Thursday, April 03, 2008

Cerita tentang gangguan...

Sejak bangun dari tidur pagi tadi, abah rasa macam ada yang tak kena dengan diri abah. Abah rasa abah tahu apa yang mengganggu fikiran, tapi abah tak fikir perkara2 itu yang buatkan abah rasa macam ini. Tapi abah tetap buat aktiviti2 yang biasa abah buat hampir setiap pagi.

Waktu memandu tadi pun, macam biasa, abah bukak radio ikim. Tapi entah apa tak kena pada radio tu pagi ni, abah tukar mendengar CD. Zahirnya abah mendengar, tapi realitinya, abah tak dengar pun CD tu. Tapi tak kisahlah kan, biasalah macam itu dak!

Sampai saja dipejabat, bila abah bukak pintu kereta belakang nak ambik beg abah. Tu dia, dua buah beg sekolah Ahmad Mu'izz tersusun elok bersebelahan beg abah. Aduihhhh mak. Macamana abah boleh lupa singgah rumah pengasuh Mu'izz untuk hantar beg sekolah dia. Dah jadi macam itu, abah nak call la rumah pengasuh nak bagitahu abah nak balik hantar beg. Seluk poket seluar, handphone pulak takde. Mana handphone?? Tinggal kat rumah la pulak. Aduihhhh mak sekali lagi.

Bila dah jadi macam ini, memang betullah apa abah rasa, memang ada benda tak kena hari ni. Hahahahah, nampak gayanya gangguan yg ada dalam fikiran abah ni nak kena diselesaikan juga hari ni, atau abah buang saja terus dari minda.

Oklah, abah nak balik hantar beg sekolah Mu'izz pulak. Dia dah merajuk la tu agaknya, sebab takde beg nak pergi sekolah agama pagi ni.

Abah...abah....

2 comments:

rudy bluehikari said...

betul abah, mana yang tidak penting abah kena buang dr dlm kepala.

Abah Mui'zz said...

rudy, tak boleh nak buang la benda tu. Cuma boleh put aside sekejap, sebab nak atau tidak, abah kena setelkan juga benda itu. Alhamdulillah, skrg ni tak ada gangguan sangat.