Wednesday, May 17, 2006

Cerita...entah tak tahu cerita apa.

Sejak dua menjak ni abah banyak kerja sikit. Tapi dalam banyak kerja sempat juga mengemaskini blog pagi ni.

Tak ada apa pun nak cerita, sebab abah macam ketandusan idea langsung, atau juga kemahiran mengepek abah dah makin lusuh.


Hujung minggu lepas, sempena cuti umum, abah sekeluarga balik Paka. Hajatnya sebab nak jumpa ayah, sebab ayah patut berangkat ke Tanah Suci pada 14 Mei. Tup tup tak jadi, sebab kena tunda ke bulan 6 pulak. Tapi tak apalah, sebab memang dah lama tak balik pun. Jumpa mak ayah dan adik beradik tu yang penting, walau tak semua adik beradik dapat abah jumpa. Dan kebetulan 14 Mei tu hari ibu, so, raikanlah sikit untuk mak yang dah selama ni banyak berkorban untuk kami.

Walaupun hal2 keraian hari2 macam itu bukan amalan keluarga abah, tapi kali ni, bila ada kesempatan, abah raikan juga. Ini semua atas idea Ummi juga. Dan alhamdulillah, mak nampak gembira juga bila Muizz berikan bunga, dan abah belikan kek untuk mak. InsyaAllah, abah akan jadikan benda-benda macam ini satu tradisi keluarga.

Bercakap tentang keraian keluarga ni, abah kadang seronok dengar kawan-kawan cerita yang depa selalu berkumpul ramai-ramai satu family, raikan hari lahir ahli keluarga, atau sekadar jumpa makan-makan. Seronok sebab abah fikir, itu perkara yang baik dan menggembirakan. Tetapi perkara-perkara itu tidak berlaku dalam keluarga abah.

Dan itu bukan silap sesiapa, dan abah tidak salahkan sesiapa atau apa2. Kami mungkin sudah terbiasa dengan keadaan macam itu. InsyaAllah, mana yang boleh abah perelokkan, akan abah cuba, itupun dengan bantuan Ummi.

Dan untuk keluarga abah sendiri, insyaAllah, abah akan jadikan keraian keluarga satu kemestian, walaupun ada ketikanya, kami tak celebrate juga sesetengah perkara.


Oklah, cukup epekan hari ni. Eh, abah mengepek ke tadi??? Oh my.

Ini ada sikit gambar yg abah ambik masa pergi berkelah ngan mak dan keluarga kakak abah di Pantai Teluk Bidara, Dungun. Abah tak pernah tahu ada tempat secantik itu dikawasan tempat tinggal abah. It is a very nice place. 2 jam juga abah habiskan masa kat situ. Main air.

Ok, nanti kita jumpa lagi. Chowww.

Eh, kejap. Abah nak petik sikit lirik lagu siti yang abah suka dengan ayat2nya.

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Bisakah Hatiku Difahami...

1 comment:

abiumar said...

Assalamualaikum...

Nant bolehlah ajak abi sekeluarga mandi manda kat sana yer... lawa nampak tempat tu.. suka tengok batu batan tu...

Elok sangatlah tu... amalkan balik kg dan bertemu ahli keluarga... perjumpaan.

Abi ni, tak terasa sa gat ahri ibu... sebab hampir setiap minggu ada kat kampung hehe kalau tak tgk muka mak resah haha... mungkin sebab lama snagat tinggalkan mak.. dari belajo hingga kerja dulu lagi.. jauh plak tu.

Maaf panjang berjela...