Hari ni abah tak nak mengepek apa2, cuma nak bertanyakan soalan pada anda semua.
Soalan-soalan yang memerlukan jawapan ikhlas dari hati anda. Kalau anda nak reka jawapannya, terpulang pada diri, tapi kalau boleh, jawablah sejujurnya. Bukan ada orang lain tahupun jawapan anda, sebab anda jawab, dan anda simpan jawapan anda itu sendiri.
Tapi ini bukan sekadar baca dan jawab. Abah nak bawa anda untuk berbincang atau mungkin berkongsi idea tentang sesuatu berkaitan diri kita. Tapi yang tu lepas ni la, yang penting jawab soalan-soalan ini dulu.
1. Anda sedang makan disebuah warung ditepi jalan, tiba-tiba ada budak datang meminta sedekah. Bukan setakat datang minta sedekah, tapi dia berdiri saja melihat anda makan. Apa anda rasa?
2. Bayangkan anda sedang berjalan2 disebuah taman. Sambil berjalan, anda melihat sebuah keluarga sedang bermain dengan seronoknya disebuah tempat permainan. Si ayah, si ibu dan anak2 mereka kelihatan begitu bahagia dan gembira sekali. Apa perasaan anda?
3. Seorang rakan sekerja terpilih mengikuti rombongan syarikat ke luar negara sebagai penghargaan syarikat atas jasanya. Anda tidak terpilih. Apa anda rasa?
4. Anda memasuki bilik boss anda, dan bilik itu sememangnya bersih dan teratur. Tiba-tiba anda nampak sehelai kertas diatas lantai. Apa yang hati anda kata?
5. Sewaktu anda sedang menunggu bas, anda ternampak seorang lelaki meragut beg seorang wanita yang berdiri berhampiran anda. Apa yang anda rasa?
Dan soalan terakhir, seperti kata Am dalam komennya pada post abah bertajuk Cerita tentang terima...
6. Sewaktu berjalan-jalan di Chow Kit, anda terserempak dengan beberapa orang mak nyah, apa perasaan anda?
Nanti abah sambung lagi, insyaAllah.
p/s: Pagi tadi sewaktu sedang baca akhbar, tetiba ada posmen datang, dan berikan abah satu sampul surat agak besar. Dari Australia. Bila abah buka, ada 2 helai baju untuk Azim. Cantik baju2nya. Terima kasih banyak-banyak pada Arsaili dan isteri kerana sanggup bersusah payah kirimkan hadiah dari Perth untuk buahati terbaru abah, si Azim Hafiz. Terima kasih dari abah sekeluarga sekali lagi untuk Ar.

No comments:
Post a Comment