Hari Sabtu lepas abah ke Mentakab sebab ada kerja sikit. Bukan kerja apa pun, abah pergi hadiri sesi interview 25 calon tenaga pengajar sambilan untuk syarikat abah. Abah bertolak pukul 6.45 pagi, sebab depa kata dalam 2 jam gak drive ke sana. Abah pun tak pernah sampai lagi ke Mentakab. Alhamdulillah dalam 2 jam, abah selamat sampai ke tempat yang dituju. Dan proses temuduga berjalan lancar.

Habis interview abah terus balik rumah. Hehehe, rindukan ummi dan muizz punya pasal. Abah pergi tadipun, Muizz masih tidur.
Tengah drive, abah call Ummi tanya tentang lunch, sebab abah memang lapar giler masa tuh. Sebab ummi nak makan nasi ayam, abah singgah beli nasi ayam kat Taman Melawati. Sedappppp. Tapi sementara nak merasa sedap nasi ayam tu, tahan la kaki tekan clutch, sebab jalan kat Sri Damansara jem teruk.
Belah malam, abah bawak Ummi dan Muizz pergi tengok Cars kat GSC 1-Utama. Ok jugalah ceritanya, tapi Muizz macam tak seronok sikit tengok cerita tu, agaknya sebab tak banyak action. Lawaknya pun, lawak dengan ayat, yang Muizz pun tak berapa faham sangat apa yang depa kata. Abah la pulak yang terlebih enjoy tengok cerita tu.
Itu je la dulu update abah pada diari internet abah ni. Sebab tengah banyak kerja nak disiapkan.
2 comments:
Saya sebenarnya tak tgk lagi cerita Cars..tapi melalui akhbar, ia menceritakan tentang macam mana seorang yg angkuh akhirnya menjadi rendah siri..betul ke abah?
Dan saya mmg suka animation movie sbb byk pengajaran untuk kita hayati..
dah lama tak tgk wayang... :(
Post a Comment