Tuesday, April 22, 2008

Cerita tentang sendat...

Abah naik komuter hari ni untuk ke tempat kerja. Oleh kerana dah biasa naik, soal sesak itu dah jadi suatu yang lumrah untuk perkhidmatan komuter.

Bukan tidak pernah dengar rungutan dari penumpang, tapi abah tidak pernah dengar satu saranan yang agak mengejutkan pagi ini yang disuarakan oleh salah seorang penumpang.

Ketika tren berhenti di Kepong, seperti biasa, mereka yang diluar mengasak2 untuk masuk. Orang2 didalam yang sememangnya telah pun sendat, terasa tidak selesa bila ditolak2 dan dihimpit oleh mereka yang diluar. Tidak boleh nak salahkan sesiapa, sebab abah fikir, orang diluar nak naik juga tren, takut lambat ke tempat kerja. Orang didalam juga berhak untuk tidak dihimpit2 dan ditolak2. Akhirnya selepas beberapa suara tak puashati dikeluarkan, seorang lelaki india tiba-tiba kata, "Mana mahu masuk lagi. Pergi naik atas bumbung la!".

Abah gelihati juga bila dengarkan ayat itu. Abah tahu dia tidak bergurau bila kata benda itu, dan abah tahu dia juga bukan marah. Dia cuma nak orang2 diluar tren itu faham keadaan didalam tren yang sudah macam tin sardin. Bukan tidak kasihan pada yg diluar, tapi kena faham la bila dah ketat. Lebih baik tunggu saja tren yang seterusnya, daripada buat orang2 lain sakit hati.

Untuk KTM dan siapa2 juga, dalam mereka kata orang KL suka memandu ketempat kerja, masih sangat ramai lagi yg gunakan perkhidmatan awam. Dan sekian ramai itupun masih belum mampu tertanggung oleh syarikat2 pengangkutan. Habis, camno nak suruh orang lain pakat2 naik pengangkutan awam???? Sapo nak jawab tuh!

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya pihak2 tu sedar masalah ini abah, cuma mereka pandang sebelah mata sahaja. Kenapa Am kata demikian ialah kerana benda ini bukan benda baru, telah lama berlaku dan rasanya dah banyak kali diutara oleh berbagai pihak.

Kadang-kala Am rasa sepatutnya pihak-pihak yang sengaja buta itu yang patut naik kenderaan awan ini supaya mereka sedar berapa susah dan azabnya naik kenderaan awam ini.

pB said...

salam


banyak perubahan yang perlu diadakan untuk perkhidmatan awam di mesia nie.


selalu dengar perkhidmatan awam du negara luar sana , bagus dan superb.


kenapa di sini tidak begitu?

heran kan ....

@xiM said...

salam abah..

kat Malaysia ni banyak mender lagi nak kena permodenkan kan abah kan...

baru kita sebagai rakyat dapat nikmati kemudahan yang ada dengan selesa...

Anonymous said...

Hmm... satu perkara yang aku tak suka bila naik komuter ke, lrt ke..ialah part orang kat luar train block org dalam train nak keluar.. haru biru jadinya.. bila sorang berebut nak keluar... sorang berebut nak masuk... yg lucunya, bukannya makin cepat bila berlaku sebegitu, malah lagi lambat adalah.. tensen..