untuk kembali kepada fitrah pada 1 Syawal nanti insyaAllah, Allah berikan abah peluang sekali lagi tahun ini, untuk berusaha mencari Lailatul Qadar, malam yang dinanti2 oleh mereka yang tahu apa maknanya lailatul qadar itu.

Semoga abah, dan anda semua, dapat diberi kesihatan tubuh badan, dan kelapangan masa, untuk sama2 mengimarahkan sepuluh malam terakhir ramadhan tahun ini. Moga2 kita akan diketemukan dgn LQ, insyaAllah.

Dan sedikit input dari tazkirah malam tadi - kita dalam beribadat dan berbuat kebaikan, perlu ada 3 syarat utama yang perlu dipenuhi, supaya ibadat dan kebaikan kita itu diterima Allah dan diberi ganjaran sebaiknya.

Syarat 1 - kita mestilah beriman yang sebenar-benarnya beriman.
Syarat 2 - ibadah dan perbuatan baik itu, dilakukan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t.
Syarat 3 - perbuatan ibadah itu mestilah mengikut hukum dan tertib yang telah ditetapkan.

Setakat itu saja untuk hari ini, jumpa lagi insyaAllah dilain kali.

p/s: Untuk Muzem, terima kasih atas kad raya yang dikirim. Abah sangat menghargai doa dan ingatan Muzem pada abah sekeluarga.

6 comments:

Jamal Abd Rahman said...

wah..abah ni peminat siti jugak rupanya....ingatkan minat raihan jer...ekeke...

Anonymous said...

No worries, bah :)

p/s: errm, bah.. ramlah ram tak buat lagu raye ke thn ni? :p

Salam Ramadhan.
Salam Raye (*in advance!).

Abah Mui'zz said...

UncleJ, sikit pembetulan. Abah tak minat Siti, abah cuma minat lagu-lagu Siti. :-) Dan abah juga bukanlah peminat Raihan. Abah lebih selesa dengan Hijjaz.

Zem, mohon ampun. Abah dah lama tak berapa tahu perkembangan Ramlah Ram. Walaupun masih dengar lagi lagu raya Ramlah yang sedap itu. Hehehehe.

Anonymous said...

...keep the Ramlah's CDs nicely ekk Abahmuizz, jgn 'burn' udah ekekeekek

Anonymous said...

best jawapan2 kat tag tu .. hehehe

Abah Mui'zz said...

bang long, CD tu alhamdulillah masih belum terbakar. :-)

Jeff, itu jawapan yang lahir dari hati.