Friday, June 02, 2006

Cerita tentang kahwin misyar...lagi

Sejak kebelakangan ini, abah rasa macam takde idea je nak mengepek kat blog nih. Nak melaporkan aktiviti pun tak ada sangat. Sabarlah Sue, moga2 abah akan diberi idea untuk mengepek yang bermakna sikit nanti, insyaAllah.

Terlanjur menulis ni, abah nak komen sikit la ttg kahwin misyar, sambungan hari tu.

Menurut Sheikh al-Azhar Mesir, Prof Dr Muhammad Sayyed Tantawi yang sering menjadi rujukan kerajaan Malaysia ketika beliau berada di Kuala Lumpur baru-baru ini:

Perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah. Semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak. Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna.

Tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain. Mereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin sudah bercerai atau suaminya meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin dari suami).

Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat.

Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri.

Pada abah, kalau dah agama benarkan benda itu, tak payahlah ada pihak nak menentang sungguh2 lagi benda yg halal. Kalau betul pun nak menonjolkan diri dalam politik supaya dipandang oleh seseorang, carilah isu lain yang betul2 perlukan kerja kuat mereka. Kalau betul Rosmah, Shahrizat dan Noraini serta SIS dan siapa2 yg menentang tu, nak berbakti pada wanita, buat la benda lain yang lebih bermakna. Tak payah la dok komen sana komen sini sekadar nak tunjukkan penentangan tentang kahwin misyar, kononnya demi maruah orang perempuan.

Bendanya senang saja, kalau kita tak nak buat kahwin misyar, jangan buat. Tapi jangan sampai menghalang orang lain kalau depa nak buat, sebab benda itu sah. Jangan berlagak seolah2 nak menyelamatkan maruah kaum wanita sedangkan kita semua tak berada ditempat orang yang nak buat benda tu.

Harap2 takdelah pulak yang menempelak abah sebab cakap macam ini. :-)

3 comments:

Anonymous said...

betul tu abahmuizz, kalau agama udah benarkan nak dibahaskan apa lagi...terpulangkan kepada sesiapa yg hendak berkahwin tu, tiada paksaan rasanya...perempuan2 yg melenting tu semuanya isteri2 orang berada sahaja...agaknya apa pendapat menteri wanita yg belum berkahwin tu...

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Petikan Ceramah Nikah Misyar oleh Dr Asri Zainul Abidin

Ulama' Khilaf Dalam Membolehkan Pernikahan Misyar:

1) Mereka yang mengharamkan: Sheikh Nasiruddin al-Albani dan beberapa ulama lain. Alasan mereka ialah kerana tidak sampai maksud perkahwinan iaitu kewajipan suami kepada isteri seperti nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.

2) Tidak memberikan hukum: Ulama yang berpendapat sebegini ialah Sheikh Shalil al-Uthaimin.

3) Menghalalkan akan tetapi tidak menggalakkannya. Dipegang oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan beberapa ulama' lain. Majma' Fiqh Islam Sedunia membenarkannya.

Alasan mereka yang membenarkan ialah:
1) Bukan suami yang mengambil hak isteri, akan tetapi si isteri yang menawarkan untuk haknya ditarik. Sebagai contoh seorang wanita berkata kepada seorang lelaki bahawa lelaki tersebut tidak perlu menanggung kewangannya, dan hanya tinggal bersamanya beberapa hari sahaja. Dalam kes ini wanita tersebut sendiri yang menawarkan haknya untuk dikurangkan. Ini sama seperti kes isteri Nabi Muhammad SAW, Ummul Mukminin Saudah yang memberikan giliran harinya untuk bersama Rasulullah SAW kepada Ummul Mukminin 'Aisyah RA.

2) Bukan suami yang meminta hak itu dikurangkan, sebaliknya wanita tersebut yang menawarkannya.

3) Seeloknya di siasat benarkah isteri itu memang benar-benar sanggup menyerahkan haknya atau hanya cakap sahaja ketika sedang kemaruk cinta. Sebagai contoh, jika dia berkata bahawa si lelaki tidak perlu menanggung kewangannya, maka perlulah bertanya benarkah dia memang betul-betul mampu menanggung dirinya sendiri tanpa tanggungan suami, dan benarkah dia memang rela untuk mengurangkan haknya.

Pro dan Kontra:
Pro:
1) Perkahwinan ini dapat mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin.
2) Meredakan tekanan emosi bagi wanita berkerjaya yang mahu bersuami tetapi ramai lelaki yang enggan kerana takut untuk menanggung wanita berpendapatan tinggi.
3) Mengurangkan maksiat zina dan muqaddimah zina lebih-lebih lagi kepada golongan muda seperti pelajar-pelajar universiti, lebih-lebih lagi kebanyakan mereka sudah mempunyai pasangan masing-masing, becintan-cintun, dan ke hulu ke hilir dengan bukan mahram.

Kontra:
1) Takut-takut berlaku penindasan ke atas wanita.
2) Masalah jika si isteri mengungkit-ungkit.

Abah Mui'zz said...

Alhamdulillah, terima kasih muslimz87 atas maklumat yg berguna tentang hukum berkaitan misyar. Dan terima kasih juga sebab luangkan masa bertandang keblog abah.