Perjalanan hidup ini sangat panjang
Bagaikan kembara yang tiada hujungnya
Di sini ku berdiri di persimpangan
Jauh pandangan yang kini ku renung...
Bagaikan kembara yang tiada hujungnya
Di sini ku berdiri di persimpangan
Jauh pandangan yang kini ku renung...
Pernah berada dipersimpangan? Maksud abah bukan persimpangan jalan, tapi persimpangan dalam hidup. Berdiri disimpang, antara nak memilih jalan mana yang perlu diikut. Jalan ini ke atau jalan itu. Abah selalu berada di persimpangan hidup ni. Kadang mudah abah pilih jalan mana nak dituju, kadang sukar juga. Dan abah rasa anda pun sama.
Banyak perkara yang kita buat dalam hidup ini sebenarnya terjadi apabila kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana kita nak tempuh. Dan dalam memilih jalan mana ni, ada orang yang pilih jalan mudah, dan ada juga yang pilih jalan susah.
Hehe, kenapa tetiba mengepek bab simpang ni? Sebabnya sehari dua ni, abah terserempak dengan beberapa kawan yang ada dipersimpangan. Depa tak tahu nak pilih jalan mana. Depa tahu hidup perlu diteruskan, tapi tak tahu samada simpang mana yang baik untuk depa teruskan. Dan ada juga takut nak pilih mana2 simpang. Dan selama dia takut itu, selama itulah dia tidak akan berganjak kemana-mana.
Macamana nak tahu simpang mana yang baik untuk kita? No one can tell. Prinsip abah simple saja, kita tahu setiap jalan yang kita pilih, cuma kita tak tahu apa ada dipenghujung jalan itu. Cara terbaik dan selalu abah buat: timbangkan baik buruk yang datang kefikiran kita atas setiap pilihan jalan yg kita ada. Pilih jalan yg mana kebaikannya lebih. Dan kena yakin atas pilihan kita. Andai kata ada benda yg tidak baik berlaku sepanjang kita berjalan dijalan tersebut, kita kena redha dan terima.
Macam Ayong baru ni, tak tahu nak pilih mana. JPA offer buat medic, Petronas offer buat Chemical Engine. Dua-dua kat oversea. Dua2 nampak menarik pada dia, tapi at the end, lepas approach Ummi dan abah, she made her mind - PETRONAS. Alhamdulillah, dia boleh buat keputusan, yang abah doakan adalah yang terbaik untuk Ayong. Dan abah harap kalaupun nanti ada cabaran yg timbul, Ayong akan terima dan hadapi dengan baik.
Semalam juga ada kawan abah tanya, "What should I do?". Tinggalkan pasangannya, atau kekal hidup bersama? Dan abah cakap benda yang sama juga. Fikirkan kebaikan dan keburukan setiap pilihan yang ada. Buat keputusan, dan tetapkan hati pada keputusan yang dipilih. Kalau tak tahu sangat nak pilih mana, Allah sentiasa ada untuk kita. 'Tanya'lah Allah, insyaAllah, Dia akan beri petunjuk, kalau kita bersungguh2 mohon.
Dan bercakap tentang jalan dan persimpangan ni, abah tertarik dengan satu lukisan karya Vanessa Jones. Anda nilaikan sendiri apa maksudnya. Tajuk lukisannya: Only One Way Through.
4 comments:
cukup mendalam makna yang tersirat yang mahu dikongsi oleh pelukisnya.. mampu membuat peminat lukisan begitu teruja untuk memahaminya...
begitulah nilai seni sesebuah lukisan, ia perlu difahami bukan sekadar dilihat....
idup kita ini memang sentiasa perlu kita buat keputusan dalam persimpangan, kadang kala bab makan pun kita dalam persimpangan, nak itu dan ini, bagi Am kita perlu berbangga denga apa yang kita pilih dan teruskan dengan apa yang kita pilih bukan menyesal pada apa yang kita pilih
Abi, suka makan di restoran tepi simpang... hahaha
abiumar, jgn suka mkn di restoran2 tepi simpang, skrg ni byk kemalangan spt bas express, lori terbabas... baru ni bas terbabas langgar orang kat pondok bas di jln ampang...hehehe
Post a Comment