Wednesday, April 09, 2008

Cerita tentang surat lamaran...

Petang semalam, waktu abah merayau2 dalam internet, abah terjumpa satu kisah yang agak menarik dibaca. Kisah bagaimana seorang gadis bersetuju untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang belum dikenali sebaiknya. Bukan sebab rupa, bukan sebab harta, bukan juga sebab pangkat kedudukan, apatah lagi sebab kepintaran. Tapi kata si gadis itu, lelaki itu dipilih, hanya kerana dia sedar yang dia cuma insan biasa. Insan yang tidak boleh janjikan apa2, kerana diakhirnya, Allah juga yang menentukan segala.

Dan bagaimana si gadis itu tahu tentang itu - melalui sekeping surat yang diberi oleh si lelaki. Inilah kandungan suratnya (yang telah abah edit sikit):-

Kepada Yang Dihormati ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.

Assalamu'alaikum Wrb.

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan dengan cara ini. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Selepas itu silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ menginginkan anda ............ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak saya kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.

Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh sebab itu, saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar ia menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga untuk menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat istiqarah berkali-kali, dan hati saya semakin kuat memilih anda.

Yang saya tahu, saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya ingin menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb.

Apa perasaan anda membaca surat ini? Abah yakin kalau anda perempuan, anda pasti akan terharu dengan pengakuan ikhlas si lelaki. Abah tertarik dengan keikhlasan yang ditunjukkan dalam surat itu. Tidak ada bintang dan bulan yang dijanjikan sebagai tanda cinta. Tidak ada juga ketaksuban untuk meredah lautan api atau memanjat gunung Everest sebagai membuktikan sayang, seperti yang selalu orang lafazkan.

Apa yang tercatat hanyalah satu pengharapan dan juga satu keikhlasan, yang sekiranya dibaca dengan teliti, mampu menyedarkan kita bahawa kita semua ini hanya manusia biasa yang tidak punya apa2. Segala yang kita ada hanyalah kerana Allah memberikan itu pada kita, entah esok, entah lusa, boleh ditarik semula dari kita. Bukan bermaksud mahu menjadi manusia pesimis, tapi menjadi seorang hamba Allah yang yakin sepenuh hati, bahawa manusia perlu berusaha sebaiknya, namun pengakhirannya, Allah yang menentukan.

Cukup sekadar ini dulu, ada beberapa benda lagi yang ingin abah kongsi. Lain kali, insyaAllah.

5 comments:

Anonymous said...

hebat penulis surat ini, suratnya simple sahaja, mengharap tapi tiada paksaan.

Mana tahu abah, mungkin tak lama lagi ramai pula tiru surat macam ini untuk awek2 mereka

Restnrileks said...

hehe..

surat yang simple tapi penuh ikhlas..

so bagi awek2 di luar sana, check2 laa kalao dapat sms atau e-mail yang isi kandungan lebih kurang sama..

tapi..intipati kandungan surat ni sebenarnya pengajaran..

:)

@xiM said...

betul tu abah..

kalau dalam percintaan sebegini baru betul...tiada janji hebat di peruntukkan,cukup hanya dengan sebuah keikhlasan dan kejujuran...

semoga axim dapat isteri yang solehah nanti..('',)

Anonymous said...

cintaNYA ku buru =)

.sis er.

Abah Mui'zz said...

Am, abah terfikir juga kalau2 ada yg meniru surat ini dan disalahguna. Harap2 tidak adalah insyaAllah.

Ijal, kata2 itu cuma luahan bicara, mesejnya yg ingin disampaikan pada sipembaca.

Axim, abah doakan semoga Axim akan berjumpa dengan idaman suri yang solehah, insyaAllah.

sis er, setiap hambaNya perlu memburu cinta Yang Maha Esa senantiasa. Namum Dia juga anugerahkan rasahati untuk kita mencari cinta sesama hamba. Semoga cinta sesama hamba ini mampu menguatkan lagi rasa cinta kepadaNya.