Friday, January 19, 2007

Cerita tentang sekolah...

Rabu malam hari tu, abah kebetulan menonton TV, dan pada masa tu TV3 sedang udarakan rancangan Sebalik Malam, dengan hos Juragan dan Puteri yang abah pun tak pasti kenapa perlu dipanggil juragan dan puteri. Tak kisahlah yang itu, sebab abah tertarik dengan kisah yang dibicarakan saja. Kisahnya tentang asrama. Dan ada 3 perkara yang dikaitkan dengan asrama iaitu gejala buli, histeria dan kelakuan sumbang.

Walaupun abah cuma duduk asrama waktu dah masuk matrikulasi, tapi dari cerita kawan2 abah, apa yang dipaparkan dalam Sebalik Malam itu memang betul. Memang jadi satu kebiasaan kes-kes buli berlaku disekolah. Dimatrikulasi tempat abah belajar dulupun ada kes-kes buli, cuma tidak la teruk sangat. Alhamdulillah, setakat abah di asrama, Allah pelihara abah dari mengalami keadaan dibuli.

Kes kena paksa basuh baju senior, kena pukul dengan senior, kena lecture berjam2 dengan senior, dan yang paling teruk, kes buli yang melibatkan perlakuan seksual. Tak ada satupun kes buli itu baik hasilnya. Semuanya buruk. Kalau ada yang baik pun, bila ada orang yang pernah kena buli, tidak akan lakukan perkara yg sama pada orang lain, sebab dia tahu apa rasanya bila dibuli. Tapi susah nak jumpa yg itu, yang selalu kita jumpa, kebanyakan yang membuli itu sebabnya adalah kerana dia pernah kena buli. Bermula mungkin untuk balas dendam sebab dia pernah kena, hinggalah pada, perbuatan buli itu datangkan satu rasa keseronokan pada dia. Ada kes sehingga meninggal pun ada. Nauzubillah.

Siapa yang tukang bulinya? Anak-anak dan adik2 kita. Siapa yang kena buli? Anak-anak dan adik2 kita juga. Kita tahu ke depa tu membuli dan dibuli? Ada yang tahu dan ada yang tak tahu, dan ada juga yang "ah, malaslah nak ambik tahu". Kalau kita tahu, alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita ambil berat tentang persekolahan dan kehidupan anak dan adik kita diasrama. Kalau kita tak tahu, abah sarankan rajin2 lah kita ambik tahu. Bak satu pengakuan dalam Sebalik Malam itu, "Saya selalu kena buli diasrama, tapi dengan keluarga, saya berpura2 yang kehidupan saya diasrama sangat baik dan saya gembira, sedangkan saya rasa macam sampah bila saya berada diasrama". Anak atau adik tak cerita bukan bermaksud tak ada masalah, cuma mungkin dia segan nak bercerita. Yalah, siapalah nak balik rumah cerita kat ayah atau ibu, yang dia kena liwat disekolah. Jarang sangat yang berani. Itu kalau dia yang kena, kalau dia yang mengenakan orang, jauh sekali la kan nak bercerita kat family.

Kenapa abah mengepek ttg ni pulak hari ni ya? Sebabnya satu saja: abah nak kita semua yang ada anak dan adik disekolah berasrama supaya lebih mengambil tahu akan keadaan depa disekolah dan asrama. Kalaulah kita tahu dia dibuli, ambil lah langkah2 yang patut, dan kalau kita tahu dia pembuli, ambil jugalah langkah2 yang patut. Jangan harapkan pada pihak sekolah dan warden asrama juga.

Kenapa penting untuk diambil tahu? Sebab apa yang terjadi hari ini, akan menghantui mereka juga sampai mereka dewasa. Ambil satu kes sajalah: kes liwat disekolah. Lazimnya berlaku disekolah berasrama lelaki. Kalau anda kebetulan kenal dengan orang yg pernah diliwat disekolah, cubalah tanya, samada dia dah lupakan peristiwa itu atau belum. Abah yakin 90% daripada mereka masih tetap ingat. Malahan ada yang trauma pun. Dan ramai juga dari mangsa-mangsa itu akhirnya bertukar menjadi orang yang sukakan hubungan sesama jenis. Kerana apa? Seks. Siapalah yang akan kata seks itu tidak menyeronokkan. Semua orang akan kata ia best. Maaf cakap.

