Hari ni abah nak mengepek sikit. Tapi isu ringan saja.
Dua malam lepas, abah tonton satu rancangan kendalian Rosyam Noor berjudul Modal Insan. Itu kali pertama abah tengok, dan abah fikir, bagus juga rancangan itu jika topik yang diperbincangkan itu betul, dan bahan perbincangan itu memberi manfaat.
Isu dalam Modal Insan yang abah tonton malam itu ialah Mak Nyah.
Siapa tak kenal mak nyah kan? Abah pasti anda semua tahu, dan mungkin kenal pun beberapa orang mak nyah, sebab abah pun ada juga kenal. Bukan kenal apa pun, kenal sebab mereka itu rakan sekolah abah.
Rosyam menjemput beberapa orang mak nyah untuk diwawancara. Bagus. Sekurang-kurangnya penonton tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran golongan ini. Cuma abah sikit terkilan, kerana bahan perbincangan tidak banyak membantu penonton memahami keadaan sebenar. Mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam hati mak nyah2 ini adalah perlu, tetapi untuk mak nyah2 itu tahu apa yang ada dalam hati orang lain juga adalah perlu.
Sebagai seorang manusia, abah sangat simpati pada mak nyah, tetapi dalam masa yang sama, sebagai seorang Muslim, abah tidak boleh terima keadaan mereka itu.
Sebelum abah mengepek lebih panjang, elok abah terangkan dua keadaan. Dan penerangan abah ini adalah dari kaca mata orang biasa. Ada dua kategori manusia semacam ini, kategori pertama, lelaki lembut. Kategori kedua - mak nyah.
Kalau dikira pengalaman abah, lebih ramai dari kategori 1 berbanding kategori 2, dan kalau diseliki asal kategori 2 ini, mereka semua itu pun sebenarnya datang dari kategori 1.
Wujudnya kategori 1, abah tidak mahu ulas, sebab abah fikir, Allah jadikan mereka itu sebegitu. Mungkin sebagai ujian untuk diri mereka, dan ahli keluarga mereka. Atau mungkin juga Allah nak uji masyarakat untuk lihat sejauhmana masyarakat boleh menerima kewujudan golongan ini. Apa yang masyarakat buat, apa yang mereka fikir, dan sebagainya.
Yang abah terkilan adalah mereka yang ada dalam kategori 2. Yang pada abah, mereka ini sememangnya telah diuji Allah, tapi atas sebab-sebab tertentu, mereka MEMILIH untuk masuk kedalam kategori kedua. Masing-masing ada alasan, tetapi pada abah, alasan apa pun yang digunakan, perbuatan itu masih tidak boleh diterima masyarakat Muslim. Sebab Allah sangat nyata telah menerangkan akan hukum lelaki yang menyamai perempuan, dan sebaliknya. Kalau ada mak nyah yang terbaca tulisan abah ini, abah tidak marah kalau mereka kata abah tidak adil dan prejudis. Abah bukan tidak adil, tapi abah fikir, Allah berikan mereka akal untuk berfikir dan kudrat untuk berusaha.
Rosyam Noor kata masyarakat perlu menerima kehadiran mak nyah seadanya dalam masyarakat. Salah tu. Masyarakat tidak boleh menerima kehadiran mak nyah sebagai mak nyah dalam masyarakat. Sebab kalau masyarakat menerima, sama juga macam masyarakat menerima orang-orang yang berbuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah. Masyarakat tidak boleh menerima pencuri, perogol, pembunuh, penzina, peminum arak dan sebagainya, dan masyarakat juga tidak boleh menerima mak nyah.
Yang masyarakat boleh terima, dan perlu terima ialah golongan lelaki lembut. Walaupun lembut, mereka tetap lelaki. Cuma mungkin kecenderungan mereka yang meminati kerja-kerja dan hobi orang perempuan sahaja yang menjadikan mereka lembut. Atau perwatakan mereka yang seperti perempuan itu yang buat mereka lembut. Ini yang masyarakat perlu terima. Biarlah mereka suka memasak, suka menjahit, suka buat kerja2 rumah, kalau dah itu yang mereka nak buat. Asal saja mereka tidak melanggar hukum Allah. Bukan sedikit lelaki2 lembut diluar sana, yang sangat taat pada perintah Allah. Jika boleh dibentuk mereka supaya lebih lelaki, cubalah. Dan jika gagal, kita terimalah mereka seadanya, selagi mana mereka hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati.
