Thursday, June 15, 2006

Cerita tentang kawan...

Cerita tentang kawan 1

Ada sesuatu yang tak berapa elok berlaku antara abah dengan kawan ini. Abah buat keputusan untuk putuskan tali persahabatan dengan kawan ini. Sebabnya: Hati dan fikiran abah kata ini adalah keputusan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak. Tindakan abah memang nampak kejam sikit, sebab kawan tadi dah berkali-kali telefon dan sms abah bertalu-talu, sebab nak mintak maaf. Bukan abah tak maafkan, abah dah lebih dari maafkan segala kesalahan dia pada abah, dan abah juga mohon maaf atas kesalahan abah pada dia. Abah harap kawan ini boleh terima hakikat yang dia dah kehilangan seorang kawan, yang mungkin tidak ada apa2 makna pun untuk dia. Dan abah mohon, kawan ini janganlah salahkan diri sendiri, salahkan abah, ataupun salahkan keadaan, ini semua takdir Allah untuk kita berdua. Tutup cerita.

Cerita tentang kawan 2

Abah baru saja lepas makan tengahari dengan kawan ini tadi, dan agak terkejut jugalah bila dia kata, "Saya dah mula rasa tak percaya pada awak". Abah cuba juga nak tahu kenapa, dan hasilnya, memang patut pun dia kata macam itu. Memang abah silap. Cuma abah harap kesalahan abah ini tidak sampai abah dicop sebagai kawan yang tidak boleh dipercayai. Abah tak harapkan kawan sanjung abah, cuma abah harap kawan ini terima abah seadanya abah, sekadar seorang manusia yang cuba untuk jadi hamba Allah yang lebih baik, tapi dalam masa sama, akan senantiasa lalai dan berbuat silap.

Cerita tentang kawan 3

Semalam abah keluar makan dengan kawan ini. Alhamdulillah, abah dah mula rasa selesa untuk berkawan dan bergurau mana yang patut dengan kawan ini. Tapi abah masih tetap akan berhati-hati, takut kawan yang satu ini pun juga akan terluka dengan kata-kata dan tindakan abah. Susah juga sebenarnya nak menjaga hati kawan2, tapi itulah harganya yang perlu dibayar bila kita dah decide untuk berkawan dengan orang itu. Abah terima dia sebagai kawan, maknanya abah kena terima jugalah hakikat yang abah perlu menjaga perasaan kawan ini.

Cerita tentang kawan 4

Kawan ini hari ni beritahu abah, "Dalam mencari kawan, pilih yg boleh di'guna', kalau setakat nak sembang je x yah ler". Abah pun tak tahu nak komen apa.


Cerita tentang kawan 5, 6, 7 dan seterusnya...

Hehe, takde cerita pun, sebab hubungan abah dan kawan2 ini alhamdulillah masih baik seperti biasa. Dan abah harap akan terus-terusan baik, hingga selamanya. Abah terima kawan2 sebagai kawan abah seadanya, dan abah harap juga kawan2 terima abah seadanya. Kita semua tidak sempurna. Mana yang kurang atau terlebih, tegurlah. Abah sangat hargai teguran dari kawan2, asalkan teguran yang tidak menyungkurkan abah. Dan abah juga sangat harapkan sokongan dari kawan2, asalkan sokongan kawan itu tidak membuat abah rebah.

Dan abah nak berkongsi dengan kawan2 semua satu lagu yang baru abah tahu kewujudannya, yang abah rasa abah suka dengar. Bunyinya leweh dan jiwang sikit la.


P/S: Esok abah cuti sebab ada beberapa perkara nak diuruskan. Dan hari Ahad ni [18 Jun 2006], genap setahun blog abah bernyawa. Hehe, tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya hidupkan blog ni untuk setahun. InsyaAllah, tahun kedua akan lebih bermakna kandungannya. Hehe.

4 comments:

~comei~ said...

utk cerita 1, abah patut kasitau yg abah dah maafkan dia. selagi abah tak kasi tau selagi tu dia tak tau dan akan meminta maaf.

cerita dua.. erm.. bestnya dpt kawan yg terus terang walau pahit. at least kita tau kesilapan yg kita tak nmpk tp org lain nmpk.

cerita 3.. kawan yg baik adalah kawan yg ingat mengingati antara satu sama lain. bkn kita je nak kena jaga hati org. hati kita pun org kena jaga juga

cerita 4.. betul tu.. kalau takat sembang kosong bila2 masa je bleh dpt. semoga kawan kita boleh dijadikan / di'guna'kan sbg idola / tpt rujukan kita. seseorg yg boleh memberi sesuatu pada kita - akal fikiran, nasihat dll. yg boleh jadi cermin kita..

wallahu'alam..

erk abah.. bkn esok semua org cuti ke?

Abah Mui'zz said...

Nim, kawan abah dah tahu abah maafkan dia, dan abah dah bagitahupun. Dan abah tahu kawan tu senantiasa baca blog abah.

Untuk kawan 4 tu, abah nak ucap terima kasih pada Anim sebab anim berjaya memahamkan abah apa maksud kawan abah itu.

Abah cuti hari ni Nim, hari Jumaat. Sebabnya, nak kena ke sekolah tadika Muizz, ada benda nak kena setelkan.

abiumar said...

Sabarlah bah, karenah kawan ni macam-macam... kalau semua makhluk sama kang tak sedap plak duduk di dunia ni... Ko pandang aku aku pandang ko sama je kita ... tak bestpun. Agaknya sebab tu Allah ciptakan kita dengan pelbagai ragam. Ragam manusia tulah cerita tentang hidup dan kehidupan...

Kelainan membuatkan keseronokan berada di dunia dan kita dapat pelajari seuatu melalui kelainan tersebut. Tak gitu...

Wassalam

zamdee said...

idup manusia nie pelik smpi kengkadang manusia hanya hidup hanya untuk senangkan hati orang lain.. kawan memang pelbagai ragam tp kat dunia nie, kawan yang menyusahkan adalah yang paling ramai..

setuju ngan 'cerita no 4' tuh, sgt setuju.. berkawan hanya untuk kepentingan jer, baru ader hasil.. kalo setakat borak kosong, lagi elok tido jer..