Petang ni abah rasa sangat bosan. Bukan tidak ada kerja, ada kerja yang perlu dibereskan, tapi entah kenapa, rasa bosan itu susah betul nak diterajang pergi. Dan kerana kebosanan, abah melawat beberapa blog kawan2 yang sudah sekian lama abah tidak berkesempatan, atau mungkin berkesempatan, tetapi tidak juga dilawati. Banyak cerita sukaduka kawan2 yang abah tidak tahu, dek kerana kelalaian dan sibuk mengisi waktu dengan agenda sendiri.
Apapun, abah nak berkongsi dengan anda satu lagi karya Khalil Gibran yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, yang bawa makna pada abah ketika ini. Mungkin esok lusa abah akan lupa sajak ini, tapi untuk hari ni, sekarang ini, banyak sungguh pengertian dari apa yang abah nak kongsi dengan anda ini.
PERSAHABATAN
Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
:+: Khalil Gibran :+:

7 comments:
Petang semalam pun pB bosan ...
Habis semua blog yang pB tahu, pB masuk ...
hari ni, dah ok
Ummi mcm mana??
Abah pun hari ni dah ok pB. Hehehe. itu la yg orang kata 'breakdown' sekejap.
Ummi alhamdulillah, sihat. Dan yang paling best, doktor pakar yang kami jumpa selalu itu, tiba-tiba nasihatkan kami supaya mencuba untuk anak ke2, padahal dulu dia juga yang "strongly not advised". Apapun, kalau dapat, alhamdulillah.
Harap pB, abe dan anak2 semua sihat.
lama juga saya tak singgah sini. harapan saya keluarga abah semua sihat.
menarik tulisan abah dalam ; cerita tentang kerja & cerita tentang lelaki melayu
tergambar jelas sifat abah yang tegas tapi diplomasi.
salam.
Kita sama-sama sibuk Jeff. Abah pun baru hari ni sempat jenguk wordpress Jeff. hehe, berkenan betul ngan banner tu. Cantik sekali alam Allah ini.
Abah sihat Jeff, alhamdulillah. Harap Jeff dan famili pun sihat juga.
sahabat = nadi.
sy rase sy takleh hidup tanpa sahabat disekeliling ni..
bile ade sahabat, walopun kene daki gunung tahan, even kena panjat pokok kelapa yg tinggi tu pun sy sanggup, tambah bile ade sorak-sorai dan hilai tawa sahabat2..huhu..
harap 'persahabatn maya' kita ni akan terus berkekalan, ye bah..amiiin..
Sahabat bukan mudah nak ditemui, tapi cukup senang untuk hilang.
Harap-harap persabahatan kita dengan sesiapapun, selagi bersandarkan atas agama Allah, akan terus kekal subur dalam jiwa.
InsyaAllah Muzem. Abah pun berharap perkara yang sama buat kita.
persahabatan indah
aku cinta sahabat2ku
yesica joni setek santi devi desi pamela termasuk fong2
miis u all till the end of time
Post a Comment