Friday, June 23, 2006

Cerita tentang graduan, dan kerja...

Dah dua tiga hari tak menulis, banyak hal la pulak nak kena selesaikan. Baik hal kerja dan juga hal keluarga.

Semalam abah ke Telekom Kelana Jaya, melawat pelajar abah yang sedang buat Latihan Industri di sana. Sebelum ke sana, sempat jugalah abah singgah jenguk kawan2 lama di ofis lama abah kat area situ juga. Seronok juga sesekali berjumpa kawan2 lama nih.

Balik pada lawatan tadi, lepas sesi pembentangan dan perbincangan, abah sempat jugalah borak-borak dengan supervisor pelajar tersebut, sambil-sambil pekena teh tarik. Dan topik perbincangan kami - kemampuan graduan universiti dalam melaksanakan tugas. Sebelum ini pun abah dah banyak kali dengar komen yang lebih kurang serupa, tapi kali ini, abah memilih untuk menulis. Sebab abah tahu, ada juga pelajar universiti yang baca blog abah. Hehe.

Beliau komen tentang keupayaan pelajar dan graduan ini yang agak mengecewakan. Masakan tidak kecewa, banyak tugasan yang diberi tidak berjaya dilaksanakan dengan baik. Antara alasan yang selalu diberikan, "Susah la Encik", "Kami tak belajar la benda ni dulu", "Saya tak minat la buat benda2 macam ini". Aduihhhh. Itu dalam bab buat kerja, belum masuk pada bab human relation. Fail. Nak karang laporan untuk boss pun terkial-kial, belum lagi kisah tak reti nak berkomunikasi dengan pelanggan bila boss mintak depa buat. Dan alasannya, "Tak reti la", "Susah la".

Bila kena tegur, merajuk, atau lagi best, menangis kat bilik pantri. Dua tiga kali kena tegur, mula la karang surat nak berhenti kerja. Itu kalau kerja, kena yg praktikal. Nak tak nak, kena gak habiskan. Tapi sayang la kalau 6 bulan waktu praktikal dihabisakan dengan tidak belajar apa-apa.

Ada graduan yang CGPA cukup cemerlang, tapi gagal masa interview. Lulusan IT, CGPA hampir 4.00, tapi tidak mampu nak terangkan apa itu "Relational Database". Ada yang CGPA cukup-cukup makan, tapi excellent masa interview. Tapi tak dapat juga, sebab kebanyakan syarikat sekarang ini lebih pandang CGPA.

Bila ditanya "Apa yang awak tahu tentang syarikat ini?" masa interview. Tahu apa depa jawab, "Entah". Aduihhhh. Memang la bukan semua, tapi kebanyakannya macam itu.

Apa yang abah tulis ni bukan abah yang kata ya, ini semua feedbacks yang abah terima dari supervisor2 pelajar abah yang abah jumpa setiap kali abah kena melawat pelajar praktikal. Bukan seroang cakap macam itu, hampir kesemuanya.

Mereka sampai pada persoalkan, apa yang budak2 ni belajar masa kat U dulu. Mintak kerja, tapi bila ditanya, macam tak tahu satu apa pun. Dan ada yang directly menyebut graduan dari IPT mana yang bermasaalah.

Pada abah la, sebagai seorang tenaga pengajar. Masalah sebegini memerlukan kedua-dua pihak pelajar dan universiti mencari dan melaksanakan langkah penyelesaian.

Universiti perlu pastikan pelajar yang keluar betul2 mempunyai kemahiran yang mereka perlu ada. Bukan setakat kemahiran teknikal dan pengetahuan, tapi juga kemahiran2 lembut yang lain. hehehhe, soft skills. Seperti kemahiran berkomunikasi, menulis laporan. Dan yang paling penting, hendaklah ada keinginan untuk majukan diri, yang tinggi. Dalam pekerjaan, akan ada benda yang kita tak pernah belajar masa di U, tapi jangan jadikan itu alasan untuk tidak boleh buat. belajar la, bertanya la, menelaah la. Gunakan sumber-sumber yang ada untuk laksanakan satu tugas baru.

Bila nak pergi minta kerja mana-mana, kajilah sedikit tentang syarikat tu. Apa core businessnya, siapa orang2 penting didalamnya, apa misi, visi depa. Itu semua penting untuk dapatkan pekerjaan. Orang bukan nak cari calon yang perfect pun, tapi depa nak cari calon yang memenuhi keperluan, dan ada keinginan yang tinggi untuk majukan diri dan juga syarikat.

Kalau rasa kemahiran-kemahiran tersebut belum ada, persiapkanlah diri anda. Masa belajar adalah masa menyiapkan diri sebaiknya untuk alam pekerjaan. Bukan masa untuk berpeleseran dan berseronok-seronok. Takde pernah lagi syarikat yang tanya "Awak ada kekasih tak masa belajar?". "Berapa lama awak bercouple, dan apa yang anda pelajari dari bercouple itu?". Tak ada. Yang dia tanya "Kalau anda dapat kerja ini, apa yang anda rasa boleh buat untuk majukan lagi syarikat".

