Thursday, May 18, 2006

Cerita tentang orang Malaysia...

Baru kejap ni abah baca satu akhbar, ada sorang penulis tulis tentang 'being Malaysian'. Dia tanya pembaca, apa sebenarnya yang membuatkan orang malaysia itu orang malaysia. Adakah dengan suka petai, itu dah kira orang Malaysia? Ataupun, adakah jadi orang melayu itu maknanya dia orang malaysia? Entah, abah tak pulak terfikir macam itu. Tapi abah yakin ramai yang terfikir macam itu. Macam Raja Azmi kata dalam Fenomena Seni la, "Malaysia itu kepunyaan Melayu". Abah tak tahu apa fikiran anda, tapi pada abah, Ya, Malaysia a.k.a Tanah Melayu dulunya ini adalah milik orang melayu. Tapi untuk berkata Malaysia ini milik melayu sekarang ini, abah rasa susah sikit. Dan abah kurang senang sikit kalau bangsa dijadikan agenda dalam mempertikaikan apa2 hak. Pada abah, siapa2 pun yang lahir, besar dan tinggal di Malaysia, akan jadi rakyat Malaysia, tidak kira bangsa apa mereka itu. Asalkan masing2 tahu akan hak diri dan hak orang lain, dan mereka mengormati dan menjaganya.

Memang banyak cerita yang kita dengar tidak elok tentang bangsa lain, hatta bangsa melayu sekalipun, tapi untuk jadikan bangsa itu asas dalam perdebatan, entahlah, abah kurang setuju. Abah cakap direct saja lah ya. Abah selalu dengar kawan2 merungut tentang pemandu perempuan yang berbangsa cina. Kadang-kadang disumpah seranahnya depa ni sebab bawak kereta macam si**. Mungkin betul, mungkin tidak. Dan bayangkan kalau perempuan cina yang bawa kereta yang disumpah seranah itu adalah seagama Islam dengan orang yang menyumpah tu, tak ke naya.

Haha, entah lah, persepsi Cina buddha, India hindu dan Melayu Islam ni macam tak praktikal je untuk digunapakai sekarang ini.
Kita orang melayu ni kadang bila bercakap tentang bangsa pun, selalu dalam kepala fikir macam itu, mengutuk bangsa2 lain. Kadang2 sampai tak perasan orang sebelah kita tu orang bangsa lain, cuma agamanya saja sama macam kita. Bayangkan anda orang Cina atau India, dan berkawan dengan orang2 Melayu, dan orang2 Melayu ini mengutuk menyumpah orang2 Cina dan India. Apa agaknya perasaan anda?

Dan dalam The Sun hari ni juga melaporkan 57 pelajar Cina lulusan MRSM yang cemerlang dalam SPM, gagal mendapatkan mana-mana tempat untuk menyambungkan pelajaran mereka. Ini pun abah tak faham. Kerajaan sepatutnya dah lama fikirkan perkara ini bila mereka setuju mengambil bangsa lain memasuki MRSM. Agaknya sebab cina, mereka tidak dapat tempat, agaknya. Dan agaknya, mereka itu cina Islam, yang juga datang dari keluarga miskin. Mungkin.

Dan dua tiga hari ni juga, abah asyik nampak iklan kereta-kereta baru je keluar. Semalam UMW dah pasarkan Yaris dan Wish. Hari ni, Naza keluarkan Bestari 206 pulak. Tapi setakat tengok sajalah, dan berangan. Sebab nak beli tu, macam terlalu mewah la pulak kereta-kereta itu, untuk orang2 yang tak mampu macam abah.

Dan tarif elektrik akan pasti naik lagi. Aduihhhhh, naik sokmo. Gaji je dok naik2 pah sudoh. :-)

4 comments:

Anonymous said...

saya bersetuju dgn pendapat abah mengenai bangsa ini, sek rendah saya sek chinese the transfer ke sek melayu coz takut tak dpt masuk U kalay stay kat sek chinese lagi,itu 15 thn dulu..tapi nampaknya sampai sekarang masalah ini tetap ada...

Anonymous said...

Pendapat peribadi saya, nak keluar dari kepompong mindset tak suka/ada masalah dengan bangsa lain tu memang masih sukar, walaupun tak habis2 kena laung betapa harmoninya hidup kita kat Malaysia sebagai masyarakat majmuk ni.

Bagi saya dalam apa jugak keadaan pun, berbaik sangkalah dengan semua orang. See them as an individual pertama2nya. Most of the time, kita senang sangat nak stereotype dan berprejudis dengan seluruh kaum tu, hanya disebabkan sorang dua yang buat hal.

Anonymous said...

...selalunya bangsa melayu sahaja yg rasanya berbaik sangka...bangsa lain wallahualam...???

zamdee said...

biasalah kes gini bro.. atas ckp pom pang pom pang, tp yg jadik nyer?? ermm.. pening pening sbb benda jd depan mata tp kita yg kecik nie, still xleh nak wat apa2..