Kali pertama diliwat disekolah, mungkin dia akan rasa sangat sedih, marah, geram, kecewa dan sebagainya. Tapi kalaulah peristiwa itu berulang kali berlaku, abah fikir, perasaan kecewa, marah, geram, sedih semua itu akan bertukar jadi satu keseronokan. Dan hasilnya, bermula dengan dipaksa, mereka akhirnya akan secara sukarela memperlakukan perkara yang sama. Paling malang, ia akan terbawa-bawa walaupun dah berbelas tahun tinggalkan alam persekolahan. Hatta dah kahwin pun masih belum boleh tinggalkan perkara itu.

Memang la orang akan kata, "Ler, dah besar, dah reti berpikir, buat apa nak buat benda tu lagi. Tak yah la buat". Cakap cam biasalah kan, memang senang. Tapi pada yang mengalaminya, abah tak rasa sesenang itu mereka boleh selesaikan masalah dalam diri mereka itu. Sebab itulah kita selalu baca dalam suratkhabar daripada mangsa-mangsa rogol yang menceritakan takutnya mereka bila bakal suami tahu yg mereka pernah dirogol. Sebab benda itu bawa trauma pada depa. Akan teringat2 sampai bila2. Cuma bezanya kes rogol ni, depa takkan rogol orang lain pulak sebab nak balas dendam.

Cukuplah dulu, meleret la pulak.

Ingatan abah untuk anda, dan diri abah juga. Kalau kita ada anak2 dan adik2 diasrama, ambil tahu la sikit apa yg berlaku, dan buatlah apa saja supaya kes2 yang kita tak ingini takkan terjadi. Yang penting didik mereka sebaiknya. Pihak sekolah pun, kena lebih rajin memantau dan mengambil tindakan. Skrg bukan zaman tutup mata dan telinga saja hanya semata2 sebab kes2 sebegitu tidak penting berbanding pencapaian akademik.

Oklah, abah ada meeting kejap lagi. Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.

Selamat berehat dihujung minggu nanti. Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah. Abah doakan moga tahun hijrah yang baru ini, kita semua akan lebih berjaya mendekatkan diri pada Allah, lebih tawadhuk dan lebih istiqamah dalam apa jua yang kita buat, moga Allah kan sentiasa memberkati hidup kita, moga juga kebahagiaan yang kita sering idamkan itu akan dihamparkan Allah pada diri kita, insyaAllah.


Send this eCard !

3 comments:

Anonymous said...

Apa yg abah cakapkan tue mmg betul..Alhamdullilah saya tak ada mengalami peristiwa2 tu w/pun kawan baik ada yg kena..

Anonymous said...

Pernah kene buli mase form 1 dulu, orientasi week. Kene menyanyi setiap kali nak amik sign dr setiap senior everyday sampai seminggu. At last, takde suara nak bercakap sebab seminggu dok nyanyi lagu yg sama, setiap hari sampai demam! :p

Anonymous said...

ala kalau setakat kene nyanyi tu takde hal ler, tambahan kene brkokok waktu subuh,biasa la tuh... bang long memang product sek. asrama penuh, minggu orientasi tu dah kemestian walaupun di Uni. Bagi bang long semua itu adalah Kenangan Terindah bang long masa bebudak hingga remaja yg takkan dapat dirasai lagi sekali...kalau bulih di putarkan waktu ke belakang nak balik masuk form 1, form 6 & masuk Uni...
actually bebudak yg kene buli ni selalunyelah bebudak yg degil n poyo kata org skrg,kalu bebudak yg baik n ikut kata tu suma selamat, kadang tu ikatan persahabatan melewati ikatan persaudaraan sehingga sekarang nih...itu xprience bang long lah, org lain bang long tatau...
...tentang kena liwat bagai tu rasanya kejadian2 tu very remote & bukan berleluasa...