Tapi kalau anda ada 'kabel' yang kuat, ignore saja pesanan abah tadi. Banyak kes syarikat terpaksa hire orang yang tidak patut, hanya kerana calon itu guna kabel. Hehehe. Tapi abah boleh cakap la sikit, kalau anda guna kabel pun, pastikan anda betul2 layak. Sebab kalau tidak, anda sendiri yang akan mintak berhenti kerja nanti.

Cukuplah abah mengepek hari ni. Petang nanti nak ke Shah Alam lagi, nak melawat pelajar praktikal abah yang lain. Dan awal pagi esok, abah kena pergi Mentakab, sebab abah kena interview 25 calon untuk jadi tenaga pengajar sambilan di sana.

Dan pertengahan Julai nanti, abah mungkin kena pergi Kuching selama 3 minggu, sebab ada kerja. Aduihhhhhhh. Tapi tak apa, kerja.

4 comments:

Anonymous said...

erm..susah la nak komen pasal ni Abah..semua tu terletak pada diri masing2..kena pandai cari kelemahan masing2 dan perbaiki kelemahan..
bagi saya..belajar kat mana2 pun sama..kalau ada kemahuan di disitu ada jalan..kalau rasa diri lemah dr sudut ni, mesti ada kekuatan dr sudut lain..kena tahu diri..kalau tak tau juga..jangan malu bertanya kelemahan diri pada org lain yang kadang2 kita sendiri x nampak atau buat2 tak nampak..
kadang2 tu ikut rezeki juga..ataupun Allah nak uji sejauh mana kesabaran seseorang..pintu rezeki ada di mana2 & kita harus bijak & sabar mencarinNya..InsyaAllah, kalau ada usaha akan ada hasilnya...
apapun thanks to Abah yang banyak membantu saya dr belajar hinggalah nak dapat kerja...jasa dan ingatan Abah sentiasa saya kenang & jdkan panduan..
Abah ni the best lecturer wpun Abah suka membebel..ehee..Arwah mak saya kata, membebel sebab sayang...
keep up ur good work Abah..all the best..

Anonymous said...

ermm..topik ari nieh cam menarik jek.saya pun susah nak komen benda macam nie.Hari nie pun kita dengar bermacam-macam masalah berkaitan dengan graduan dan pekerjaan.Saya sokong apa yang Sue komen dalam blog Abah nie.Kita kena tahu kemampuan diri masing-masing dalam melaksanakan tugas yang diberikan.Saya pun dah melalui pengalaman tue dan sekarang pulak dugaan saya masa bekerja.Rezeki tue ada di mana2 Abah.Kita yang kena pandai menghargainya dah mengambil peluang yang ada.Di situ ada kemahuan di situ ada jalan.Orang akan menilai diri kita kalau kita sendiri berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu dan yang penting adalah kesabaran dalam kita melakukan tugas atau tanggungjawab.Apapun thanks to Abah kerana banyak mmbantu saya masa belajar dulu.Walaupun Abah dalam kategori orang yang suka membebel.Sekarang baru saya sedar betapa berharganya bebelan Abah dulu.Jasa dan ingatan Abah sentiasa saya kenang & jadikan panduan.And for Abah good luck and wish u all the best.Moga2 Abah dapat melahirkan graduan yang berkualiti untuk masa akan datang...

-regards-
^*atie^*

Abah Mui'zz said...

Haha, kembang kejap hidung abah baca komen Sue ngan Atie. Hehehe.

Thanks so much for the feedbacks, the praise, and the pray.

Betul kata Atie ngan Sue, kerja tu bergantung pada rezeki Allah, tapi abah sedih juga la, sebab kadang rezeki dah depan mata, tapi hilang macam tu saja sebab kita tak bersedia. Nak pergi interview tak prepare, org tanya banyak diam dari jawab. Camno??

Tapi Sue dan Atie bukan orang macam itu. Student2 ShahPutra abah semua bagus2, dan bersungguh2. Dan alhamdulillah, abah dah nampak hasilnya.

Dan abah sekarang ni dah slow sikit bab berleter la, sebab pelajar abah sekarang ni majoritinya mak-mak dan ayah-ayah budak, bukan budak2 lagi. :-)

~comei~ said...

abah.. anim nak buat cadangan.. adakan subhect 'macam mana nak attend interview' dan 'cabaran menghadapi dunia kerja' what everlah.. utk student full time. dari pandangan anim jugalah, diorg ni kalau bab komunikasi mmg fail. sbb diorg kadang berlagak bagus. terutama kalau diorg tu ada degree dan jadik bos pada kitorang2 yg diploma je ni. hehe.

so far bdk2 praktikal kat tpt anim ni ok je bila suh bt kerja. memuaskan.. best ar. komunikasi pun ok. mungkin sbb unit kitorang amik bdk praktikal sorg je sekali amik. so nak tak nak dia kena belajar berkomunikasi dgn kitorang.

cerita di atas adalah utk bebudak praktikal/bdk baru dr unit lain. hehe.