Friday, June 15, 2007

Cerita tentang servis...lagi...

Hari Rabu baru ni, Muizz tiba-tiba berlari balik rumah, sambil urut dada. Abah tanya, "Kenapa". Kata Muizz, "Ainon kena langgar". Abah mulanya tak percaya yang kawan permainan Muizz kena langgar. Abah tanya lagi, "Ainon bangun tak?", Muizz jawab, "Tak.". Abah pun terus keluar rumah. Dan bila abah keluar, semua jiran2 sudah berkumpul. Ainon dah pun dibawa ke hospital. Risau juga abah, sebab anak jiran bagitahu kepala Ainon berdarah.

Memandangkan waktu dah hampir maghrib, abah balik rumah dulu. Abah call Hospital Sg. Buloh untuk bertanyakan tentang kes accident tu. Abah tulis sikit perbualan antara abah dengan kakitangan HSB tersebut.

Abah: Anak jiran saya kemalangan, saya nak tahu la kot2 dia dihantar ke sana.

Staf HSB: Apa nama dia?

Abah: Entah, saya pun tak pasti nama penuh dia, yang saya tahu Ainon namanya, nama ayahnya Nor Harun.

Staf HSB: Ohhh, kalau tak tahu nama dia, saya tak boleh check la encik.

Abah: Manalah saya nak tahu nama penuh dia, sebab dia cuma budak, kawan anak saya, yang kebetulan jiran saya.

Staf HSB: Susah nak check kalau tak tahu nama penuh. Dari mana kes tu?

Abah: Bandar baru sungai buloh.

Staf HSB: Ohh, saya tak tahulah encik, ada 2,3 kes yang baru masuk ni.

Abah: Takpelah macam tu, terima kasih.

Tak tahu abah nak cakap apa. HSB yang sepatutnya sudah guna sistem komputer yang canggih itupun tak boleh nak check benda sekecil itu. Ataupun memang sistem hospital canggih ni cuma boleh check benda-benda besar saja kot.

Tapi abah percaya, bukan salah sistem. Tapi sebab staf yang tak berapa mahir guna sistem, ataupun malas nak mahirkan diri nak belajar guna sistem. Sebab itulah jawapan paling mudah diberi, "Ohh, sistem tak boleh check la encik".

Sama juga macam satu kes lain waktu abah di Kota Bharu. Abah ke BSN untuk bayar pinjaman. Abah cuma tulis no IC di slip pembayaran sebab abah lupa no akaun pinjaman tersebut. Kakak teller tu tanya, "No akaun tak de ke?" Abah kata, "saya lupa. Tapi boleh check kan dalam sistem?". Kakak tu kata lagi, "Sistem tak boleh check, kena tulis no akaun." Adussss, abah dah membara je dalam hati dengar jawapan. Bukan nak bangga diri atau apa, tapi setakat ilmu abah, abah tahu sistem depa boleh check. Bank takkan la ada sistem se'koro' itu.

Abah ingat nak saja cakap kat kakak tu, "Akak, kawan saya kerja buat sistem kat BSN tu, akak janganlah nak malukan dia dengan cakap sistem BSN tak boleh nak check no loan dengan IC". Tapi abah tahan saja. Endingnya, abah blah macam itu saja. Dah tua2 ni tak ada mood la pulak nak melaser-laser staf bank yang malas buat kerja nih. Kalau ikut masa muda dulu, abah cakap saja.

Dah abah tak dapat bayar, Ummi pulak yang masuk, tapi ummi pergi kaunter lain la, dan alhamdulillah, teller yang lain elok je proses bayaran pinjaman abah tu, walaupun takde no akaun. Aduihhh, manusia..manusia.

Itulah yang payah staf2 bank nih. Kadang2 gaya dia tu, macam la orang yang berdiri kat depan dia tu orang2 yang tak tahu apa benda. Dibuatnya kita ni macam budak tak lepas SPM saja lagaknya. Abah bukan marah, tapi kadang2 abah pelik juga dengan teller yang berlagak bagus ni. Nak kata sekolah tinggi, tak juga, sebab kerjanya teller saja. Tapi lagak cakapnya kadang ngalahkan orang ada PhD.

Untuk sesiapa yang kerjanya berurusan dengan orang awam, buatlah kerja betul2. Tak semua orang awam itu manusia bengong. Ramai org yang pergi berurusan itu orang yang jauh lebih berpelajaran dari anda pun. Cuma takde la mereka nak mengaku yang mereka tu berpelajaran tinggi. Don't insult other people's intelligence. Dan kalau ya pun mereka tidak berpelajaran tinggi, hormatilah mereka sewaktu anda berurusan dengan mereka. Ingat, gaji anda dibayar sebab adanya manusia2 yang berurusan dengan anda.

Ok dah, habih dah keluar. Maaf la kalau ada yang terasa.

Opsss, lupa nak cakap, Ainon sebenarnya tak cedera teruk. Cuma luka ditangan sahaja. Alhamdulillah.

2 comments:

pB said...

Salam Abah

pB harap anak jiran tu ok.
Insyaallah, tak der apa yang serius.

Hmm...
berurusan dengan kaunter ni kadg kdg kena tengok nasib lah , kan.
Dpt yang ok, memang bagus.
Dpt yang ko, memang membara hati.

Hari tu, BSN gak, tapi kat Seksyen 18, alhamdulillah, akak tu ok.
Walau tak der no akaun, boleh bayar.
Dan walau dengan bagi nama, pun boleh buat urusan ....

Abah Mui'zz said...

Salam pB, alhamdulillah. Ainon dah ok, cuma luka sikit saja pada tangan.

Bab kaunter tu, memang ikut nasib. Kena staf yang ok, alhamdulillah. Bukan setakat tak sakit hati, tapi kadang rasa lapang saja berurusan dengan depa.

Yang jadi masalah bila dapat staf kaunter yang rasa diri depa bagus. Cakap macam best jek, customer je yg salah. Kena yang macam ini, kalau boleh dikenakan balik, rasa macam nak je kenakan.