Abah sedang tunggu flight ke KL. Sambil-sambil tunggu, abah lepak kat KFC di airport KK ni dan cuba nak mengepek sikit. Bukan mengepek apa pun, nak bercerita sikit tentang apa yg berlaku sepanjang 4 hari abah di Sandakan, KK dan Tawau.
Alhamdulillah semua OK. Sandakan hujan macam yang dilaporkan dalam akhbar dan berita. Abah sempat juga pekena Bakso yang memang dah lama abah rindu. Hehe. Terima kasih Su sebab belanja abah makan bakso. Abah juga sempat makan di Sim-sim. Cuma tak sempat nak pekena Soto Makasar. Takpe, insyaAllah ada masa lagi nanti, abah akan datang lagi dan pekena soto pulak. Cuma yang agak sedih sikit, abah sempat juga lihat tempat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang yang mengorbankan 2 orang pelajar sekolah di Sandakan hari tu. Banyak pun sebenarnya kejadian tanah runtuh di Sandakan semenjak hujan tidak berhenti-henti. Keadaan jalan pun agak banyak yang rosak dan berlubang-lubang.
Jadual agak ketat di Sandakan. Sampai disana pun dah petang. Perancangan nak ke rumah Irman terbantut, sebab hujan dan sebab dah lewat sangat. Tugasan pun sempat 80% saja abah laksanakan pada hari sabtu sebab nak 'kejar' flight ke Tawau. Tugasan yang selebihnya 20% tu abah serahkan pada rakan di Sandakan untuk diselesaikan.
Flight ke Tawau tak ada yang terus, jadi, abah terpaksa ke KK dulu. Memandangkan abah ada masa 5 jam untuk menunggu flight ke Tawau, abah call kawan abah di KK. Alhamdulillah, dia free sikit masa itu.Jadi, sempat jugalah pergi makan, dan ronda2 Pasar Filipina di KK. Kalau duduk lama sikit, mesti lagi seronok, sebab KK agak mengujakan abah. InsyaAllah ada rezeki nanti, abah nak bawak Ummi dan Muizz ke KK. Abah nak juga bawak depa ke Kinabalu.Moga2 Allah beri kelapangan dan kemurahan rezeki untuk kami ke KK nanti.
Flight ke Tawau delay hari tu, jadi, abah tiba lewat jugalah di sana. Sampai Tawau, abah daftar ke hotel, dan terus lena. Penat bah! Hari Ahad, abah ke pejabat disini utk laksanakan tugas abah. Alhamdulillah, pukul 3 dah siap apa yg perlu dibuat. Sempat abah jalan-jalan Bandar Tawau dengan kawan pejabat yang baru abah kenal.
Kalau nak tanya abah Tawau macamana, abah kata, OKlah. Bandar tak lah besar sangat. Tenang macam Sandakan juga. Yang paling menarik hati – Kepak Ayam Lelek. Mak aih…sedap hingga menjilat jari. Makanan lain tak sempat abah cuba lagi. InsyaAllah lain kali kalau datang abah akan cuba makanan yang lain. Hotel di Tawau pun OK, alhamdulillah. Satu yang best, hotel tu betul-betul bersebelahan dengan masjid. Dan abah perhatikan, orang Tawau ni bagus bila tiba waktu azan. Ramai yang bergegas kemasjid itu, walaupun ramai juga lagi yang asyik dgn urusan masing-masing. Tapi bagus lah. Orangnya pun ramah-ramah, tapi sebab abah ni jenis tidak berapa ramah, so, tak adalah nak bersembang banyak sangat.
Bercakap tentang Tawau, teringat pada rakan sebilik abah waktu abah mula-mula masuk matrik tahun 91 dahulu. Rakan sebilik abah itu senior matrik, dan orang Tawau. Bila terpandang papan arah ke Kuhara, teringat kat dia. Halimuddin namanya. Entah dimana dia sekarang. Teringin juga nak jumpa, sebab dah lama sungguh abah tak jumpa dia. Entah di semenanjung ataupun balik ke Sabah. Baik orangnya, dan abah tak boleh lupakan dia sebab dialah satu-satunya rakan sebilik abah yang hampir saban malam menangis disejadah. Dia menangis sambil berdoa pada Allah. Dan abah pun kadang turut sama bergenang air mata tiap kali dengar dia menangis selepas solat malam. Dan sebab itu juga, abah dulu rajin sikit buat apa yg dia buat, cuma lepas tamat belajar saja, abah jadi liat semula. Moga Allah kembalikan sikap yg baik itu pada abah. Apapun, abah doakan moga rakan abah ini akan senantiasa dalam rahmat Allah dan semoga hidup dia sebahagia yang diingininya.
Oklah dulu, nanti abah sambung lagi. Dah ada pengumuman suruh masuk sebab flight abah akan berlepas setengah jam lagi. Tak sabar nak jumpa Ummi dan Muizz. Rindu bah! Hehehe.
Salam dari KK,
Abah, 15 Jan 06, 5pm.

3 comments:
sempat juga bercerita sementara tunggu flight ta abah hehehe.
Seronok dengar cerita abah pasal KK, Sandakan dan Tawau ni, rasanya hendak juga Am berjalan-jalan ke sana.
Am, abah tak tahu nak buat apa masa tunggu flight tu, kebetulan ada laptop, terus je le abah menaip. Hehe.
Am, kalau Am nak ke Sabah, abah sarankan ke KK dulu. Dan kalau ke KK, kena cuba naik kereta travel ke bandar2 kecil lain. Am mesti akan enjoy perjalanan tu nanti. InsyaAllah murah rezeki Am nanti, adalah tu kesana.
Lupa nak cakap, semalam masa naik flight, subhanallah, cantik sangat awan dan langit. Abah nak ambik gambar nak bagi kat Am, tapi lupa bawak kamera. :-(
hehe, nape nama kepak ayam lelek.. llek tu ape
Post a Comment