Hari ni tak ada apa nak cerita, cuma nak cerita kisah 3-4 hari lalu.
Satu pagi, Muizz bangun tidur. Awal pulak dia bangun pagi tu.
Tiba-tiba Muizz kata, "Abah, semalam masa Ahmad tidur Ahmad nangis."
Abah tanya dia, "Kenapa abang nangis?"
"Sebab Ahmad mimpi." Balas Muizz semula. "Ahmad mimpi abah dgn ummi meninggal. Ahmad duduk dengan nenek je. Ahmad nangis la."
Abah kata, "Abang sedih ke?"
Muizz balas, "Sedih la, sebab ahmad sayang abah dengan ummi."
Abah tak tahu nak kata apa. Syukur saja pada Allah pada ketika itu, kerana anak abah seorang itu sesungguhnya sangat sayangkan abah dan umminya.
Dan abah berdoa pada Allah, moga-moga kami tidak dipanggil sebelum Muizz mampu meneruskan hidupnya tanpa kami.
Dan malam semalam sebelum tidur, abah tenung muka Muizz yang sedang tidur. Dalam tenung itu, abah memohon sekali lagi pada Allah dalam hati abah. Semoga Allah beri kami peluang menyaksikan anak kami membesar dan menikmati hidupnya sebagai seorang budak, remaja, dan dewasa, insyaAllah.
Ya Allah, dengarlah permintaan hamba yang lemah ini ya Allah.

3 comments:
salam..
nis penah mimpi mcm ni...
sedey woo... penah gak mimpi salah sorg adik beradik mcm hilang. g jauh... tapi mmg pun.. adik nis g jauh sambung study kat jepun. huhu
Salam Nim,
Abah masa belajar dulu, pernah juga mimpi mak abah meninggal. Dan dalam mimpi itu, abah menangis macam budak kecik. Nasib baik la mimpi, kalau betul, tak tahulah abah camna.
Anim bila lak nak gi Jepun?
Post a Comment