Tuesday, June 20, 2006

Cerita tentang bahasa...

Petang semalam ada sorang rakan sekerja abah panggil abah kebiliknya. Ingatkan apa, rupanya dia nak ajak abah berbincang tentang bangsa melayu dan agama Islam[rakan abah itu Cina kristian]. Hahaha, abah pun tak la tahu sgt-sgt tentang orang melayu, tapi boleh la bercerita sikit-sikit. Tetapi abah agak terkilan sedikit semalam, bukan terkilan dengan siapa pun, cuma terkilan dengan diri abah sendiri.

Kenapa terkilan? Sebab kekurangan abah, abah tidak begitu berjaya untuk menyampaikan idea dan pandangan abah pada kawan tadi. Banyak persoalan yang ditanya, dan banyak yang abah tidak dapat jawab dengan baik, hanya kerana abah terkial-kial mencari perkataan dalam Bahasa Inggeris untuk abah terangkan pada dia apa yang abah fikir dan tahu.

Dan abah tak boleh bercakap BM sebab dia pun tak berapa faham sangat BM. Kalau dia faham BM dengan baik, mungkin abah boleh sampaikan pada dia apa yang dia tanya, sebab abah rasa dia tak berapa faham akan konsep melayu dan islam. Tapi sebab penguasaan BI abah yang agak teruk itu, abah kurang berjaya. Betul la kata orang, BI perlu dikuasai sepenuhnya. Bukan untuk berlagak, bukan untuk menunjuk yang kita hebat bila boleh berbahasa inggeris, tapi ia adalah satu keperluan untuk kita hidup sekarang ini.

Tak mati pun kalau tak reti cakap omputeh, tapi kalau reti, lagi bagus. Macam kes abah tadi la, kalaulah penguasaan BI abah bagus, abah rasa banyak benda yang dia akan dapat dari abah(hehe, perasan la pulak abah ni!).

Abah dah berangan(berangan je dulu) nak ambik kursus BI. Abah kena juga kuasai bahasa yang satu ini sebaiknya, supaya satu hari, bila masa abah perlu gunakannya, abah akan gunakan sebaik mungkin, untuk tujuan yang baik. Kursus kat British Council nampak menarik, tapi mahal juga. Kat UiTM pun abah rasa ok, cuma nak kena survey dulu. Kalau sesiapa kawan2 blog yang tahu kursus dan tempat yang baik untuk belajar BI, sudi2kanlah inform abah.

Anda pun, kalau rasa-rasa penguasaan bahasa inggeris kurang mantap, jom la ikut abah sama2 kita tingkatkan penguasaan BI kita. Moga dengan penguasaan bahasa inter-nasional itu, kita akan boleh jadi hamba Allah yang lebih baik.

2 comments:

Anonymous said...

abahmuizz, bang long lagi terkilan sebab cina kristian tu masih tidak dapat menguasai bahasa melayu walaupun lahir & telah duduk dimalaysia seumur hidup dia ... maaf ler kalau rakan cina ni cina hongkees or cina asli dali negeli cina...
tabiat org melayu cam tu ler cepat terkilan dalam segala hal...kalau di jepun tergolek ler cina tu sebab dia kene belajar cakap bahasa jepun... jatidiri org jepun takdak sapa boleh tanding...
tentang pembelajaran BI tu, takde tempat yg lebih sesuai melainkan diri sendiri...usaha mempelajari & menggunakannya seharian, insyaAllah semua org bulih speaking london dgn baik...
bang long suggest baca Readers Digest sbb bang long sendiri sedari dari form 4 sehingga sekarang masih membacanya...baca jangan tak baca ...baca yg lain pun boleh juge...

Anonymous said...

jak..aku pon nak join lah masuk kelas english.. :D