Untuk masyarakat diluar sana yang memandang sinis pada lelaki-lelaki lembut, abah kata - hentikanlah. Anda mungkin beruntung tidak diuji Allah semacam mereka, tapi itu bukan lesen untuk anda menghina mereka. Mereka bukan bahan lawak untuk diketawakan. Mereka juga manusia seperti anda, yang punya hak untuk hidup dalam masyarakat seperti anda. Cuma mereka diuji Allah dengan naluri sebegitu. Kita sebagai masyarakat yang jelas lelaki atau perempuan ini, perlu menerima dan membantu mereka sebaik yang kita boleh.Kita cegah mereka dari bertukar menjadi maknyah, yang bukan saja mengundang kemurkaan Allah pada mereka sahaja, sebaliknya pada kita juga sebagai masyarakat.
Untuk golongan sebegini pula, abah cuma boleh katakan - anda diuji Allah. Dan Allah menguji hambaNya sekadar apa yang mampu ditanggung. Abah respek pada anda, kerana anda kuat. Jika tidak kuat, anda tidak akan diuji sebegini. Allah itu juga Maha Adil, Dia tidak menguji anda dengan tidak ada apa-apa. Allah beri anda akal, beri anda kudrat, beri anda harta kekayaan(walaupun tidak semewah orang lain), dan Allah beri anda banyak benda lagi - supaya anda menggunakan segala apa kurniaan Allah itu untuk hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati. Janganlah difikir kenapa anda saja yang diuji, kenapa tidak orang lain. Allah itu Adil, dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Orang lain juga diuji, mungkin sikit, atau mungkin lebih hebat ujiannya dari anda.
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kekuatan dalam menghadapi hari-hari yang makin nampak kelam ini. Engkau berilah hidayah dan kekuatan dalam jiwa kami ini, dan Engkau terangkanlah nur iman dalam diri-diri kami yang diuji ini ya Allah. Kami mohon kekuatan untuk membantu insan lain, dan kami juga memohon supaya mereka diberi kekuatan untuk hidup dijalanMu yang lurus ini. Makbulkanlah doa kami ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim.

6 comments:
Yang sadisnya masa wawancara doktor tu tak sampai 5 minit. Sepatutnya kena lama sikit biar doktor tu ulas pasal hormon, genetik dan biologi. Serta kesan bila terlebih suntikan hormon atau kesan masa buat pembedahan tukar jantina. Ini jemput 3 maknyah, sorang maknyah dapat slot 15 minit. Dah macam nak angkat martabah maknyah ni pulak..
Sepatutnya pihak penerbit jemput juga ulamak untuk komen dari segi agama. Tapi kat Malaysia ni, cakap ulamak siapa nak dengar. Berbuih kata haram pun dok pakat pulun.
Sepatutnya memadai jemput sorang maknyah pastu sorang lelaki lembut atau lelaki lembut yang berjaya, berkahwin dan ada anak. Bukan bila dah lembut lepas tu membabi buta ikut naluri pompuan.
Abang pun tak sanggup nyah.... auuuu..
Itu la yang abah terkilan ngan rancangan tu. Rosyam tak membantu masyarakat faham isu sebenar mak nyah ni. Motif dia abah tengok, sekadar nak suruh masyarakat terima mak nyah, tapi dia tak cuba nak bagi mak nyah2 diluar sana itu faham apa situasi sebenarnya. Abah kesian dgn doktor tu. Padahal banyak benda dia boleh cerita. Kalau dijemput ahli agama pun sangat bagus. Sebab Rosyam tak boleh pisahkan benda ini dengan hukum hakan agama. Dia silap bila dia asyik dok kata "saya tak nak kaitkan dengan agama".
Entahlah AC, abah pun tak tahu. Tapi setakat diri kita dan anak2 kita serta orang2 yang hampir dengan diri kita, kita sama2lah jaga dan sedarkan. Ini tanggungjawab kita, kerana kita sedar akan isu ini, yang mungkin ramai orang tak sedar akan kesannya pada masyarakat.
salam alaik..
1st of all..saya respect pd idea n pandangan abah (janggal lak nk panggil coz saya pon ade abah sendiri..huhuhu..) ttg isu maknyah tu..n lagi respect bilamana abah menyatakan betapa golongan lembut tu sememangnya perlu untuk diterima masyarakat..kalaulah semua masyarkat sepertimana abah..pastinye kehidupan lelaki2 lembut tu aman harmoni..tanpa tergugat kehidupan dek ketawa mereka2 yg buat2 tak paham..
