Monday, January 29, 2007

Cerita tentang adik...

Satu ketika yang tak berapa lama dulu, abah rajin jugalah mencari2 lagu-lagu lama kesukaan abah dalam Internet. Dalam mencari-cari tu terjumpalah satu lagu arwah Sudirman yang abah pernah suka dengar waktu kecik-kecik dulu. Abah letak je kat blog abah ni, nak kongsi ngan anda. Nak tujukan kat adik perempuan pun tak boleh, sebab adik perempuan abah dah berkeluarga, bukan sekolah lagi.




Pesan Abang

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan Perhatian
Dengan Sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada Yang Esa

Bila adik dah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan Untuk Selamanya
Dihati sematkan pesanan
Ingat Abang tetap sayang...


Bercakap tentang adik ni, semalam ada seorang kawan yang abah anggap macam adik sendiri, hantar sms pada abah, katanya, dia mintak maaf sebab lama tak contact abah. Dan kalau contact pun, waktu dia ada kesulitan hidup. Pada abah, tak contact tak bermakna sudah lupa. Dan itu yg abah bagitahu dia. Walaupun tak contact, tapi selagi ingatan dia pada abah ada, itu sudah memadai. Sekurang-kurangnya, disatu ketika nanti kalau berjumpa, dia masih tahu siapa abah. Dan sebab balasan sms abah itu jugalah, dan mungkin juga sebab masalah yg dia hadapi, 45 minit juga kami bersembang ditelefon pagi semalam. Kalau Din sempat baca blog abah ni, abah harap segalanya akan baik untuk Din. Hidup manusia tak akan lepas lari dari cabaran dan dugaan. Yang penting, hadapi cabaran itu, supaya kita kan boleh terus melangkah kearah destinasi hidup yang lebih baik, insyaAllah.

1 comment:

kujie said...

Betul la tu, tak ingat bkn tanda dah lupa...:p
Kadang² kesibukan harian menuntut byk waktu apalagi kalau dah berkeluarga..utk diri sendiri, keluarga sendiri, ipar duai, mertua, adik beradik...pejam celik pejam celik dah abis 24jam untuk sehari..esok berulang lagi rutin yg sama....