Thursday, June 15, 2006

Cerita tentang marah...

Baru sekejap ni abah baca satu tulisan menarik dalam The Sun. Lauren Lim menulis tentang diri dia, tapi bila abah baca, ia sebenarnya merujuk pada setiap orang. Kenapa abah tiba2 baca? Sebab tajuknya menarik perhatian: Who is the problem - others or myself? Abah rasa itu antara persoalan yang kita semua patut tanya diri kita dulu sebelum kita lakukan sesuatu yang tidak berapa elok. Memang mudah nak kata apa kesilapan yang berlaku adalah sebab salah orang lain. Siapa nak mengaku salah sendiri dak? Abah pun kekadang tak nak juga admit silap sendiri.

Pernah marah? Hehe, sapa la kat dunia ni tak reti nak marah. Hampir semua orang pernah marah, terutamanya marah orang lain. Yang marah diri sendiri pun ada juga, macam abah la. Hehehe, selalu juga marah diri sendiri. Salah ke nak marah? Tak salah. Cuma bila marah itu disalurkan dengan cara yang tak sepatutnya yang akan buat benda tu jadi salah. Ambil contoh senang, kalau kita marah driver lain atas jalan, kita salurkan dengan sumpah seranah dan kata makian. Silap haribulan, boleh tunjuk tanda F lagi. Sebabnya, mungkin orang tu salah, dan mungkin juga dia terpaksa buat salah. Macam kata Lauren "Some people are who they are due to circumstances which they had no control of.".

Terpulang pada diri kita sebenarnya macamana kita nak react bila kita marah. Ada banyak cara sebenarnya, tapi kita saja yang lebih memilih untuk react cara yang silap, yang pada kita, "puas hati aku". Isteri buat silap kita marah, anak buat silap kita marah, kawan2 buat silap kita marah. Ada yang marah dan pendam (yang pada abah tak elok untuk kesihatan, hehehe), ada yang marah dengan perkataan ("Awak tak reti-reti ke kalau saya kata saya tak suka awak buat macam itu"...), ada juga yang marah dengan perbuatan (pukul, hempas barang, sepak benda).

Nantilah kalau abah lapang, abah akan baca sedikit tentang Anger Management, baik dari pandangan barat, dan Islam. Abah akan cuba kumpulkan dan tulis satu hari nanti, InsyaAllah. Abah fikir kita semua yang jenis pemarah ni perlu belajar sesuatu yang boleh membuatkan kita react secara positif terhadap rasa marah yang kita ada.

Dua hari lepas, rakan sepejabat abah bagi abah satu kertas kerja yang ditulis oleh rakannya, yang berkisar tentang filem melayu. Dia nak mintak pendapat abah sebagai seorang melayu dan muslim. Banyak benda yang ditulis menyentuh tentang agama dan bangsa. Tapi abah tak salahkan dia juga, sebab apa yang ditulis adalah persoalan2 dia tentang apa yang dia nampak dan faham. Abah tak tonton Sepet dan Gubra, mahupun Lelaki Komunis Terakhir, sebab itu abah tak mahu komen banyak-banyak. Dan abah tak berminat sangat kalau isu melayu itu dikaitkan dengan Islam dalam bentuk yang negatif. Melayu itu Islam dan Islam itu melayu tidak boleh digunapakai dalam banyak konteks. Biarlah Islam itu Islam dan Melayu itu Melayu, sebab banyak benda tentang orang melayu yang tidak bagus, dan jika dikaitkan dengan Islam, akan buat orang bukan Islam simpulkan, Islam itu juga tidak bagus.

Dan bercerita tentang bangsa dan agama ni, abah tertarik juga dengan satu kisah di Utusan Malaysia - Nor Aiman sedih dianggap mualaf kelas dua. Anda bacalah ceritanya, dan ketahuilah, itu antara benda2 kecik yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Kecik pada kita, tapi besar pada orang2 yang menghadapinya.

3 comments:

~comei~ said...

smlm masa balik umah adalah sorg pakcik india ni naik bas. dari dia naik sampai anim turun mulut dia tak tau diam. cakap utk satu bas. tak tau la marah ke apa ke. sekali imbas mcm tak betul pun ada.. pening anim dok dlm bas dgr org membebel. huu..

Anonymous said...

...anim, cakap pasal pakcik india, teringat pakcik samy vellu semenjak dua menjak nih, asyik mareeee jerk bukan dlm bas dalam tv...satu malaya benganggg hehe

~comei~ said...

hehe