Thursday, April 10, 2008

Cerita tentang cermin...

Hari ni abah cuma nak 'tampal' satu tazkirah yang abah dapat dari satu laman web yang bagus. Panjang juga tazkirahnya. Ingatkan nak letak semua kat post ni, tapi bila abah cuba main2 dengan blogspot ni untuk cipta satu expandable post, tak menjadi. Hehe, nak kena godek lagi la nampaknya skrip template abah tu.

Apapun, inilah tazkirahnya, berkaitan dengan cermin, bukan cermin apa, tapi cermin diri. Semoga mampu memberi manfaat pada kita semua insyaAllah.

Dalam kehidupan seharian kita, sering kali kita bercermin. Kita tidak pernah bosan melihat wajah yang sama, yang tidak berubah. Aneh bukan? Bahkan lebih daripada itu, hampir setiap kesempatan yang ada, kita bercermin. Mengapa? Ini kerana kita ingin selalu berpenampilan menarik dan sempurna. Kita tidak inginkan penampilan yang mengecewakan, apatah lagi lusuh dan tidak menentu.


Allah juga suka kepada penampilan yang indah dan lawa. Sabda Rasulullah S.A.W: “Innallaha Jamilun Yuhibbul Jamal – Sesungguhnya Allah itu indah dan meyukai keindahan”. Tetapi perlu diingat, kita sepatutnya menghindari niat untuk membuatkan orang lain terpesona. Bimbangnya orang lain menjadi tidak tentu arah, bahkan terpesong daripada niat sucinya. Nauzubillah. Tetapi hakikatnya selama ini kita sibuk bercermin topeng belaka - topeng make-up, seragam, kot, tali leher, serban atau hiasan lain. Memang benar, kita sibuk dengan topeng, namun tanpa disedari, kita sudah ditipu dan diperhamba oleh topeng buatan sendiri.

Kita sangat ingin orang lain menganggap diri kita lebih daripada kenyataan yang sebenar. Nampak lebih pandai, lebih gagah, lebih cantik, lebih kaya, lebih soleh, lebih suci dan lain-lain. Tetapi pada akhirnya, selain bersusah payah agar topeng tetap melekat, kita akan berasa tegang dan was-was. Kita takut topeng kita terbuka. Akibatnya orang tahu siapa kita sebenarnya. Tindakan tersebut tidak semuanya salah, kerana membuka aib sendiri yang telah ditutupi oleh Allah selama ini adalah berdosa. Yang penting, jangan sampai kita terleka dan tertipu oleh topeng sendiri. Oleh sebab itu, amatlah penting bagi kita untuk menjadikan saat bercermin itu bukan sahaja untuk menatap topeng yang kita amat-amati, tetapi juga saat untuk kita mengenali diri kita di sebalik topeng tersebut.

Sambungannya disini.

3 comments:

Restnrileks said...

abah, ijal lama dah tak tgk cermin diri ni..ni kena balik tgk cermin diri..baru perasaan lubang sana - sini

:)

Anonymous said...

abah - entry yg bagushh. abglong klu tengah jemm, suka tengok cermin :)

Abah Mui'zz said...

Ijal, lubang cermin diri masih banyak ruang untuk dibetulkan. Sama2lah kita semua membetulkan lubang2 cermin itu. Jangan tutup lubang gali lubang lain udah ler.

abanglong, orang yg suka tgk cermin kereta ni ada 2 macam:
1 - suka nak tgk kalau2 driver blakang tu awek cun.
2 - rasa diri dia hensem dalam cermin. tu yang tak puas2 tgk cermin tiap kali jem.
abanglong dalam kategori mana? Ekekekeke.