Friday, April 04, 2008

Cerita tentang 1 2 3 4...

Semalam, abah ada mesyuarat dengan pihak tentera di Bangunan Mindef, berkenaan dengan program "joint venture" antara syarikat abah dengan Kementerian Pertahanan. Tak nak la cerita apa isi 'meeting'nya, walaupun abah sesekali rasa gelihati juga melihatkan gelagat manusia yang bermacam2 ragam dalam mesyuarat itu.

Pendekkan cerita, lepas mesyuarat, abah cuba telefon seorang sahabat baik abah waktu belajar dulu, yang kebetulan bekerja di Mindef. Abah saja mencuba nasib, dan alhamdulillah, hajat kami nak bertemu sampai juga akhirnya. Bertemu sahabat lama, menceriakan abah sungguh2. Masakan tidak, dah hampir 12 tahun kami tak berjumpa. Seolah2 banyak saja cerita yang nak dibualkan.

Bermula dengan cerita tentang keluarga masing2, kemudian berpindah pada nostalgia waktu belajar. Dan inilah rasanya part yang paling best. Biasalah kan sesekali melayan nostalgia silam. Macam2 cerita yang abah lupa tapi dia ingat, dia lupa tapi abah ingat - yang keluar dari mulut masing2. Itu belum masuk cerita yang kami masih sama2 ingat. Hahaha, banyak cerita kelakar, tapi tak nak ceritalah, nanti ada org bosan pulak baca.

Tapi selepas bercerita tentang nostalgia lama, kami masing2 terdiam. Masing2 seolah2 mencari idea apa lagi nak dibualkan. Nak berbual tentang politik, boleh la sikit2. Nak berbual tentang sukan, abah bukan jenis gemar sukan. Jadinya, sepanjang 1. 5 jam kami berjumpa sambil makan tengahari, hampir 70% cerita lama yang keluar semula.

Hanya selepas kami masing2 balik ke pejabat, baru abah sedar, banyak benda yang abah nak tahu tentang dia, tentang kerjayanya, tentang keluarganya. Abah tak tahu samada dia pun nak tahu perkara yang sama dari abah. Tapi tak apa, insyaAllah pertemuan semula kali pertama ini akan disusuli dengan pertemuan2 lain nanti. Sebagaimana yang pernah abah katakan pada dia satu ketika dulu, "engkaulah sahabat aku dunia akhirat", abah akan cuba usahakan semoga itu jadi kenyataan yang disedari oleh abah, dan juga sahabat itu.

Oklah, cukup setakat itu dulu. Tidak ada apa2 pedoman dari cerita ini, sekadar menceritakan kegembiraan hati abah bertemu sahabat lama.

Dan bercerita tentang sahabat lama ini juga, ini adalah lagu yang cukup kami suka. Bukan kami saja rasanya, satu blok asrama kami pun suka lagu ini sebenarnya waktu itu. Hampir setiap hari akan dengar lagu ini didendangkan secara langsung dari bilik air. Hahahaha. Dan mungkin untuk rakan2 blogger sebaya abah, lagu ini juga salah satu nostalgia anda.


1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara...

2 comments:

Restnrileks said...

assalammualaikum abah..

jumper kawan lama memang seronok..

bukeh ketawa dekah-dekah dibuatnya. tapi kadang2 bila jumper kawan lama..buleh juga jadi tersenyap..sebab dua -dua dah mcm segan2 sendiri..ahak ahak ahak ahak..

semoga abah sihat di sana dengan keluarga yang tercinta .. InsyaALLAH

Abah Mui'zz said...

Waalaikumsalam wbt rizal,

Hahaha, waktu kami jumpa tu dikedai makan, jadi tak boleh nak ketawa lebih-lebih, hahaha.

Tang segan sendiri tu yang tak dapek pakcik nak nolong eh.

Abah sihat, alhamdulillah. Semoga rizal pun sihat juga. Dan ceria.