Monday, May 29, 2006

Cerita tentang salah cakap...

Pagi ni boring sikit rasa, sebabnya, depa dok buat construction kat jalan nak ke Tol Plaza Sungai Buloh, hasilnya: abah sampai ofis pukul 8.15. Itupun abah lalu Jalan Kuching. Dengar kata Sami Vellu, 4 bulan juga kerja-kerja construction tu. Habis la abah kalau 4 bulan. Kena naik komuter semula la nampak gayanya.

Dan sampai je diopis, terserempak dengan adik yang agak baik dengan abah. Dan agak terkejut juga sebab dia tak tegur abah, walaupun mata dia pandang tepat kearah abah. Senyum pun tidak, bukan seperti yg selalu dia buat. Sebabnya, minggu lepas abah tersilap cakap masa dia call. Dia call nak bercerita, tapi abah sibuk dok bagi nasihat, kononnya. Satu ayat yang abah takleh lupa dia kata, "Saya ingat abang tak macam orang lain, tapi abang rupanya sama juga macam orang lain, yang senang pandang serong walaupun tak nampak bukti depan mata". Aduihhhhh, susah juga macam ini.

Nantilah, abah call minta maaf, sebab abah rasa abah memang salah hari tu. Abah cuba nak jadi kawan yang baik, tapi kadangkala abah tersasar cakap juga.

Kejap lagi ada perhimpunan staff pulak. Nasib baik la pagi ni takde sesi menyanyi lagu Negaraku depan tiang bendera, kalau tak, berpeluh la abah dok menghadap tiang kaku tu. Hehe, maaf, bukan tak patriotik, tapi kalau pepagi buta dok mengadap tiang menyanyi sampai berpeluh2 dalam kot, apa cerita.

1 comment:

Bang long said...

...abahmuizz, kalau nak tunggu bukti depan mata sampai kesudah kes kes mahkamah takkan selesai...sudah lumrah dunia hehehe jangan senang rasa bersalah pulak!!! adik tu pun didepan mata jumpa je dia & terangkan takpayah call2... tentu marah dia akan reda cepat hehehe