Tuesday, April 08, 2008

Cerita tentang ibu...

Malam tadi, sedang abah tidur, tiba2 abah dengar Azim menangis. Abah tak pulak bangun sebab fikirkan ummi ada. Tapi bila azim masih juga menangis, nak tak nak, abah bangun juga. Rupanya ummi ada kat dapur waktu itu.

Abah tahu Azim lapar susu, tapi abah tak boleh nak buat apa, sebab cuma ummi saja yang boleh susukan Azim. Dan ummi masih didapur. Bila dah tak tahu nak buat apa, abah bagi air masak. Tapi azim memilih, dia tak suka air masak. Datang rasa marah juga dalam hati. Haha, betul, abah tak tipu. Abah tahu abah tak patut marah, tapi abah manusia lemah, datang juga rasa marah. Nak marah siapa pun tak tahu. Sebab bukan salah siapa2.

Akhirnya, abah dukung Azim, berjalan kehulu kehilir dalam rumah. Alhamdulillah dia terus senyap. Dan akhirnya dia pejam mata semula. Selepas itu baru ummi muncul. Ummi jemur kain rupanya didapur. Salah abah juga sebab terlupa nak jemur kain2 tu sebelum tidur.

Jadinya peristiwa macam itu, baru abah sedar bahawa bukan mudah menjadi ibu. Dulu waktu Mu'izz, kami tidak banyak masalah kerana Mu'izz jenis kalau tidur, dia akan tidur sampai pagi. Tapi dengan Azim, ummi kena banyak berkorban, sebab Azim jenis senang terjaga, dan kerap jaga malam.

Dan abah, all this while, cuma tahu tidur saja.

Memang betul sangat-sangat kata orang, ibu itu terlalu besar jasanya pada kita. Abah tak tahu waktu abah kecik dulu macammana. Kalau abah macam azim yg suka berjaga malam, terbuktilah bahawa mak memang sangat2 besar pengorbanannya untuk abah.

Abah sebagai bapa pun kalau diberi keadaan macam itu tiap2 hari, rasanya satu hari naik bosan dan marah juga abah. Tapi alhamdulillah, Allah berikan orang perempuan ini banyak kelembutan dan kasih sayang. Sebab itu ibu2 ini boleh tahan dan boleh berkorban demi anak2, biarpun diri mereka kadang2 terseksa.

Untuk abah-abah dan suami2 diluar sana[termasuk abah sekali lah], sesekali tu cuba2lah perhatikan bagaimana isteri jaga anak kecil. Sebab kalau kita perhatikan betul2, nescaya kasih sayang kita akan bertambah2 untuk isteri, dan juga anak2. Masakan tidak, kerja menjaga anak kecil sebenarnya tidak mudah. Sementelah lagi untuk ibu yang bekerja. Tapi mereka boleh buat, dan mampu buat yg terbaik, demi kasih sayang dia pada anak kita, dan juga demi kasih sayang dia pada kita.

Sebab kalau dia tak sayang, boleh saja dia letakkan anak kecil dengan pembantu rumah kita, atau bila anak menangis, dia berikan anak itu pada kita untuk kita layan. Tapi banyak isteri tidak buat benda itu. Sepenat mana pun dia, akan masih tetap dijalankan tanggungjawab yang sepatutnya dua2 orang pikul.

Syukur ya Allah padaMu, kerana kami diberikan ibu2 yang sangat menyayangi, dan kami juga dikurniakan isteri2 yang sangat mengasihi. Bukan sekadar kasih dan sayang pada zuriat kami, tapi juga pada diri kami. Semoga rahmat dan kasih sayang Mu untuk isteri dan ibu kami tidak akan pernah putus.

Untuk ibu-ibu dan isteri2 solehah diluar sana (khususnya buat ummi) - abah tabik pada anda semua!

2 comments:

@xiM said...

Besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu...axim pun tak ingat masa kecik2 dulu macam mana...ish ish kesian kan kat mak bapak yang susah payah membesarkan kita..tak pernah merungut pun walau payah...

untuk mak dan abah,axim sayangkan kalian...

Abah Mui'zz said...

Itulah yang sepatutnya Axim. Semoga dengan kasih sayang dan ketaatan kita pada ibu ayah, syurga bukan hanya ditapak kaki mereka, tapi akan menjadi milik mereka kelak, insyaAllah.

p/s: Abah yakin kalau mak dan abah azim baca mesej ini, mereka akan berkata yang sama, "mak dan abah juga sayangkan axim."