Tuesday, January 23, 2007

Cerita tentang akhbar...

Hari ni tak nak mengepek banyak-banyak, sebab kebelakangan ni, abah rasa abah dah terlebih mengepek. Tak tahu kenapa, sekarang ni macam senang je nak mengepek. Sindrom yang sama pernah abah hidapi sekitar tahun 2001 dahulu. Harap-harp tak lama la, sebab abah tak suka sebenarnya abah jadi kaki mengepek. Takut nanti Ummi panggil abah pak nenek lak nanti, haru.

Hari ni nak sentuh sikit tentang akhbar. Tentang bagaimana akhbar ni kadang-kadang paparkan berita yang tak berapa penting untuk dipaparkanpun. Contohnya semalam la, Berita Harian letak gambar Adibah Noor besar-besar kat muka depan. Hanya kerana Adibah Noor menang. Memang Adibah Noor menang, tapi realitinya bukan dia seorang saja yang menang, orang lain yang gubah lagu tu pun menang juga. Abah tak la nak pertikaikan yang itu, sebab hari ni dalam BH juga, dah ada orang pertikaikan BH ttg cerita kemenangan Adibah. Cuma abah fikir, boleh nak 'cover' cerita tu, tapi tak perlu la letak muka depan. Menang AJL tak ada apa sangat pun. Itu kata abah la kan, orang lain abah tak tahu.

Dan tadi waktu makan tengahari dengan Yun, terkeluar juga soalan yang abah dok tertanya-tanya tentang keperluan akhbar Mingguan Malaysia menyediakan ruangan Lelaki Pilihan(ke apa ntah namanya) dalam Pancaindera. Abah tanya Yun, dan abah dapat jawapan yang sama. Kalau anda peminat Mingguan Malaysia, pasti akan perasan satu kolum yang selalu tunjuk orang-orang lelaki dan kisah mereka. Abah tak nampak apa relevannya ruangan tu diadakan. Nak kata mereka itu orang-orang yang cemerlang dan boleh dijadikan contoh, tak juga. Sebab kalau ya mereka cemerlang, takdelah foto tak pakai baju yang dipaparkan. Kalau kolum Dicelah-celah Kehidupan itu, abah boleh faham apa sebab ianya diwujudkan. DCCK tu bagus untuk kongsi pengalaman hidup orang lain dgn pembaca, agar pembaca dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman orang lain. Apapun, orang-orang di Utusan sajalah yang tahu apa sebabnya. Cuma abah je tak boleh nak fikir alasan logik ttg ruangan yang pada abah pelik itu.

Sebab itulah agaknya, abah lagi senang membaca akhbar percuma macam The Sun, yang abah fikir isi kandungan mereka lebih bagus untuk dibaca. Bercakap tentang The Sun ni, nak petik sikit kata Dr. Yap Sin Tian, Presiden Dong Zong. Katanya, angka graduan bumiputera menganggur yang tinggi iaitu hampir 94% berbanding 1.73% untuk graduan berbangsa Cina menunjukkan bahawa polisi kerajaan yang membantu hanya satu kaum sahaja gagal. Maksudnya, usaha kerajaan membantu kaum bumiputera dengan pelbagai skim, sebenarnya tidak berjaya, kerana dengan pelbagai bantuan pun, ramai yg menganggur. Mungkin betul juga apa yang dikata, walaupun faktor yg mendorong kepada pengangguran ini pelbagai lagi. Mungkin dengan bantuan yang diberi, kita tak perlu bekerja keras sangat. Dan sebab tak perlu bekerja keras itulah, bila tiba masa nak mintak kerja dan terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang lebih bekerja keras, kita kalah. Mungkin. Abah tak kata ini saja alasannya, banyak lagi, tapi dari pandangan abah, ada betulnya juga alasan bantuan kerajaan ni jadi satu sebab.

P/S: Teringat-ingat kata-kata Kak Rubiah dalam CINTA - "Kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah yang paling susah untuk disayangi."

2 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn abah pasal paper ni. Sekarang ni hiburannya dah terlebih2 sangat la. Gossip jgn ckp la.. asyik nak buat cerita manjang... tak habis2 nak tambah dosa.. Sbb tu la teman dah lama tak beli paper. Baca kat web je cukup. Pas tu tengok buletin utama.. InsyaAllah tak ketinggalan pasal cerita2 yg berlaku kat mesia mahupun dunia. Satu lagi teman tak berkenan dgn melodi tv3 tu.. mcm saja nak laga2 kan org.. pas tu buat cerita macam2.. iskk.. kalau dulu teman la "hantu" pancaindera, bintang popular, melodi.. ALhamdulillah sekarang ni dah tak lagi..

Anonymous said...

Abahmuizz, memang kerjaya abah mengepek kan...so be it!! cikgu, pensyarah, reporter, juruacara, juruhebah, dj,bloggers,novelis dan yg sewaktu dgnnye smua di kira kerjaya mengepek...hanya epekkan mereka tu lain2.
Tujuan reporter MM tarok 'lelaki pilihan' tu adalah utk mempromosikan lelaki tersebut bukan utk dijadikan contoh,mana tahu kut2 ada producer film nak amek mereka acting ke jadik model ke...untung nasib jadik gigolo ke...kalau nak baca lelaki pilihan utk di buat contoh bace BH setiap sabtu, baru betui

kita juga harus ingat bahawa tahap keintelektual masyarakat M'sia maseh rendah, so mana yg udah rasa tahap mereka udah tinggi2 tinggaikan aje MM tu, usah nonton melodi tu... hah bace jelah paper The Edge, nonton je rancangan The Animal Planet, National Geographic...abeh ceghiter

Tentang pengganguran pula, mana graduan cina tak ramai yg nganggur sebab nengoklah disekeliling kita apa je kedai,gedung kecik ke beso ke suma cina yg punya so deme ni senang dapat kija, deme nak amek melayu hah usah harap, walaupun deme berkebolehan...gamaknye kalu gomen idak nolong melayu udah lame org melayu ni lingkup,so elok lah ditolong terus2an...

p/s "kdg2 org yg paling kita syglah yg plg susah utk dsygi" ...betui ka?? rasanye tak susah utk menyayangi Allah,nabi Muhammad saw,ibubapa, isteri or suami or anak2 ...yg susah tu ialah pd org yg bercinta bagai nak rak, bila bercinta dan sayang mereka tend to kongkong org itu utk mereka saja,lepas tu mulalah episod susah utk disayangi itu...ntah...betui ke pun analisis bang long ni...hehe