Monday, February 06, 2006

Cerita tentang ....

Dah lama abah tak jenguk pondok buruk abah ni. Yelah, lama cuti. Cina yg raya, abah yang sakan bercuti. Tapi bukan abah saja, ramai lagi yang bercuti lama agaknya. Sebab itu abah terpaksa ambil masa 9 jam waktu balik ke Kelantan hari tu. Selalu abah drive dalam 6-7 jam je. Tension juga masa balik hari tu, sebab ramai yang potong Q. Sebab itulah jem. Tapi lupakan la bab itu, sebab itu dah jadi tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.

Waktu balik hari tu, abah ingat nak bawak Muizz dan Ummi main pantai, tapi sebab sehari sebelum abah balik tu, ada kes tiga sekeluarga mati lemas di Pantai Irama. So, ramai yang nasihatkan jangan pergi pantai. Tapi sempat la satu hari tu abah bawak Ummi, Muizz, Tok Mek, dan anak2 buah pergi mandi pantai kat Tok Bali. Seronok gak abah, sebab dah lama tak mandi laut, walaupun tak reti berenang.

Tak ada apa yg menarik sepanjang abah di Kelantan, kecuali abah perasan yang Kota Bharu makin sesak dengan kenderaan. Sana sini jalan jem. Dulu tak la macam itu. Nak pergi KB pun makan masa sejam setengah, patut setengah jam je. Agaknya ramai orang melawat KB kot masa tu.

On the way balik ke KL, abah singgah kat rumah mak di Paka. Sempat la bermalam satu malam. Hari Sabtu abah bertolak balik KL, sebab hari ni abah kerja. Petang tadi macam biasa la, bawak Muizz dan Ummi ke Taman Kelana Jaya. Penat juga abah, sebab dah lama tak beriadah.

Dan malam ni, tengok Juara Lagu. Frust sikit sebab lagu Wajah tak menang. Tapi juri lebih pandai kot menilai mana yang baik. Oklah, abah tak nak komen banyak ttg Juara Lagu yang tak ada apa2 faedah, sekadar memenuhi malam abah hari ni.

Abah pun takde idea apa nak mengepek. Nanti dah ada idea kang, abah tulis lagi. Kalau kawan2 semua ada idea, bagilah kat abah. Kalau menarik, akan abah mengepek tentang idea yang anda bagi, insyaAllah.


9 comments:

PB said...

Abah,

samalah kita sangkut dlm jem masa kat bandar KB.
Ada sekali tu, naik motor je ke Pasar Siti Khatijah...
Lagi senang...

Moral of the cuti cuti kali ni..org atas kedai macam sombong jer sebab ramai pembeli dan pengunjung dari luar...
Tak aci tullll.....

Am said...

Selamat kembali abah, Am pula byk idea tapi tak ada masa nak menulis, apa kata abah cerita tentang isu panas sekarang ini, projek besar yg retak, siapa salah, siapa yg patut disalahkan dan kenapa jadi begini

~comei~ said...

abah g kelate ke.. laa kalo tau suh singgah TM. hehe..

Abah Mui'zz said...

PB, abah tak pergi berjalan pun atas pasar. Abah cuma drive keta, pastu jaga Muizz dan anak buah dalam kereta sementara Ummi pergi beli2 apa yang dia nak, dan apa yg org kirim. Takde mood nak jalan2, sebab tensen jalan jem. Hehe.

Am, OK gak topik tu, nanti kalau sempat abah menceceh sikit ttg isu Pak Sami dan MRR nih.

Anim, abah memang lalu pun TM tu, tapi sebab tak pesan kan, so tak singgah la.

PB said...

AM..

nak minta tolong sikit la...
ttg layout baru blog pb tu...
jenuh dah tengok apa salah..
tapi tak reti gak nak repair...

~comei~ said...

apa ada kat TM ek?

mcm lama je abah tak update blog ni kan?

Am said...

Apa masalahnya PB, cuba terangkan pada Am

crimsonskye said...

Welcome back abah :) sama la kita, saya pon sakan bercuti.. hehe. walaupun tak kuar pegi melancong mana2, tapi still dapat spend time dengan family.

Abah Mui'zz said...

Terima kasih Crimsonskye. Bukan senang nak bercuti2 lama dgn keluarga ni. Tak pergi manapun tak apa, duduk dirumah habiskan masa bersama pun dah cukup bermakna.