Tuesday, April 15, 2008

Cerita tentang terima...

"Pondan ke, tak pondan ke, makhluk Tuhan nyah!"

Itu antara dialog yang diluahkan dalam telemovie berjudul "Wali" yang abah tonton di Astro Prima 2 malam lepas.


Wali adalah cerita tentang seorang anak gadis yang mencari ayahnya untuk menjadi wali. Akhirnya dia ketemu ayah itu, namun ayah yang ditemuinya itu adalah seorang mak nyah a.k.a pondan.

Dari situ bermulalah episod sedih, tentang bagaimana anak yg tidak pernah kenal siapa ayahnya, akhirnya bertemu semula ayah yang siangnya membuka gerai, dan malamnya menjadi penyanyi dikelab, dengan berpakaian ala diva. Seperti diduga, dia tidak boleh terima apa yang dilihat. Namun akhirnya, kenyataan bahawa Hamzah a.k.a Madam Zaza itulah ayah kandungnya diterima dengan hati terbuka.

Dari situ juga bermula episod dilema seorang maknyah. Bila mana dipandang serong, dihina oleh masyarakat yang pada abah, cukup tinggi betul ego "kesempurnaan" mereka.

Ada beberapa perkara yang boleh abah rumuskan dari Wali.

1. Golongan mak nyah cuba menyampaikan kepada masyarakat bahawa diri mereka selama ini dihina. Mereka dikatakan golongan jijik. Semua manusia yang "sempurna" itu menolak diri mereka, keluarga menyisihkan, dan mereka terbuang.

2. Manusia yang takbur dengan kelebihan diri mereka juga membuktikan bahawa kenyataan diatas itu adalah benar berlaku.

3. Sebahagian masyarakat pula menerima mak nyah seadanya mereka. Diterima sebagai makhluk Allah yang diuji dengan ujian sebegitu. Walaupun kadangkala gelihati dengan telatah maknyah ini, namun itu bukan satu penghinaan.

Rasanya telah banyak abah mengepek tentang isu mak nyah ini, namun Wali membuka satu perspektif baru untuk abah mengepek. Bukan untuk salahkan mak nyah, tidak sama sekali, namun abah ingin lontarkan sikit pandangan yang abah pun tidak pasti samada abah bisa memperolehi jawapannya.

Berbalik pada perkara 1 diatas, mak nyah ingin mereka diterima. Dan alhamdulillah, hari ini, ramai anggota masyarakat yang menerima mereka. Walaupun abah yakin ada juga manusia yang mencemuh dan menghina, tapi itu bukanlah mewakili populasi keseluruhan yang menerima.

Dan berbalik pada soal penerimaan, sejauh manakah mak nyah ini mahu orang lain menerima mereka?

Teringat pada perbualan dengan seorang rakan internet abah beberapa hari lalu. Dia mengakui memiliki jiwa yang lebih pada perempuan, walaupun fizikalnya masih lelaki sejati. Itu bukan berita mengejutkan pada abah, dan abah boleh terima dirinya seadanya dia.

Tetapi bila soal "saya bahagia dengan lelaki pilihan saya" dijadikan modal perbualan. Abah mula memikirkan tentang tahap penerimaan yang dia ingin abah terima. Bila abah mula tunjukkan nada2 penolakan, maka kesimpulan yang dibuat, "I thought you are open."

Abah tidak tahu sesungguhnya sampai tahap mana mereka (mak nyah, gay, etc) ini mahu diri mereka diterima masyarakat. Adakah setakat menerima diri mereka itu dijadikan lembut oleh Allah, atau perlukan masyakarakat menerima hingga pada soal "dalam almari" mereka?

Bukan untuk bersikap tertutup, tapi abah fikir, sebagai orang Islam, kita ada tahap2 penerimaan kita pada satu-satu isu. Dan bila kita terpaksa tolak a.k.a tidak terima, bukan bermaksud kita menolak diri dia sebagai individu, tetapi kita tolak perlakuan mereka yang bertentangan dengan prinsip Islam yang kita pegang kukuh dalam hati dan jiwa sanubari.

Bila bercakap soal hinaan dan kejian pula, kenapa kejian dan hinaan itu terlontar dari mulut dan perbuatan orang lain? Memang ada yang mengeji hanya dengan mengetahui orang itu lembut. Tetapi rata2 yang lain akan mengeji bila mana melihat perlakuan2 yang tidak selari dengan ketetapan agama Allah. Berpakaian seperti perempuan, malah lebih dasyat dari perempuan. Berkeliaran di lorong2 gelap (yang abah tahu anda pasti tahu apa sebab dan tujuannya). Memilih untuk hidup dengan lelaki lain yang dianggap suami a.k.a laki.

Sebagai manusia berakal dan beragama, rasanya itulah yang jadi punca penolakan masyarakat pada mereka. Bukan sebab mereka lembut, tidak. Tapi sebab perlakuan2 yang telah abah nyatakan diatas.

Teringat pada satu hamba Allah yang abah kenali suatu ketika dulu. Seorang lelaki lembut yang menjadikan andaman, hiasan pelamin, dan catering sebagai sumber rezekinya. Seoang lelaki yang sangat bersopan dan berhemah percakapannya. Dan seorang lelaki yang juga sedar bahawa hidup didunia ini tidak lama. Abah hormati dia sebagai individu. Kelembutan itu adalah anugerah Allah pada dirinya, yang digunakan sebaiknya bagi mencari rezeki membesarkan adik2 yang masih kecil. Alhamdulillah berkat usaha gigih, dia tidak pernah gagal menjejakkan kaki ke Bumi Mekah hampir saban tahun. Bila abah tanya kenapa, kata dia, "Rezeki yang Allah bagi adalah untuk kita hidup, dan bersyukur pada Dia. Mana yang ada, gunakan setakat keperluan, dan selebihnya, berikan pada yang berhak."

Takat itulah dulu, abah nak siapkan kerja. Abah tahu isu sebegini tidak akan kemana. Ia akan jadi isu yang tersimpan dalam sanubari sahaja. Baik mereka yang lembut, nyah, gay dan sebagainya ini, ataupun dipihak manusia2 lain yang Allah jadikan sebaliknya. Abah cuma meluahkan apa yg ada dalam minda abah. Bukan untuk menyakiti hati sesiapa. Kalau abah salah, mohon dimaafkan dan diperbetulkan insyaAllah.

Dalam Wali, ada diselit sebuah lagu allahyarham Sudirman yang dah lama abah tak dengar.


Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku


2 comments:

Anonymous said...

Pendapat Am, kekadang ada manusia yang merasakan diri mereka sempurna sangat hingga tak dapat menerima kelemahan org lain, bukan maknyah sahaja kadang kala tak sama taraf pun mereka tak terima.

Teringat Am, kawan2 Maknyah Am dahulu, sebenarnya mereka juga seperti manusia biasa, Am melayan mereka seperti kawan biasa walaupun kadang kala Am sendiri tak pasti nak panggil kakak atau abang TAPI yang pastinya jika kita layan mereka tanpa memikirkan taraf mereka, mereka akan menghormati kita.

Silapnya kita ialah kita terlalu awal memandang yang negatif pada mereka sebelum mengenali mereka lagi, jadi yang ada dalam otak kita tentang mereka adalah negatif sahaja.

pB said...

Salam AM


pB tak sempat lagi nak tengok cerita "WALI" nie.