Anonymous, terima kasih. Abah cuma manusia biasa yang cuba untuk memahami kejadian Allah dimuka bumi ini. Selagi tidak bertentangan dgn hukum Tuhan, insyaAllah akan abah cuba untuk fahami. InsyaAllah, kita sama2 berusaha membentuk masyarakat supaya lebih menerima dan membantu golongan lelaki lembut ini.
Sebab kita pun kalau boleh tidak ingin lihat anak cucu lelaki kita dipandang pelik oleh masyarakat, bila mereka diuji Allah sebegitu.
betul kata abah..memang saya amat setuju..namun...setuju saya bukan kerana simpati dengan org lain..malah lebih kepada simpati kepada diri sendiri..apa yg sebenarnya adalah..saya juga boleh dikatekan seorg lelaki lembut juga la..namun saya kurang ambil pusing pada keadaan yg terzahir pada diri saya..al-hamdulillah..semenjak di bangku sekolah saya tidak mengalami sebarang masalah serius yg melibatkan keadaan saya bahkan saya bangga menjadi diri saya sendiri..namun bila berada di pusat pengajian baru la saya terase tingginya langit bumi..saya mula sedari keadaan diri saya telah dipandang sinis oleh rakan2..mungkin dulu di bangku sekolah semua kawan2 mengenali saya..namun disini mana mungkin semua kawan2 dikuliah dan fakulti mengenalis aya dengan rapat..mentang2 la saya ni tidak begitu keras seperti mereka, mereka fikir bukan2..tapi al-hamdulillah kerana saya bukan la seorg yg emosional sanagt maka ia tak menjadi hal malahan ramai juga yg mengenali perwatakan sebenar saya setelah menjalin hubungan sebagai rakan dengan mereka..utk pengetahuan saya sebenarnya turut benci dengan ekadaan begini..malahan saya tidak pula berkawan dengan malan2 lelaki lembut yg lain speeimana saya..saya lebih sennag bergaul dan besosial dengan kawan2 yg normal (yg bukan lelaki lembut la) n seringkali turut mengutuk akan perkara2 negatif yg lelaki2 lembut lain lakukan (also maknyah/pondan) yg seringakli terlihat di sekitar kampus..kiranye boleh la kate saya berlagak x lembut n hipokrit..padahal..saya boring dengan keadan ini..penat nk berlakon n berpura2..tapi kalu tak sebegini macamana saya nk hidup..! berkenaan dengan hati n perasaan..al;hamdulilah saya adalah normal..jarang terlintas di fikiran akan perkara2 songsang sepertimana yg berlaku dikalangan lelaki2 lembut tu...kawan2 di sekeliling saya seingat saya tidak pernah mengguriskan hati saya dengan mengejek2 atau seumpamanya berkenaan personaliti saya ni..lagi pula saya sebenanrnye berasal daripada keluarga yg kuat berpegang pada syariat dgn kedua2 parent saya lulusan luar negara..maka sudah tentu saya senantiasa meggunakan akal sebagai panduan untuk melakukan sebarang perkara..kini bila da keluar dari alam kampus saya mula terfikir cabaran masa depan di alam kerjaya..perasaan takut menghantui diri..saya menjadi bengang bilamana menghadiri sesi interview maka personaliti n ketrampilan diri jd fokus utama..saya bosan..masih ader lagi yg memandang serong keadaan begini walhal kemahiran n kelayakan yg saya miliki seolah2 menjadi perkara sampingan berbanding dengan personaliti saya ini..saya menjadi bosan..penat n keliru..tidak tahu bagaimana keadaan saya utk 10 tahun mendatang..entah lah..apapun tujuan saya meluah rasa hati disisni bukan nk memminta simpati..cuma kalu tak keberatan berikan saya sedikit nasihat sebagai panduan..moga2 hidup saya dipermudahkan tuhan..jagan la timbul banyak masalah lantaran keadaan sebegini yg tersurat pada saya..wallahua'lam
Anonymous, untuk abah menulis sesuatu untuk anda di ruangan terbuka ini, rasanya mungkin agak peribadi. Kalau boleh, anonymous emel pada abah, dan abah akan cuba reply dgn sikit kata panduan, insyaAllah.
Emel abah: muizzhakim@gmail.com
Post a Comment