Friday, January 13, 2006

Cerita tentang pontianak harum...

Hari ni abah cuti. Entah kenapa rasa malas nak pergi kerja.

Balik dari solat jumaat tadi, abah layan cerita Pontianak HSM 2 yang Ummi beli hari tu. OK juga ceritanya, walaupun sikit keliru. Bila tengok ceritanya barulah abah faham apa yang Cik Mek Kelate pujaan abah nyanyikan dalam Ku Seru. Kalau Pulangkan dulu dialog antara Meriam dan Mursani, Ku Seru pulak adalah dialog antara Meriam dan Maria.

Sedih sebenarnya cerita PHSM ni, campur seram sikit-sikit. Untuk cerita melayu yang abah jarang2 tengok, abah tabik jugalah dgn PHSM ni. Harap2 cerita melayu akan jadi lagi hebat lagi dimasa mendatang. Jangan buat cerita macam Puteri kat TV3 tu dah la, mak abah kat kampung yang tak sekolah tinggi itupun boleh komen "Citer ni bodoh la", komen yang sama dengan abah satu ketika dulu.

Malam ni abah nak layan The Wig pulak. Hehe. Nampak cam seram jek.


Ku Membayangi…Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu

Diri Begini…Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang…

Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu

Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi… Dirimu…
( Kau Ku Seru…Kesepian Berlalu…Maafkan Daku )

Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita…Ini…


3 comments:

YuN said...

weii abah...apasal la aktiviti ko ngan aku ni sama aaa?

bila pi opis...kadang2 baju sama kaler..

aku balik kelantan ni...tgk cerita PHSM 2...ko pun tengok

aku tengok the Wig pun...ko tengok jugak...

aisehhh....apa sudah jadi ni mate?

Abah Mui'zz said...

YuN, aku tak sempat habis pun tgk The wig tuh. Ingat nanti hujung minggu ni nak sambung balik.

Skrg ni tengah cari DVD The Exorcism of Emily Rose, ko ada ke? Kalau ada, bak la sini, nak pinjam. Hehe.

YuN said...

dah tengok....tapi kat kampung la....kat sini takde...hehehe

sama lagi....hahahha