Ingat nak cerita tentang AirAsia, tapi sebab Zamdee dah tanya camna Sandakan, so, abah cerita sikit tentang Sandakan. Dan tak banyak nak diceritakan, sebab Sandakan tidak banyak sangat tempat menarik untuk dilawat, kecuali kita rajin nak travel dari satu tempat kesatu tempat lain. Abah cuma melawat sekitar bandar Sandakan saja, sebab nak travel tu susah sikit, satu sebab jauh, dua sebab ada Muizz. Kalau orang bujang tu, abah rasa banyak la yang boleh diexplore Zamdee.
Paling menarik pada abah ialah bila naik Trig Hill, dan dapat tengok pemandangan seluruh bandar Sandakan. Sangat cantik. Kalau ke Sandakan, abah suggest anda ke Trig Hill ini. Kagum sungguh dengan ciptaan Allah.
Keduanya, kalau ke Sandakan, pergilah ke Sepilok, kecuali binatang anda Orang Utan, tak payah pergi la. Hahaha, gurau saja. Menariknya sepilok sebab boleh tengok Orang Utan hidup dalam habitat mereka sendiri, dikelilingi hutan yang sangat cantik dan terjaga. Seronok juga tengok baby orang utan yang nampak cute, tapi tak boleh nak pegang. Staff depa saja yang boleh pegang, hehe, tapi abah tak nak pegang pun, sebab masa di Bukit Merah Laketown Resort 6 tahun lepas, abah dah pegang, dan tak tahan sikit dengan baunya.
Nak makan kat mana? Pergi la ke Pasar Sim-sim, tempat makan ikan bakar paling popular di Sandakan, cubalah makan ikan bakar yang sedap, dan murah. Nak try Bakso sedap di Pasar Malam pun best juga. Dan jangan lupa pekena Coto[Soto] Makasar di depan GentingMas Mall.
Kalau takde kerja petang2 tu, pergi la lepak kat Tembok. Itu memang tempat lepak orang Sandakan kalau petang2. Boleh tengok Teluk Sandakan dan kapal2 besar.
Kalau sempat, lawatlah Kampung Air. Hehe, menarik kampung air ni, sebab rumahnya semua atas air. Dari beranda rumah boleh nampak ikan2 kecil berenang. Dan kalau berombak sikit, boleh terasa macam dialun ombak. Dia punya angin yg bertiup, masyukkkk abih, boleh terlena dibuatnya. Abah melawat rumah Irman pun di Kg. Air ni. Bukan sekali, 3 kali. Dan 3 kali itu jugalah kami dijamu dengan macam2 jenis makanan. Mereka sangat menghargai dan melayan tetamu. Terima kasih banyak-banyak pada Irman dan keluarga kerana layanan yang diberi buat abah dan keluarga. Abah tak kan lupakan itu semua.
Dan kalau rajin juga, berjalan2la ke Pasar Minggu(hari Ahad pagi), banyak sungguh barang2 dan kuih muih yang tak pernah ditengok akan boleh ditengok, dan dibeli. Meriah.
Secara keseluruhannya, abah suka la cuti2 malaysia abah kali ni. Sebab abah nikmati betul2 pemandangan teluk dan laut yang pada abah sangat menakjubkan. Singgahlah solat di Masjib Besar Sandakan, dan saksikanlah keindahan pemandangan laut dan pulau dari Dewan Solat. Subhanallah.
Itu sajalah kot yang abah teringat buat masa ini. Nanti kalau ada lagi, abah akan cerita lagi.

2 comments:
Tahniah!!!
Percutian yang menarik... Cuma satu tak berapa sedpa bunyi... hehe Jangan marah. Tak sedap dengar bila Muizz dijadikan alasan untuk lebih explore...
Bukan ke abah, berjalanpun sebab diakan ??? Sori... seseklai mengacah...
Hehe, abi, abah tak marah. Maksud abah, takleh nak explore sangat sebab ada muizz tu, sebab ada banyak tempat yang tak sesuai dibawa budak. Macam Lembah Danum, Pulau Selingan etc.
Macam nak gi mendaki Kinabalu la, kan ke kesian kalau bawak budak sebesar itu panjat gunung. Hehe, itu maksud abah. Bukan apa pun.
Post a Comment