Tuesday, May 02, 2006

Cerita tentang cuti...

Lama betul rasa tak menulis kat blog, padahal baru beberapa hari. Sebabnya - malas nak menulis. hehe. Bukan malas nak menulis saja lah rasanya, malas dalam banyak benda. Nak buat kerja ofis pun malas, kerja rumah pun malas, aduihhh, entah virus apa la yang dah melekat kat abah sekarang ni.

Nak masuk kerja hari ni pun malas, hehehe. Agaknya sebab dah lama sangat 'berehat' kat Sandakan hari tu, tu yang jadi malas tuh.

Tapi dalam malas pun, abah nak bercerita juga. Cerita apa ya? Oh, cerita tentang pengalaman abah dileteri oleh seorang pakcik di lapangan terbang sandakan. Abah sampai lewat sikit kat airport, dan orang terakhir yang check-in. Oklah part tu, tapi yang tak bestnya, abah ada la beli sikit ikan2 segar kat pasar Sandakan tu, letak la dalam kotak polisterin, bila nak masuk luggage, dia tak bagi, sebabnya, tak isi kotak polisterin tu dalam kotak kertas. Aduihhhhh.

Entah macamana datang la seorang staff MAS, Hj. Daud namanya. Datang-datang terus bagi lecture kat abah. "Awak ni dah la check-in lambat, bawak makanan laut macam ini pulak", tong tang tong tang, adalah dalam 3-4 minit juga abah kena lecture. Sabar je lah hati, dah la takleh nak bawak balik ikan2 tu, kena lecture pulak. Last2 abah call kawan kat opis sandakan, mintak depa ambik ikan2 tu. Hehehe, takde rezeki abah. Takde rezeki ok lagi, tang kena lecture tu yang tak best sikit.

Dah la masa dalam flight transit ke KK tu abah minta air kosong, haram(maaf cakap) dia tak bagi, padahal dia dah angguk dah masa abah mintak tu. Pramugara agaknya, jenis care-less sikit pada passenger. Kalau pramugari atau pramugari lelaki tu, depa bagus sikit, sebab sensitif pada keperluan penumpang. Nasib baik la flight dari KK ke KL pramugari yang layan, so, dapat la abah minum air kosong sampai 3 cawan.

Balik dari Sandakan, abah bercuti 2 hari, dan kebetulan sebab weekend dan cuti hari pekerja, 5 hari jugalah abah cuti. Time itulah settelkan apa yang patut. Berjalan mana yang perlu, hehe, sebabnya sebulan abah tak bawak ummi ngan muizz jalan2, so, dah balik ni, kena la bawak berjalan, itu yang berjalan sampai ke Kuala Pilah tu. Sabtu kami ke Makro Shah Alam, cari hadiah untuk ofismate abah yang nak kawin. Ahad kami ke Seri Serdang dan Kuala Pilah, kenduri kawin ofismate abah dan juga ofismate Ummi. Masa kat KP tu, ingat nak beli buah naga, sekali dah habis, aduihhhh, kesian ummi, tak merasa la juga buah naga Ulu Bendul tu. Tapi sebab nak makan sangat agaknya, Ummi siap beli pokok naga tu suruh abah tanam. Hehehe, insyaAllah Ummi, akan abah tanam, dan kalau ada rezeki, lagi 5 bulan boleh la makan buah naga hasil tanam sendiri.

Balik dari KP, sempat lagi Ummi suruh singgah Nilai 3, tapi seperti biasa la kan, nama je nak singgah kejap, tapi dalam sekejap itupun, sempat lagi Ummi beli kain untuk baju raya nanti. Muizz lagilah, nampak kedai barang mainan, terus tarik tangan abah, last2 abah beli la bola kecik kat dia, RM2. Cukup la abang, abah pun tengah kering. Yang paling dia seronok, dapat ambik gambar ngan Ultraman. Hehe, kalau sempat, nanti abah letak gambar tu kat sini.

Oklah, cukuplah abah melalut, kerja...kerja..banyak lagi tak siap ni. Kang lusa nak bercuti lagi, aduihhhhhh...

4 comments:

Anonymous said...

...virus m yg menyerang manusia nih memang selalu membuat bos2 ngeri nak bagi staff coti lama2...productivity kureng skit selepas tuh, sepatutnye vice versa...

abiumar said...

Assalamualaikum....

Selamat bercuti untuk Abah, Ummi da Muizz.... Semoga selamat pergi dan balik dan semuanya dalam keredhaan Allah. Untuk abah... cutu tu cutilah betul-betul jangan ingat kerja, kerja, kerja.... Masa untuk keluarga.... Tinggalkan LapTop sekejap... Hehehe

Abah Mui'zz said...

Waalaikumsalam Abi,

Terima kasih. Tak boleh la Abi, abah kena bawa juga laptop tu, sebabnya ada banyak kerja. Hehe, abah pun dah cakap kat Ummi, dan alhamdulillah, Ummi kata OK.

Beginilah abi kalau makan gaji, nak bercuti pun kena kerja juga. hehehe.

YuN said...

abah...boss cari ko...tanya pasal module. hehehe...jgn pening aahh...berehat ler kat sandakan tu. buat apa la nak bawak notebook tu. takde maknaaaanyaaa